­
Urban Escape - ieyra.com

Urban Escape

11:02 am


kadang-kadang apa yang kita tak plan tu lah paling best dan enjoy kan? Sabtu lepas, saya dan rakan-rakan membuang tebiat. semuanya gara-gara si Farahin ni mimpi apa ntah nak keluar dari gua (baca: bilik) dia so ajak tengok pemandangan. sepanjang perjalanan dia diam taknak kasitau ke mana akan dia culik saya dan Ash petang tu.



selepas melalui liku-liku kehidupan. eh silap. jalan raya yang berliku-liku dan extreme sebenarnya. sempat jugak teruja tengok pemandangan ladang kelapa sawit yang snagat luas dan lain-lain. akhirnya sampai jugak di Ulu Licin, Beruas. cantik tempatnya, tapi sedikit sunyi dan terpencil. sesuai la nak jadikan tempat mencari ketenangan.




ok, memang malas nak taip entri panjang-panjang lepas tu tepek sahaja semua gambar. hahaha~ selepas melakukan aktiviti celup-celup kaki, dan membasuh muka dengan air sungai, terus perut berkeroncong kelaparan. dan kami menuju ke pekan Beruas, ala-ala macam pekan koboi dan berjaya mengisi perut dengan cendol, apam balik, kerepek tempeyek dan chicken wing madu. chicken wing Beruas terbaik wooo~


lepas tu jadah apa entah , lapar lagi. konon-konon yang tadi tu cuma alas perut la. terus kami menuju ke Marina Island, untuk melantak lagi. sekali lagi, makan cendol. dan Farahin order asam laksa. bukan dia hbais pun makan laksa tu. haha~ lepas dah perut kenyang, sennag hati tu apa lagi. terkinja-kinja di tepi pantai ler sambil melihat sunset yang cantik. ok, malas nak taip lagi. sila lihat gambar lagi.






 gambar yang last tu, semua idea Farahin budak bertuah sorang tu. dia fefeeling macam ombak rindu pulak tu. kami dah nak tergelak-gelak ambil gambar sebegitu rupa. lepas tu, malam tu kami ke karaoke pulak. melalak macam apa lepas tension. enjoy gila unplanned trip macam ni. mungkin lepas ni boleh ter-unplanned lagi ke Cameron Highlands?







You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook