­
hari indah. - ieyra.com

hari indah.

8:42 am

Seawal pukul 7.00 pagi saya sudah bangun (awal lah sangat perempuan ni bangun pukul 7.00 pagi padahal ada lagi orang bangun lebih awal) selepas handphone saya memekak berkokok di pagi hari. Sangat sadis bunyinya sehinggakan saya rasa, ayam di luar rumah lebih merdu suaranya. Bermekap dan mandi, serta sempat online sebentar pagi itu sambil menjemur baju. Ye, saya sangat multitasking orangnya. Sangat suka buat kerja macam-macam dalam satu masa. Siap sedia untuk keluar dari rumah seawal pukul 9.30 pagi. Saya dan cik ida, jiran sebelah rumah saya bergerak menuju ke terminal makmur, kuantan. Cik ida akan menaiki bas ke kuala lumpur pada pukul 10.00 pagi. Dan saya juga turut membeli tiket bas untuk saya dan cik nuek. Kami akan pulang ke KL pada keesokan hari, 7 July 2009, pukul 11.00 pagi, menaiki bus plusliner.

Seperti biasa, apabila cik nuek pulang ke kuantan, sudah pasti saya akan mencemarkan duli serta membuat lawatan rasmi ke semua tempat-tempat di kuantan. Destinasi seterusnya; Berjaya Megamall. Menunggu cik nuek di sana, lambat sejam! Atas sebab ketiadaan kenderaan untuk beliau keluar. Kemudian, sambil sms bersama cik sue, saya juga sempat belikan cik sue, seekor katak hijau beriben biru seiras dengan katak hijau yang telah diberi kepada cik aqqad beberapa minggu yang lepas. Kemudian, selepas cik nuek tiba, kami menuju ke tingkat 3. Cadangnya, mahu menonton wayang. Malangnya, hampir kesemua movie sudah ditonton. Maka, kami membeli tiket wayang jangan pandang belakang congkak, tayangan pukul 12.30 tengah hari.

Sambil menanti pukul 12.30 tengah hari, saya dan cik nuek berjalan sekitar Berjaya megamall yang hampir 70% kedainya sudah ditutup. Hahaha. Semakin merudum ekonomi Berjaya megamall sekarang ini. kemudian, apabila masa sudah tiba, kami memasuki hall 5 di tempat duduk B01 dan B02. Hurm, siapa cakap filem melayu teruk? Not bad! Agak terhibur sehingga kan perempuan yang duduk di seat belakang kami mengilai seperti Pontianak secara berterusan tidak henti-henti. Selepas habis menonton wayang, kami menuju keluar dari Berjaya megamall, dan berjalan kaki ke ECM secara walkathon. Dengan pantasnya kami berjalan sebab cik nuek tidak boleh kepanasan secara keterlaluan. (Jaga kulit konon! Ceth! Hahahaha.)

Tiba di ECM, kami menuju ke tingkat 3 dan bergegas berlari anak ke food court. Perut sudah berkeroncong lagu rakyat meminta-minta sedikit sebanyak makanan. Maka, saya telah meng-order mee wantan dan the 'o' ais. Cik nuek pula meng-order Korean food dan ice lemon tea. selepas upacara makan bersama-sama sambil mencuri makanan antara satu sama lain, kami ke shopping level. Berjalan-jalan mencari apa sahaja yang berkenan di hati. Namun, cik nuek tidak membeli apa-apa. Tidak mengapa lah memandangkan kami sudah bercadang mahu bershopping di KL pada keesokan hari.

Photobucket

Tapi, cik nuek Berjaya juga mempengaruhi saya dan memilih kan kasut berwarna soft pink yang sangat menawan hati dan agak murah di kedai kasut Cartino Sonea yang merupakan destinasi wajib saya setiap kali menjejakkan kaki ke ECM. (thanks dear kerana menyebabkan saya melakukan sedikit pembaziran seperti beramal untuk kedai kasut itu) oh ya! Hari ini rasa macam sentiasa kedengaran lagu MJ di mana-mana sahaja. Dari saya di megamall sehinggalah di ECM. MJ in my heart.

Photobucket

Saya dan cik nuek juga sempat ke candy shop. Juga salah satu kedai kegemaran kami. Beli apakah? Gula-gula di atas. 15 batang hanya RM3.00. saya dan cik nuek sangat gilakan gula-gula tersebut dan makan di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu. Hahahaha. Saya juga ke kedai kasut sebentar tadi sekali lagi apabila cik sue mengalami sindrom cemburu melihat kasut saya. mahu pergi beli sepasang lagi tetapi malangnya keluar dari kedai dengan sedikit rasa hampa kerana kasut tersebut sudah habis terjual. Hanya tinggal warna turquoise. Maaf ya, cik sue.

Photobucket
Photobucket

Kemudian, kami ke pizza hut untuk take away pizza for nuek’s mom. Sempat meng-gewdik sebentar menggunakan kamera K770i saya. lambat sungguh la staff pizza hut ECM ni buat kerja. Tunggu pizza juga sampai ambil masa setengah jam. Cis! Kemudian, kami juga ke big apple donut. Telah membeli sedozen donut yang sangat sedap itu. (tidak perlu promosi secara percuma disini kerana bukan lah big apple mahu buat apa-apa bayaran akibat publisiti secara berlebihan pun di dalam blog ini) kemudian menuju ke luar ECM, kerana ibu saya sudah menanti untuk menjemput kami pulang.

Photobucket

Tapi, kami tidak terus pulang. Hahaha. Bukan kah sudah beritahu di atas tadi? Ini adalah sesi lawatan tidak rasmi saya dan cik nuek di sekitar Bandar kuantan. Kami menuju ke pantai teluk chempedak. (Fuhhh..tempat kenangan ni. biarlah rahsia. Hahaha) tengok gambar diatas. cuba cari sepasang kekasih sedang bercinta di atas batu. hahaha. selepas itu, kami juga ke KFC setelah aza meronta-ronta kelaparan KFC. Oh pasti semua sudah penat membaca entry yang sangat panjang ini. baiklah, mari kita lihat beberapa gambar di pantai teluk chempedak.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Sudah habis merehatkan mata? Baik, kita teruskan lagi perjalanan entry ini. kemudian, ibu membawa kereta menuju ke air putih. Menghantar cik nuek pulang tetapi kami sempat juga singgah sebentar sambil meminum teh panas. Terima kasih kepada emak-mertua-tidak-jadi-kesayangan saya itu kerana susah-susah membuat the panas. Tujuan utama kami sebenarnya mahu melawat adik cik nuek, Sheila Sabrina yang sedang sakit. Omaigod, sumpah rasa mahu menangis melihat adik beliau. Sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan adik Sheila. Maaf dik, kakak tidak sempat beli hadiah birthday kamu tahun ini seperti kebiasaannya. Moga adik Sheila sihat selalu. I love you, Sheila. Dan sesi beramah mesra di antara besan-tidak-jadi berlaku. Fuhhh…kalau dua-dua ni bertemu lagi lepas ini, pasti tak henti-henti bersembang. Selepas menyedari, matahari semakin terbenam dan bulan pula sudah menjelma, kami meminta diri untuk pulang.

Dan entry lebih panjang pula bakal menyusul keesokan hari tentang perjalanan saya dan cik nuek ke KL keesokan harinya. Saya sangat penat. Sudah mahu me-pengsan-kan diri. Noktah.

You Might Also Like

10 comments

  1. sblm tido biar i komen dulu, hehehe..
    u tau tak tym u mms i td i tgh mamai2 tgh tido. haha.
    gila penat balik dr skul trs landing kt katil. dtg pula sms.. trs reply tp mamai2. haha.
    eh betul la.. kasut u tu mmg design nya hmpir sama dgn vincci i. hahaha.

    ReplyDelete
  2. nk komen ehhh....KOMENNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN....xp

    ReplyDelete
  3. vujie;


    haha. patot la i sms u tp tak ber reply dah lpas tuh. trus lena mimpi indah bersama dedek ye? haha. sumpah i suka gila kasut ni. cantik!

    ReplyDelete
  4. babe..i malas on ym lorh~
    i nga membzkan dr kat ms..
    pakai tdg lak kua aryni!
    kasot pink tuh sgt comel ok!

    u nk menari ballet ke?

    [joke]

    ReplyDelete
  5. kasut pink tuh mmg cumel. soft jek kaler dea. haha. pakai tudung sebab pegi rumah mak mertua tak jadi. haha

    ReplyDelete
  6. neyra chantek pakai tdg ;)
    even iera ta suke kaler pink,
    tp kasut tuh chomell sgtt!
    twin iera msty suke,
    die GILE pink :)
    iera da lame gile ta mkn coklat panjang tuh,
    nyumm~

    ReplyDelete
  7. chaNTEk? wakakakaka terima kasih banyak2 sygg. kasut tuh mmg sgt cumel. geram. ade 2 kaler. 1 lg kaler turqoise. hahaha. candy tuh best! dlu 10sen jek. now 20sen

    ReplyDelete
  8. hoho...pegi kat TC....best tu, banyak kenangan aku kat situ..huhu

    cinta, persahabatan dan family

    ReplyDelete
  9. yeah. sama la. hahaha. ni pon selamber gile my mum bwk eyra ngan ex bf dtg sna. hik3

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook