CHINESE NEW YEAR dinner + angpow domain
4:55 pmsalam 1Malaysia. ecehh semangat doe! gilak deh. aku rasa macam lama giler tak update blog ni yang dah bersawang sana sini. fuh fuh tiup sarang labah-labah. pergi kao jauh nun disana. kalau kao bagi aku spiderman takpe jugak.
malam semalam, company aku buat CNY dinner. ala, nama pun aku keje dengan company cina. adat ah. petang tu aku balik keje awal gila. on time bebeh. kunun semangat nak pegi dinner malam tu. tepek baby powder, calit mascara sikit, tonyoh eyeliner segala bagai. nak pakai cheongsam, tarak beli maa. pakai ah baju merah tuh je. hah, baik korang tatap spec aku yang menawan itu buat kali terakhir. before 14 feb ni aku nak donate ke charity home. lalalala.
dinner pukul 8 malam, at Tan Jung Restaurant. erk? restaurant cina yang pekerja muslim sebenarnya. lalalala tapi tetap aku ragu-ragu mahu makan. nama pun restaurant cina kan? ahahaha. kami bolot 3 table! oh yehh ramai betul. menu apa? fuh penat aku kira. ada 8 hidangan yang aku pun tatau apa nama semuanya. yang pasti, semua nya berciri healthy food. Bagi masyarakat Cina, mereka percaya semakin banyak juadah yang disediakan, ia sebenarnya melambangkan kemampuan dan kemakmuran hidup seseorang.
first dishes, opcos ah makan yee sang = 魚生 (鱼生) yúshēng... erk? masam. cuka. aku tak suka. eceh macam berirama pulak aku menaip ni. apa ada dalam yee sang? ee sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah (salmon), hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, daun limau kaffir, kekacang yang ditumbuk, halia, buah pomelo, jus lemon, lima serbuk rempah dan keropok ranggup. fuh sedap tapi masam sikit. macam makan tong sam kat kedai siam pon ade rasanya hahaha. sambil gaul yee sang, kaum cina akan menjerit perkataan ‘lo hei’ dengan perkataan lo bermaksud menggaul sementara perkataan hei pula didefinisikan sebagai kebangkitan. Semakin tinggi yee sang itu diangkat, maka semakin banyaklah kemakmuran dan kesenangan yang bakal dinikmati oleh seseorang sepanjang tahun. tapi takde pon table aku duduk tuh semangat jerit2. table sebelah ada la. hahaha!
then datang pulak dishes apa ntah nama tapi sedap. ada lah jugak kuih, and dumpling nyummy~~ hahaha. lepastu, ada ikan steam, ayam masak steam, udang, yee mee, sharkfin soup dan sebagainya. memang aku tak makan sangat lah kan benda pelik-pelik semua. aku syok ratah kacang tanah sampai sepinggan tu aku punya sorang. anda boleh lihat dalam gambar di atas. hahaha! and lagi satu, makan buah lychee dengan ais. fuhh masyuk! sedap doe. then, kekenyangan kekembungan minum chinese tea. orang lain, dah mabuk teruk dah. wakakaka. yang pasti, boss aku bankrup bayar bil makan, RM 1296.00 !! hahaha.
oleh sebab aku terlupa nak camwhore dengan apek hensem kat situ gara-gara mereka kemabukan di atas bumi yang nyata, aku dengan kak mai pergi toilet dan camwhore. maaf lah ada terselit gambar mangkuk jamban di situ. saja bagi spirit untuk si siggplus pemberak lebih sikit untuk berak hari ni. dia kan tengah kecewa liverpool kalah. datang pulak sinus dia di pagi hari. maaf, aku terkutuk kao. nanty CNY aku mintak maaf okayh dengan syarat kao bagi angpow. wakakaka.
oh memang sengaja buat gambar di atas. special for my abg buchux bacin , trimas sebab bagi angpow dengan meng-sponsor domain untuk belog adek mu yang sengal paling nakal ini. ye, dengan bangganya beta umumkan, belog aku kini berdomain sendiri : www.ieyra.com . trimas juga kepada fazreen sebab bagi nama baru anakku ini. sangat happy walaupun semalam agak kecewa PC office ini gila tak boleh bukak belog aku. oh lagi satu, jangan tanya kenapa aku tak guna hosting sendiri dan masih duduk bawah ketiak belogsepot. aku takde masa la nak kesah nanty kalau aku ada hosting sendiri ke, guna WP ke. kang asek suspended, baby down down down sapa nak kesah? lalalala. selamat datang ke belog kuh.
last but not least, aku mengakhiri entry panjang dan berjela mengalahkan pertandingan menulis surat kepada perdana menteri ini dengan ucapan dalam bahasa melayu, SELAMAT TAHUN BARU CINA! atau dalam english, HAPPY CHINESE NEW YEAR! atau dalam mandarin, xīn nián kuài lè ! fuhhh memang banyak tulisan cina dan percakapan dalam mandarin hari ni. dah nama pun salam 1Malaysia tadi. chow~
9 comments
1 Malaysia! (tang makan je ek..? :p)
ReplyDeletehahahah! tau takpe
ReplyDeleteragu2??.
ReplyDeleteish.
xbleh2..
tu ke sis @tunteja_iza tu??.
ahaha.
kemsalam sudeh.
d:
yayy dh bejaya dgn domain baru. tahniah..tahniah... heee :D
ReplyDeletebtw..chinese food.. suke!!!
ann; tu la beliau. haha
ReplyDeletejulia; yeahh thnks. :P
w0ot.. domain .com.. huhuu..
ReplyDeletehahahaha ye cek anarm.net ..
ReplyDeletehaha... udah x baby lagi eyra... ;P
ReplyDeletewaaah..tahniah..dh berdomain sndiri..ade rezeki nnti,berhosting sndiri plak..beli yg mhl punye..hohohohoho
ReplyDeletedrop your comment here!