Buffet Ramadhan di Latest Recipe, Le Meridien Kuala Lumpur
2:17 am
Dijemput untuk ke Buffet Ramadhan Preview bersama rakan-rakan dari Projek Travel minggu yang lalu di Latest Recipe, Le Meridien Kuala Lumpur. Kali ni, lain macam sikit buffetnya. eh lain macam apa? Hah, memang banyak pilihan juadah makanan cuma kelainannya, makanan yang dihidangkan terdiri daripada beberapa negara dan juga pelbagai jenis. Takde la sama je macam buffet Ramadhan yang lain ye dak?
Kata Chef Budiman, untuk mencari kelainan dan lari dari tipikal menu yang sering dihidangkan ketika bulan Ramadhan maka pihak Le Meridien Kuala Lumpur memilih untuk menyediakan pelbagai jenis juadah yang ternyata berbeza. Bayangkan nak buka puasa makan Teppayanki? Hah, Shashimi, Sushi dan Tempura pun ada. Taknak makanan Jepun? Takpe kita ke Turki pulak makan aiskrim gelato Turki. Berselera untuk makan juadah masakan India? Hah Tandoori, Murtabak, Naan, dan pelbagai jenis lagi menanti. Banyak pilihan kan?
Jom lihat apa yang ada...
Lamb Bahmia with Borlotti Beans
Briyani Puyuh
Braised Chicken in Mushroom Blackpepper Broth
Kerabu
Jeera Pilau
Tandoori
Tandoori
Caramel Banana Panacota
Morello Cherry Cheese Cake
Salmon Sashimi
Spinach Ball stuffed with mozarella cheese and mushroom
Mee Lala Kuah Lemak Putih dengan Sambal Kari Kering
Pavlova
Pengat Durian
Saya sangat sukaaaaaaaa spinach ball tu lebih-lebih lagi makan ketika panas. meleleh keju! Memang sedap. Mee lala tu pun seda juga. Ahh, semua sedap. Sempat bertanya kepada Masterchef Jo yang turut hadir malam tu, katanya buffet Ramadhan di sini memang ada kelainan. Fuh, dia sendiri approved memang sedap katanya! Kaunter Teppayanki pula sampai beratur panjang semua orang! Fuh, memang laku betul sampai kesudah saya malas dah beratur haha.
Highlighted untuk buffet Ramadhan di Latest Recipe, Le Meridien Kuala Lumpur ini tentunya kaunter aiskrim Turki. Ada 3 flavour pilihan iaitu strawberry, vanila dan chocolate. Aksi ketika dia sediakan aiskrim tu yang menarik perhatian. Tengok lah Khai Artzfar dan abam Turkish tu. hahahahha!
Yang pastinya, selain juadah masakan Melayu, ada jua seleksi makanan Indian, Japenese, Western, dan Chinese. Dessert pun banyak pilihan. Cheesecake tu memang sedap dan signature Latest Recipe katanya. Fuh, sampai sekarang tak boleh lupa kesedapannya. Air pun free flow ada jus kurma, sirap bandung, air tebu, iced lemon tea, teh tarik, ABC dan Cendol. Nyummy!
Buffet Ramadhan di Latest Recipe available bermula pada 6 Jun hingga 5 July 2016 dengan harga RM 175 untuk dewasa, dan RM87.50 untuk kanak kanak. Tempah awal sebelum 29 may 2016 dengan harga early bird iaitu RM120 (dewasa) dan RM60 (kanak-kanak). Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus hubungi talian 03-22637434 atau email dining.lmkl@lemeridien.com.

Terima Kasih Latest Recipe, Le Meridien Kuala Lumpur!
Latest Recipe
Level 5, Le Meridien Kuala Lumpur,
2 Jalan Stesen Sentral,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur
1 comments
huhuhu biase bulan puasa nie makan sikit da kenyang..
ReplyDeleteskali makan beratus ...
berhuhu la jawabnye ...
kaissi.my
drop your comment here!