­
Be Part of ChurpChurp Today! - ieyra.com

Be Part of ChurpChurp Today!

8:04 am









tahu tak apa itu ChurpChurp? rasanya seperti sudah pernah berbicara tentang ini bukan? oh ye sila rujuk entry yang lepas : KLIK SINI. ChurpChurp sinonim dengan Twitter dan terbarunya Facebook. maka, jika anda pengguna Twitter dan Facebook, dan ingin menambah duit poket, anda boleh cepat-cepat tanpa segan malu pergi daftar ChurpCHurp sekarang! eh mengapakah ayat dah macam MLM jual gelang AC Mizal? oh bukan! aku cakap betul ni. ChurpChurp ni memang deboom!




apa itu ChurpChurp?

ChurpChurp adalah sebuah media pengiklanan untuk Twitter dan merupakan salah satu anak syarikat Nuffnang. Bagi mereka yang ada blog mesti kenal Nuffnang itu apa kan? ye, macam mana korang dapat duit dari Nuffnang, macam tu juga ChurpChurp boleh bagi korang duit belanja. jangan tipu dan jangan sombong kata taknak duit belanja lebih.

sebelum tu, meh semua baca FAQ ChurpChurp ni:

How does ChurpChurp work?

ChurpChurp is your ultimate integrated social media solution that rewards for influencers’ updates. Churpers will be briefed on the contents of updates and seeds to be propagated based on partners’ request. Basically there are two main types of Churps available which are :

a. Scheduled (User-generated) Churps
You will be notified via e-mail of new assignments and given a brief to compose your posts in any way you want with some required keywords. Your tweets will go out on a schedule and after it does, earnings will be credited into your account.

b. Seeding Churps

You will be notified via e-mail of new assignments and given a brief to compose your posts in the required platforms. The brief will describe the angles you should work on.



Lepas korang register dengan ChurpChurp, korang akan digelar Churper. korang akan diberi tugasan untuk mengarang tweet bagi sesuatu kempen atau iklan menggunakan ayat korang sendiri dan jangan lupa buat ayat berdasarkan keyword yang diberi. tanpa keyword-keywrod penting, tweet korang akan direject! ohtidak.com la jawabnya! setiap tugasan juga mempunyai tarikh-tarikh yang tertentu maka korang kena sentiasa alert. ala, senang je. buat macam aku. setiap kali online, website churpchurp adalah website pertama aku bukak. kan senang? ingat, setiap tweet tugasan yang diberi, akan DIBAYAR! eh percuma je? bagi macam tu je? betul ke? mesti minda masing-masing tertanya-tanya bagai nak rak kan?

tak percaya? aku tahu ramai tak percaya dengan benda-benda macam ni. sebab dah ramai tanya aku betul ke tak. oleh sebab aku pernah cashout duit dari ChurpChurp dan telah berjaya menghabiskannya pun. untuk earning kedua aku, aku tahan dulu. masih mengumpul lagi. meh aku nak tunjuk kat korang bukti sikit:



ini cheque dari ChurpChurp, hasil pendapatan aku kurang dari 6 bulan bernilai RM 107.62. bukan cheque dari Nuffnang untuk blog aku ye sebab blog picisan aku ni belum pernah cashout lagi Nuffnang. untuk current earning aku sekarang adalah RM155.64 cuma belum cashout lagi. insyallah hujung bulan ni. sekarang dah percaya kan? mari register ChurpChurp dan cari duit belanja!

oh ye, ChurpChurp ni banyak jugak organize event yang cambest. tapi aku tak pernah pergi la sebab aku kan duduk jauh di perantauan. tapi aku harap masa cuti semester ni ChurpChurp buat la event best-best dan santai sikit kan? hari tu dah main layang-layang bersama Churper, next time organize la gathering yang siap ada tema best sikit macam costume party ke apa ke. teringin jugak nak pergi gathering macam tu. sure semua Churper boleh meetup and kenal sesama yang lain kan? boleh merapatkan silaturahim. ah gitu! lepastu, kalau nak buat aktiviti riadah macam piknik di pantai Port Dickson ke apa best jugak kan semua Churper? jangan buat event piknik di Pantai Dalam sudah la kan? teheee~ lepas tu buat pot luck, semua Churper piknik, mandi pantai sama-sama, have fun aktiviti pantai buat competition bina istana pasir paling kreatif ke, cari harta karun ke. eh eh terlebih pulak..

so? apa tunggu lagi? jum lah register ChurpChurp! KLIK SINI.



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook