­
Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60an di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur - ieyra.com

Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60an di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

7:26 pm

  

Masuk je di Saffron Brasserie, Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur minggu lepas, terus menangkap lagu-lagu lama nostalgia yang sedang didendangkan. Fuh, lagu klasik nostalgia betul ni. Kena dengan tema Ramadhan mereka kali ini, iaitu "Selera Desa Nostalgia 60an". Wahhhh makanan apa pulak yang terhidang kali ni agaknya? Hah jom tengok video dari Projek Travel di bawah ni:


  

Terliur tak tengok makanan ni semua? Fuhhh meleleh airliur la tuuu. Gabungan hebat Chef Yohanis dan Chef Mariam kali ini berjaya membangkit selera pengunjung yang akan merasai Nasi Kabsah bersama Kambing Bakar, Rendang Itik, Burung Puyuh Goreng Lengkuas, Sambal Udang Petai, Lemak Ketam Nenas, Kacang Sepat Bercendawan, Daging Opor, Ayam Tandori bersama Sos Pudina, Ikan Jenahak dan banyak lagi pilihan-pilihan lain.

Tahun ini Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur menggabungkan tema elemen 60an dan menyingkap tirai kenangan bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sempena memperingati pemergian seniman agung tersebut pada 29 Mei 1973.


Nasi Kabsah bersama Kambing Bakar


Ikan Jenahak


Lemak Ketam Nenas


Nasi Kerabu


Kuih-Muih Tradisional


Pencuci Mulut


Ayam Skewer


Rendang Itik

Menariknya, hiasan dalaman Saffron Brasserie ini juga dihias dengan elemen nostalgia 60an. Alunan muzik lama dari arena 60an pun didendangkan sepanjang Bulan Ramadhan ini. Tawaran harga istimewa diberikan kepada korang yang dapatkan baucer awal dengan harga serendah RM58 untuk dewasa. Tawaran istimewa ini sah sehingga 31 Mei 2016 sahaja. Harga normal selepas 31 Mei 2016 ialah RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. 


Seronok melayan dia makan. Berselera semua orang yang makan tengah hari tu. Memang sedap lah buffet Ramadhan disini. Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan boleh terus hubungi Saffron Brasserie di talian 03-20266060 dengan sambungan 7703 atau talian bebas tol 1-300-88-0032.

Jom makan!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook