#FreshToGoContest2016: Dapatkan Your Fresh To Go Di #7ElevenMY!
10:48 pm
Fresh To Go di 7 Eleven
Selalunya rutin pagi saya dimulai dengan kelam kabut nak ke sekolah. Kadang-kadang tak sempat nak breakfast pun di rumah. Bukan sahaja breakfast, bila sibuk di sekolah dan jadual kelas terlalu padat, nak lunch pun tak sempat on time. Nasib baik lah 7 Eleven ada betul-betul belakang rumah dan tepi sekolah. Senang berlari kejap pergi 7 Eleven dan grab je any Fresh To Go meals yang ada di 7 Eleven berdekatan. Fuh! Perut pun tak meragam macam ada saka mintak makanan dah.
Happy face means tummy is damn happy now!
Pagi tadi lambat ke sekolah sebab saya perlu ke universiti dulu. Fuh, sibuk jugak life as student and teacher ni kan? Sebelum masuk sekolah tadi sempat singgah di 7 Eleven Jalan Telawi, Bangsar dulu untuk grab any brunch for my hungry tummy.
Eh eh hard boiled eggs pun ada?
Banyaknya variasi makanan Fresh To Go di 7 Eleven Bangsar ni!
7 Eleven menyediakan banyak variasi makanan yang sentiasa fresh untuk semua yang sentiasa sibuk dengan kehidupan macam saya ni. On the go je semua kan, so dengan wujudnya Fresh To Go di 7 Eleven ni memang memudahkan saya. Dari sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan juga supper, datang je 7 Eleven ni semua ada! Ye lah kadang-kadang macam blur nak makan apa selalu saya terus berjalan kaki je ke 7 Eleven belakang rumah (di dalam LRT Kerinchi).
Bila terjumpa hard boiled eggs di 7 Eleven Bangsar tadi, teringat pulak masa travel ke Cebu, Philippines dulu. Di sana puna da Fresh To Go meals macam ni tau! Bayangkan susahnya nak dapat makanan halal, setiap hari datang 7 Eleven sebelah hostel tu beli hard boiled eggs untuk protein! haha~
Chicken Mayo Salad Sandwich, Sausage Bun with Cheesy Cheese dan Chocolate Milk.
Sibuk bukanlah alasan untuk skip makan.
7 Eleven juga menyediakan kerusi dan meja untuk korang semua makan minum di situ. Senang kalau lunch hour selalunya kan penuh je kedai makan, siapa sangka 7 Eleven juga lengkap semuanya? Tapi sebab saya memang jenis on the go punya spesis, saya grab Fresh To Go and makan di office saya je. Yang sempat saya grab pagi tadi for my brunch are Chicken Mayo Salad Sandwich (RM 3.90) dan Sausage Bun with Cheesy Cheese (RM 3.90). Ada pelbagai lagi menu lain Fresh To Go di 7 Eeleven seperti Chicken Rendang with Rice, Macaroni & Cheese, Stir Fried Chicken Chili with Rice, Garden Salad with Roasted Sesame Sauce, Chicken Lasagna, dan banyak lagi yang ada boleh check di website 7 Eleven juga di http://www.7eleven.com.my/products.
Ya Allah sedap tak terhingga lah Sausage Bun with Cheesy Cheese ni.
Punya nikmat bila dapat makanan. Saya jenis makan sikit tapi kerap makan. Dan sebab saya tak makan nasi, menu Fresh To Go di 7 Eleven ni memang sangat membantu. Bila lapar je, pergi 7 Eleven sebab 7 Eleven kan "Always There For You"? So they always there for me when I'm hungry like a dinosaur.
Sibuk dan lapar bukan alasan untuk kita skip makan okayh? Jaga kesihatan walau sesibuk mana pun kita. Kerja yang bertimbun tu bukan boleh selamatkan diri kita pun. Tak sempat makan? Grab je Fresh To Go di mana-mana 7 Eleven berdekatan.
#FreshToGoContest2016 #7ElevenMY
0 comments
drop your comment here!