­
hidup macam palat tapi happy - ieyra.com

hidup macam palat tapi happy

11:30 am


Hidup ini macam palat tapi hari esok masih ada merupakan tagline Kami The Movie yang aku selalu gunakan dalam hidup aku. Maksudnya, walaupun hidup ini teruk sangat, tapi, masih ada lagi cahaya atau jalan untuk menjalani kehidupan yang lebih bagus. Hidup aku macam palat sikit sejak malam tadi hingga lah petang tadi walaupun aku sibuk shopping raya dari semalam hingga hari ni. bayangkan betapa stressnya cari kain pasang warna kelabu untuk hari raya? ye, kain pasang. hari ini baru kain itu mula dijahit. harap-harap sempat siap nak dipakai di pagi raya. dah stress shopping semalam, datang pulak stress hari ini. lepas best shopping raya beli cardigan baru, jam baru, kad raya, tengok wayang The Descent 2 yang macam comel makhluk tu berak bontot bulat dan macam-macam, ada pulak si palat sekor ni cari pasal. mana aku tak bengang kan? memang lalat la semua. hurung sana sini bawak masalah.

Dah berapa kali aku cakap kat dalam belog ni rasanya. Hidup seorang blogger dan twitterer bukan mudah. banyak stalker. banyak manusia PHD. banyak manusia busybody. mana-mana juga akan korang jumpa spesis macam ni. aku sibuk jaga hati orang baik-baik tapi diorang buat hati aku macam hati barbie doll kena gelek dengan steamroll. sekarang ni aku cuma nak jadi manusia hati batu nesan di tanah perkuburan je. habis cerita! untuk kamu, kamu, dan kamu. kalau nak kepochi sangat boleh berambus dari dunia alam maya aku. kalau korang tak suka amik tahu dunia alam maya dan benci caci maki keji orang yang aktif blog dan twitter macam aku, sila berambus.

dah penat bebel, aku nak bagitahu. walaupun hidup macam palat dua hari ini, tapi aku tetap happy. sebab tu aku selalu cakap, berkawan dengan kawan-kawan dari alam nyata lagi bermakna dan bernilai dari kawan di alam nyata. hidup macam palat pun, ada mereka yang buat aku gembira tak terkata.



menerima parcel dari Sis Azie merangkap kakak kesayangan enchek kembar muka mosaic, JustKhai sejak hari Jumaat lepas, tapi atas kesilapan posmen Pos Laju Malaysia yang pergi hantar slip parcel salah alamat rumah orang lain maka aku baru sahaja menuntut parcel ini tadi. belum sempat keluar Post Laju National Courier Office aku dah bukak parcel tu dengan rakusnya. bayangkan betapa terujanya masa itu. now korang dah tahu kan aktiviti mengepos ni memang ada perasaan luar biasa? menerima anti-radiation sicker, kad birthday, lip gloss, mini torchlight, handbag, dan duet raya RM10. actually, ini hadiah birthday tertunggak yang sekali pakej dengan hadiah raya. terima kasih Sis Azie sayang.



Kemudian, menerima parcel dari blogger dan twitterer Singapore Ayie Mala . Juga hadiah birthday tertunggak beserta kad hari raya. menerima keychain huruf E yang sangat comel dan harus aku teruja kerana aku suka kumpul keychain. dan juga mini coin purse agaknya ada gambar itik kuning comel tapi bentuk macam sampul surat. kad raya paling tak boleh blah isi kandungannya buat aku tergelak sorang diri bila baca. ada-ada je kamu ya Mala? hampir terlupa, cik Mala juga bagi duet raya RM10. duet Malaysia bukan Singapore ok? banyakkan duet raya dari blogger tahun ni? terima kasih Mala sayang.



Kad hari raya comel berkartun ini datangnya dari blogger dan twitterer, CikNurull hari ini. selamat juga sampai walaupun posmen itu macam campak surat aku macam lempar newspaper di setiap rumah. terima kasih buat Cik Nurull sayang. kad raya akan di balas selepas raya mungkin. InsyaAllah.



Ini juga hadiah birthday dan souvenier. Keychain dari Paris dan Moscow adalah dari seorang pelajar Russian State Medical University, Maimuna yang aku kenal dari Fesbuk sahaja. tidak silap aku, dia satu sekolah dengan aku dulu dan siblings kepada Lokman. tapi, macam tidak pernah jumpa. tak sangka Maimuna betul-betul pos keychain ni. Keychain dari Singapore itu pula dari blogger yang semakin femes fan pagenya, Syahirul untuk hadiah birthday aku. Juga hadiah birthday tertunggak sebenarnya. Terima kasih buat Syahirul dan Maimuna sayang.

Dan sejak aku pulang ke Kuantan tempohari, memang banyak parcel dan surat yang aku dapat. menerima sijil dari Information Technology Youth Movement kerana antara blogger terpilih menerima sijil untuk Hari Belia tak silap aku. siapa kata blogger tak boleh terima sijil? siap ada URL pada sijil. dan menerima CD Skandalisme Supersyazwan, dapat buku 28 Hari Jurnal Rock & Roll hasil karya Mohd Jayzuan, Sketch Book dari Jeff, beg vintage brown color, hadiah dari Blogger comel Vujie dan sebagainya. tidak larat mahu letak semua gambar lagipun setengah darinya masih ada di kampung aku di Perak kerana guna alamat sana.

Aku juga gembira sebab aku memenangi beberapa contest sejak beberapa bulan lepas? Terima kasih buat Amer Said sebab aku menang hadiah dari blog dia sebagai pengkomen terbanyak bulan berapa entah aku lupa. dapat T-Shirt agaknya sebab aku tak bukak lagi parcel oleh sebab parcel masih di kampung. sempat jugak aku kirim dengan dia keychain dari bumi Australia. dan juga aku menang contest dalam website Zon Artis dan hanya memenangi T-Shirt Zon Artis juga. kemudian, menang 50 ribu rupiah, kad raya dan souvenier dari Bali daripada Blogger kacak bergaya JoeGrimJow. walaupun 50ribu tu macam banyak tetapi rupiah ye rakan-rakan.

Dan yang terbaru, aku menang RM150 dalam contest SEO hidup seorang blogger daripada Denaihati dan tersenarai di tangga ke-9 antara 30 raja SEO. aku juga menang RM50 dalam contest laungan merdeka di Facebook. juga contest denaihati dan di sini aku mengucapkan banyak-banyak terima kasih sebab aku tak sangka aku akan menang. aku juga sedikit gembira earning ChurpChurp dan Nuffnang aku semakin memuncak naik tinggi ke awan dan boleh cashout dah tapi aku masih mengumpul. aku bukan lah pengejar earning yang terunggul atau pakar hebat dalam SEO dan sebagainya, tetapi kehidupan alam maya sangat buat aku gembira menikmati hidup.

Alhamdulillah, semuanya rezeki di bulan Ramadhan



get your free blog banner at emilayusof.com

SELAMAT HARI RAYA !!

You Might Also Like

21 comments

  1. congrats babe. ni yg nak jadikan contoh ni. hehe.
    kita boleh buktikan kat org yang kita blogger berkualiti la even org lain duk kutuk2 kita kan. dia kutuk dia dpt apa? tambah dosa je. eh kalau tkde dosa pun mmg hell tpt dia lupa plak. haha

    good job babe dont stop blogging :)

    ReplyDelete
  2. hey dear i'm here! :D wow u have some incredible gifts and souvenirs there..Happy Belated Birthday! :)

    congrats on winning the contest too.. awesome!!

    ReplyDelete
  3. woah! byk betol parcel ko ea?? tp key chain E tu sama ngan aku la, sebijik~ ngiahah~ tp xpe, ko guna E aku guna F la, E tu aku simpan.ekekeke

    ReplyDelete
  4. WOW !
    Even bila kamu berkata ramai yang anti kamu but I MIGHT SAY LEBIH RAMAI LAGI YANG SUKA DAN SAYANGKAN KAMU ;) The truth is, dalam alam maya mahupun alam realiti, akan wujud manusia yang bertalam dua muka or PHD, memana satulah. So kita kena pandai2 mentafsir ciri2 mereka itu.


    Oh ye by the way cool presents u got there, jeles weh hehee ;) And seriously you are one lucky girl yang asyik dapat hadiah and menang contest hehe ;) Semoga tuah itu sentiasa bersama kamu hendaknya. Amin.


    Last but not least, HAPPY BELATED BIRTHDAY anddddd enjoy blogging always. Jangan mudah jatuh dgn cakap2 orang tau ;) Ingat tuh :D

    ReplyDelete
  5. WOW! outstanding. im touched! thank youu faten :) will update this post later once i got all my gifts left at granny's house

    ReplyDelete
  6. rmai yg anti?. haha. xpe2. biar kn. susah pe kn. haha. btw best la. rezeki2. share la skit. haaha!. congrat :D

    ReplyDelete
  7. wuu..byk kad raya kau..jeles aku..
    aku satu hape pn takde kad raya..

    surat bank byklaa..hahaha

    ReplyDelete
  8. cool bebeh..rezeki di bulan ramadhan ni..heeee..

    p/s:keychain eifel tower tu pon mak aku ade..haha..sama la ko ngn mak aku nanti.. :P

    ReplyDelete
  9. tahniah sebab memang contest.... yeay dapat duit raya... :-)

    ReplyDelete
  10. macam2 dapat...macam2 ada....:))

    ReplyDelete
  11. biasalah....manusia ni jenis bermacam-macam kan...

    anyway, tahniah ek dapat duit raya..mantap blog ni.. :)

    ReplyDelete
  12. your life's great! xde la palat mana pun.congrats for your winning @ denaihati contest

    u really have true frens...
    zaman2 skrg ni kalau dpt kad raya mmg berharga tu...feel dia lain macam

    Salam Aidilfitri & Happy Belated Birthday

    ReplyDelete
  13. macam2 hadiah yang ko dapat... banyak tul r...

    ReplyDelete
  14. dapat hadiah macam2..menang contest sana sini...takdelah palat sangat kan hidup? tahaniah.

    ReplyDelete
  15. salam lebaran...dkesempatan nie wan nak ucapkan salam kemaafan ..selamat hari raya...maaf zahir dan batin..ade ke batin??hhehe..

    Wan post kat ruangan komen entri ..so tak kan hilang...salam aidilfitri..

    ReplyDelete
  16. KING SEO :) Wao Congratulations :)

    New Entry ProfHariz
    Bila Takbir Raya Bergema Hatiku...

    ReplyDelete
  17. byknye die dapat ek..

    bro contest SEO hari tue xsempat nk join...

    pe2 pun tahniah ek

    Regard,
    BroFramestone Blog
    @ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

    ReplyDelete
  18. hey. nice to know ur blog. just walking here. and im suprise. a nice song with a minimal layout that bring easy look.
    its wonderful.

    and ur entry too. :D

    Daaa.

    ☻/
    /▌ www.fakhrulzakry.com
    / \ ║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook