merenk tak tentu pasal ini.
9:03 amHeyy yo.
Sambil meminum air laici yang sejuk di atas katil adik saya, saya tetap bosan dan terus menaip dan menaip tidak henti di blog saya ini sehingga yamakasi mengomel saya hanya rajin ber-blogging dan lupakan assignment. *saya memang pemalas lah*
Sememangnya home sweet home. terlalu banyak menonton tv sahaja hari ini. Bosann yang terlampau telah menguasai diri. dari 11 pg, menonton Rachael ray talk show. Sangat sedapp menonton Rachael memasak. Nyummy
Dan sambil menonton tv dan online *sangat2 pemalas…* saya tetap rasa bosan. ber-chatting dengan cik vujie tentang batik + cute items dan juga chatting bersama cik sue mengenai buah epal. Cik sue dan saya sangat mengemari buah epal *dalam usaha untuk berdiet*. Saya bersungguh-sungguh menyalin resipi salad epal di tv. Cik sue menyuruh saya sertakan resipi ini di blog saya supaya semua orang beramai2 berdiet bersama kami. Secara cincai nya resepi disertakan disini;
Bahan-bahan: epal, limau, madu, bawang, salad, tomao, ayam/daging panggang, tauhu bakar/ roti pita, sedikit sos.
Cara2 nya:
- potong dan masukkan epal hijau dan merah
- sedikit perahan limau
- masukkan beberapa sudu madu
- potong dan masukkan salad + beberapa hirisan bawang
- potong dan masukkan tomato
- masukkan beberapa potong ayam atau daging panggang
- gaul semua bahan di atas
- sumbatkan di dalam tauhu bakar atau roti pita
- gaulkan sedikit sos bersama madu dan letak kat dalam tauhu/roti td
- makan
Okayyhh cik sue. Sila menikmati salad epal anda sepuas2nya. Nanti saya buatkan kek cokelat pula untuk anda. *Saja mahu menambah kalori kamu *
Terus menonton tv lg. kali ini, sinetron jelita. Sangat tidak puas hati kerana episode yang ditayangkan adalah sama seperti episode semalam. Pihak tv3, sila alert tentang ini. Nanti penonton bosan pula. sudahlah terlalu banyak iklan.
Kemudian beralih kepada cerita julia juli di tv3. Sangat mengarut tetapi seronok. Layann je la. kemudian, setelah merasa bosan juga dengan siri2 televisyen yang ada, saya menjawab pula tag dari kakak anne. Sangat mencabar + penat untuk dijawab. Tetapi tidak mengapa, saya sangat suka tag bergambar. . sila rujuk kepada entry seterusnya tentang tag dari kakak anne saya.
oh berura-ura mahu tgk wayang sebenarnya petang tadi. tapi plan terpaksa ditunda ari jumaat kerana adik2 saya busy di sekolah. oh adik2 semua...kakak kamu sangat2 teringin mahu tgk upin ipin ini...
Sekarang saya sudah penat. Tidak larat untuk berkata-kata lagi. Selamat tinggal
0 comments
drop your comment here!