‘eBu BabyPedia’ - Saat-saat manis Lisa Surihani & Yusry bergelar ibu dan bapa
11:01 pm
Astro hari ini memperkenalkan
sebuah program baharu yang menyasarkan golongan ibu dan bapa muda. Sebagai ibu
bapa baharu, ramai yang mendapat pelbagai petua dan tradisi sehingga
tertanya-tanya yang mana harus diikuti. Jadi eBu Babypedia, sebuah siri terbaharu
di bawah payung eBu bakal menampilkan pasangan selebriti popular Lisa Surihani
dan Yusry Abdul Halim yang akan mengupas kebenaran yang terselindung di sebalik
tradisi yang terdapat di seluruh dunia.
Naib Presiden Perniagaan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat
Zaharuddin berkata, “
Kami di Astro
sentiasa berusaha untuk memberikan kandungan yang terbaik buat penonton kami. Oleh
yang demikian kamipun mewujudkan eBu. Perjalanan melangkah ke dunia keibubapaan
merupakan fasa yang mengembirakan serta mencabar. eBu rata-rata memberi
penekanan dan pendedahan terhadap kemahiran keibubapaan, tip-tip berguna serta
informasi penting yang boleh dijadikan rujukan dalam persediaan mereka untuk
menerokai fasa baharu ini.
Tambah Yasmin lagi,
“eBu Babypedia merupakan satu program yang cukup istimewa kerana kami menyentuh pelbagai pantang larang serta tip-tip berguna yang boleh dimanfaatkan ibu-ibu mengandung di luar sana. Kami mendapatkan pandangan dari pakar serta membuat penyelidikan yang teliti demi memastikan kandungan eBu Babypedia tepat daripada segi faktanya dan sahih agar boleh dijadikan rujukan untuk ibu-ibu muda”.
eBu Babypedia
menghimpunkan pelbagai petua serata dunia serta amalan turun temurun dalam
membantu ibubapa untuk menjaga cahaya mata mereka dengan sempurna. Antaranya
termasuklah petua kehamilan masyarakat Melayu, Cina, India, Afrika, tip-tip
kesuburan, pantang larang serta adat istiadat tradisional dan sebagainya. eBu
Babypedia juga menampilkan pengacara dan pelawak terkenal tanah air, Jihan Muse
dan Bell Ngasri yang pasti akan mencuit hati penonton dengan telatah dan
gelagat mereka melakonkan semula isu-isu yang dipaparkan secara santai dan
cukup bersahaja. eBu Babypedia yang akan mula bersiaran pada setiap hari Rabu
bermula 23 Mac 2016, jam 9.00 malam ini bakal menemui penonton selama 13 minggu
dengan setiap episod mengenengahkan topik-topik yang kehamilan yang menarik.
Sementara itu segmen eBu,
yang menampilkan program berbentuk keibubapaan bakal menyiarkan pelbagai
variasi rancangan yang bukan sahaja menghiburkan para penonton malah memberi
pendedahan ilmiah berkenaan tip-tip, informasi dan hal-hal yang berkaitan dengan
kekeluargaan. eBu merupakan dedikasi khas Astro untuk ibu-ibu di luar sana
terutamanya dalam perjalanan mereka melangkah ke dunia keibubapaan, sebuah fasa
yang bukan sahaja mengembirakan tetapi mencabar diri mereka. eBu bukanlah
sekadar hiburan semata-mata, ianya bertindak sebagai wahana penting yang boleh
dijadikan rujukan dalam persediaan mereka untuk menerokai fasa baharu ini. Segmen
eBu akan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria, saluran
104 dan Astro Ria HD, saluran 123. Sebelum ini, siri Papa Hero Saya musim kedua
dan Untuk Dia telah pun terdahulu mengisi slot eBu.
eBu bukan sahaja bersiaran
di televisyen tetapi pendekatan 360 darjah slot ini juga akan menggabungkan
integrasi pelbagai lagi platform lain yang sedia ada, selaras dengan hasrat eBu
menjadi ‘one stop parenting center’
di Malaysia. Radio Sinar FM menerusi penyampai popularnya, Abby Fana telah pun
memulakan segmen eBu di radio tersebut pada jam 11 pagi setiap hari Rabu di mana
beliau mengutarakan pelbagai topik menarik berkaitan motivasi dan pengalaman
bergelar seorang ibu serta berkongsi pandangan bersama pendengarnya berkenaan
isu-isu tersebut. Pendengar setia Sinar FM juga boleh mendapatkan inspirasi,
petua dan tips keibubapaan menerusi segmen istimewa ini.
Istimewanya lagi, sebuah
aplikasi khas eBu telah dihasilkan oleh pihak Astro di mana aplikasi ini memudahkan
ibu-ibu mencatat perkembangan aktiviti si manja sama ada daripada segi
penyusuan, pembesaran fizikal serta perbelanjaan yang telah digunakan. Ibu-ibu
yang hamil juga boleh mancatat perkembangan bayi dalam kandungan.
Fungsi “Scrap Book” pula membolehkan para ibu merakamkan
gambar-gambar si manja mereka dari sehari ke sehari dan mengabadikannya dalam
bentuk persembahan multimedia yang boleh disunting sendiri menerusi aplikasi
berkenaan. Aplikasi menarik ini juga adalah aplikasi keibubapaan dan kehamilan
dalam versi Bahasa Melayu yang pertama di Malaysia. Setiap detik ibu bapa bersama
si manja kini boleh dirakamkan dengan menggunakan aplikasi eBu.
Selain itu, laman sesawang
eBu yang akan dilancarkan tidak lama lagi bakal menyaksikan kerjasama eBu
dengan majalah keibubapaan terbitan Kumpulan Media Karangkraf yang cukup
terkenal di Malaysia, Pa&Ma. Kandungan dan artikel terpilih daripada
majalah itu akan ditransformasikan menjadi infografik yang cukup menarik dan
akan dimuatnaik ke laman sesawang tersebut yang boleh diakses secara percuma. eBu
juga tidak ketinggalan untuk turut sama berinteraksi di media sosial menerusi
akaun Facebook, MyeBu dan Instagramnya, @my.eBu . Untuk maklumat lanjut
mengenai eBu, layari www.eBu.com.my.
Jangan lupa, saksikan
program eBu Babypedia yang akan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam
di Astro Ria, saluran 104 dan Astro Ria HD, saluran 123!
1 comments
Kat rumah takda astro, tak boleh nak tengok la..
ReplyDeleteTapi sweet je couple ni kan...
drop your comment here!