Perhentian Trip (Day 5): Hotel Perdana Kota Bharu
8:26 am
Pagi tu jam 8 pagi bertolak dari Coral Bay ke Jeti Kuala Besut, kemudian naik bas dari Jeti Kuala Besut ke bandar Kota Bharu, RM6.00. Di bandar Kota Bharu, kami dijemput oleh pihak Hotel Perdana Kota Bharu menaiki Alphard dan Camry. Phew~ Terharu pulak dengan layanan mesra dan vvip oleh pihak Hotel Perdana Kota Bharu. Terima kasih banyak-banyak menjemput kami ke sana!
Untuk pengetahuan semua, Hotel Perdana Kota Bharu merupakan hotel 5 bintang yang terletak di Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan dan berdekatan dengan Stadium Sultan Muhammad IV, dan juga Pusat Kebudayaan Kota Bharu (5 minit berjalan kaki), Bazar Tok Guru (10 minit driving), dan 20 minit driving untuk ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu. Shopping mall, tempat attraction lain pun semua berdekatan je. Strategik kan lokasi Hotel Perdana Kota Bharu ni?
Hotel Perdana Kota Bharu sudah lama ditubuhkan iaitu pada tahun 1980 tapi baru-baru ini telah melalui perubahan besar untuk imej baru mereka. Imej baru Hotel Perdana Kota Bharu, penuh dengan kraftangan unik yang melambangkan ciri-ciri adat budaya Melayu, yang digabungkan dengan elemen moden mewah dan mempunyai 272 bilik kesemuanya yang terletak di dua wing hotel ini iaitu. Classic Wing dan Executive Wing.
Di Classic Wing, bilik yang disediakan ialah Deluxe Classic, Premier, Deluxe Premier dan Deluxe Suite. Manakala di Executive Wing pula terletaknya Perdana Executive, Perdana Suite, Presidential Suite dan The Royal Suite. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan yang cukup lengkap seperti IDD Telephone, 32" LCD TV di bilik dan 40" LCD TV di suite, minibar, coffee dan tea maker, iron dan iron board, meja tulis, in-room peti keselamatanan elektronik, bath tub, hair dryer dan macam-macam lagi.
Sempat juga kami merasa The Royal Suite yang cukup mewah dan elegan. Siap ada Jacuzzi okayh! Selain bilik yang lengkap dengan segala kemudahan, tetamu Hotel Perdana Kota Bharu juga boleh mengamalkan cara hidup yang sihat dengan bersenam di gym, atau manjakan diri di "Secret Spa". Handmade Batik juga boleh dibeli di Butik Razz Gahara di Ground Floor.
Selepas dibawa tour seluruh hotel, kami terus checkin bilik masing-masing untuk bersihkan diri dan berehat sekejap sebelum minum petang pula. Ya, selain itu pelbagai kemudahan yang disediakan, di Hotel Perdana Kota Bharu juga terdapat beberapa pilihan makanan untuk menjamu selera.
Di Cerana Coffee House, menu yang disediakan ialah makanan tempatan dan juga western. Kat sini, konsep all-day dining so kalau lapar tetibe tak mengikut masa ke apa takpe terus turun cari makanan. Ya lah, saka dalam perut kena lah diberi makan. Tapi Cerana Coffee House dibuka setiap hari ja, 7 pagi hingga 12 tengah malam. Di Restoran Jade di Lobby Level pula menyediakan makanan Cina dan Thai dengan suasana elegan, manakala Restaurant Eleven di Level 11 pula satu-satunya restoran di rooftop dengan pemandangan seluruh bandar Kota Bharu. Kalau nak chill lepak minum coffee atau tea bersama kek dan pastri, boleh lepak di Rebab cafe juga di Lobby level. Untuk enjoy snek ringan dengan santai di tepi swimming pool, boleh terus ke Anjung Terrace.
Kami dibawa ke Cerana Coffee House untuk menjamu selera sambil bersantai minum petang bersama pihak Hotel Perdana Kota Bharu. Pelbagai juadah tempatan disediakan. Tapi, sebab saya tak makan nasi, En Taha Pengurus Besar Hotel Perdana Kota Bharu terus cakap, "Nak western food tak? roasted chicken? ok tak?" . Fuh, macam memahami terus dia suruh chef masak kan. SEDAP GILA HOKAYH! I got roasted chicken with pesto mashed potato and it was damn delicious. Okayh, jom tengok apa menu kami makan petang tu.
ABC Special yang sangat tinggi dan besar. boleh dimakan seramai 10 pax ni. haha~
Roasted chicken with BBQ sauce and pesto mashed potatoes with veggie. Pesto mashed potatoes tu memang sedap!
Nasi Mandy Bukhari yang boleh makan beramai-ramai.
Nasi Kerabu yang menjadi satu kemestian untuk korang rasa kalau datang ke Kelantan.
Laksam yang pekat kuahnya. Sampai tak henti Raf makan.
Lompak tikam bersama pulut untuk dessert.
Terima kasih Hotel Perdana Kuala Lumpur kerana menerima kehadiran kami yang kecoh dua puluh empat jam ni. Pihak Hotel Perdana Kota Bharu pun semua mesra dan baik. Layanan tip top~
Untuk yang nak datang Kelantan and stay Hotel Perdana Kota Bharu boleh terus alamat:
Hotel Perdana Kota Bharu
Jalan Mahmood, Kota Bharu.
09-74588888
Petang tu, pihak Hotel Perdana Kota Bharu hantar kami terus ke airport. Flight delayed satu jam, tapi kami selamat juga sampai di Kuala Lumpur. Tak sabar nak trip bersama lagi! Trip Projek Travel di Pulau Perhentian ni memang penuh dengan kenangan manis. Korang cool~
0 comments
drop your comment here!