Kenangan Peperiksaan UPSR 2000
7:49 amPeperiksaan UPSR adalah salah satu peperiksaan besar untuk pelajar tahun enam sekolah rendah di Malaysia. Kalau masa zaman saya dahulu kala, peperiksaan besar pertama saya adalah PTS untuk pelajar dtahun tiga, UPKK di sekolah agama pada tahun lima dan UPSR merupakan peperiksaan besar ketiga saya. Alhamdulillah saya mendapat keputusan 5A untuk UPSR pada tahun 2000 di Sekolah Kebangsaan Assunta Convent, Kuantan, Pahang. Hasil berkat tidak menonton televisyen dan pergi kelas tusyen setiap hari agaknya.
Berikut adalah jadual peperiksaan UPSR 2011 yang kini sedang berlangsung dari 13/9/2011 hingga ke 15/9/2011. mesti semua calon UPSR 2011 sedang berusaha teringat kenangan masa UPSR dulu. zaman skema je belajar pulun habis. dah masuk degree ni pemalas sangat sekarang. adik-adik semua jangan ikut perangai kakak ni. hehehe~
SELASA 13 September 2011
08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman
09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan
11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Mathematics Kertas 2
RABU 14 September 2011
08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1
09:55 pagi — 10:45 pagi – Bahasa Cina Pemahaman
11:45 pagi — 01:00 petang = Bahasa Cina Penulisan
KHAMIS 15 September 2011
08:15 pagi — 09:30 pagi – Science
10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2
02:30 petang— 04:00 petang – Ujian Aptitud Tahun Enam
saya sendiri tidak pasti apa itu Ujian Aptitud Tahun Enam. mengikut bacaan saya di blog Denaihati, Ujian Aptitud Tahun Enam adalah satu kertas ujian objektif aneka pilihan mengandungi tiga Bahagian yang mengambil masa – 1 jam 30 minit mengandungi 3 bahagian iaitu Kemahiran Berfikir, Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan dan Minat, Kecenderungan dan Kesediaan. fuhhh... semakin rumit sekarang ya?
sesungguhnya saya rindu kenangan UPSR dulu di Assunta. lagi-lagi pengalaman jadi pengawas masa sekolah dulu. ecehhh.... walaupun sekolah tu buruk, belajar Kemahiran Hidup pun dalam makmal berdindingkan papan sahaja, tapi zaman sekolah rendah lah zaman budak baik sangat-sangat. pergi kelas tusyen setiap hari. nasiblah tahun enam saya sudah berhenti sekolah agama. kalau tidak, mahu boleh pengsan pagi ke sekolah Assunta, petang ke sekolah agama, malam ke pusat tusyen di pusat bandar sana. masa ini juga sudah bergiat aktif bermain komputer. bila masuk kelas komputer, macam-macam sijil dengan gred Distinction saya dapat. biasalah, zaman sekarang ni budak-budak belajar komputer sendiri je. lagi hebat dari guru semua.
ingin saya letak gambar masa zaman sekolah rendah, malangnya semua di rumah. nasiblah ketika rumah terbuka hari raya lepas, Ismail (kawan sekolah menengah) ada ambil gambar saya masa sekolah rendah dari majalah sekolah menggunakan biru hitamnya dan twitpic di laman twitter. sangat lah sengal beliau gelakkan saya. abaikan sahaja cita-cita yang sudah terpesong itu. macam tak jadi guru je. itu semua jawapan tipikal saya ketika di tanya tentang cita-cita. eh eh, comel kan masa umur 12 tahun? semoga berjaya untuk semua calon-calon UPSR tahun 2011!
nota: saya dapat 5A pun saya tak masuk sekolah berasrama penuh. semua adik-adik saya juga begitu. :)
7 comments
nak masuk asrama camna, homesick sakan. kalau masuk, mesti asyik lompat pagar... :P
ReplyDeletegrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...
ReplyDelete@abg woossshh? hehehehehe ala abg ni. jangan kantoikan adik abg ni laaaa
ReplyDelete@penyu; are yu jelly?
Kenangan dulu-dulu memang best kan.
ReplyDeletewahh..serius comel tyme kecik2 dulu ek ;)
ReplyDeletesalam
ReplyDeletewahh pencapaian yang perfect tu
sampai tak tengok tv tu >.<
ReplyDeletedrop your comment here!