­
Rasai keajaiban di alam fairy tales dengan produk MERVE! - ieyra.com

Rasai keajaiban di alam fairy tales dengan produk MERVE!

4:16 am


Haritu dah cerita serba sedikit tentang MERVE Cosmetic kan? Fuh, kali ni nak share lah testimoni pakai product-product MERVE ni. Selepas few weeks try dan rasai sendiri barulah boleh share dengan kroang kan? Secantik packaging bertemakan fairy tales, bila pakai produk MERVE ni automatic korang akan masuk ke alam fantasi dan terasa comel. Eh? 

 Seperti yang diketahui umum, kalau pakai produk-produk kesihatan atau kecantikan ni satu benda paling orang concern ialah tentang sijil kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau status oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BFSK). Jangan risau ya, semua produk keluaran MERVE Group Holdings Berhad dan MERVE Skin Health Sdn Bhd telah didaftarkan di bawah KKM dan BPFK maka ianya diperakui selamat dan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang.


MERVE sekarang ni ada 4 produk iaitu: 

- MERVE Fairy Tears Portion Multivitamin Primer Serum (KKM: NOT 160300638K) 
- MERVE Full Coverage Foundation With Superfruits (KKM: NOT 160203462K) 
- MERVE Gorgeous Juice with Sunnah Foods (BPFK: 060614/06/083) 
- MERVE Fairytales Pashmina (limited edition).



Kita mula dengan produk pertama iaitu MERVE Fairy Tears Portion Multivitamin Primer Serum. Saya rasa semua pun tahu kan kebaikkan terhadap kulit muka kita kalau pakai serum? Menariknya, MERVE Fairy Tears Portion Multivitamin Primer Serum ini memberi lima jenis kebaikkan dalam sebotol serum. Fuh betul-betul magis macam airmata pari-pari yang boleh mencantikkan muka kita sekelip mata! MERVE Fairy Tears Portion Multivitamin Primer Serum bertindak sebagai pelembab atau moisturizer, skin repair serum, makeup primer, scar treatment dan juga sunblock. Mudah kan lima dalam satu? Mengandungi peptide (membantu anti penuaan), rosehip seed oil (memudarkan parut dan bekas jeragat), green tea (kaya dengan anti-oksida), vitamin C (mencantikkan kulit dan mengecilkan pori-pori), lico rice (mengurangkan keradangan kulit), arbutin (memutihkan kulit), aloe vera (melembutkan kulit), pumpkin (membantu pertumbuhan sel kulit baru), ekstrak dewberry (menyihatkan kulit) dan juga ekstrak chamomile (memulihkan kulit). 


 Cara-cara memakai MERVE Fairy Tears Portion Multivitamin Primer Serum:

Setiap pagi, selepas membersihkan muka, pump sahaja 2-3 pump MERVE Fairy Tears Portion Multivitamin Primer Serum ke telapak tangan dan kemudiannya guna jari jemari korang tu dengan meratakan serum tu di seluruh muka dan leher perlahan-lahan dengan urutan bulatan. MERVE Fairy Tears Portion Multivitamin Primer Serum ni elok untuk dipakai sebelum korang letak foundation, sebagai makeup primer lah untuk make up kekal lama dan sekaligus melembutkan kulit. Selain itu ianya sesuai dipakai waktu pagi kerana kulit wajah akan terdedah kepada cahaya matahari dan pencemaran udara maka serum ini akan melindungi kulit wajah dari sebarang radikal bebas. Sesuai juga digunakan sebelum waktu tidur dan gunakan serum ini secara teratur setiap hari untuk mendapatkan hasil yang efektif dan efisyen. Lepas korang apply serum ni saya jamin korang akan dapat rasai sendiri kelembutan wajah selepas itu. 



Produk kedua yang saya nak share disini ialah MERVE Full Coverage Foundation With Superfruits. Kenapa Superfruits? Hah….sebab foundation ni special. Mengandungi pelbagai jenis superfruits seperti manggis, grapefruit, beri goji, pic, beri acai, dan juga buah delima. So bila korang bukak je bekas comel MERVE Full Coverage Foundation With Superfruits ni, terus boleh cium bau superfruits ni semua. Selain itu, MERVE Full Coverage Foundation With Superfruits juga mengandungi L-Glutathione, collagen, stem cell, green tea, vitamin C, vitamin E, dan juga aloe vera. 

Lima jenis kod warna MERVE Full Coverage Foundation With Superfruits ialah: 

Code #001 (Light Skin Tone) 
  Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit putih kemerah-merahan. 

Code #002 (Medium Skin Tone) 
  Sesuai untuk mereka yang berkulit kuning langsat

Code #003 (Dark Skin Tone)
  Sesuai untuk mereka yang berkulit sawo matang.

Code #004 (Highlighter)
  Sesuai untuk semua warna kulit dan bertindak sebagai shading. 

Code #005 (Contour)
   Sesuai untuk semua jenis kulit dan bertindak sebagai shading.


Sekarang ni memang saya pakai code #002 memandangkan saya ni kulit gelap jugak rasanya haha!. Bestnya pakai MERVE Full Coverage Foundation With Superfruits ni, dah lah tak melekit atau oily (saya sangat tidak suka pakai foundation atas sebab-sebab ini) elok je kat muka. Lepas tu ada SPF50 pulak memang sesuai jadi sunblock untuk muka. Fuh, memang terbaik lah MERVE Full Coverage Foundation With Superfruits ni! Patut lah dalam masa 4 bulan dipasaran, MERVE Full Coverage Foundation With Superfruits terlah terjual sebanyak 50,000 unit. Okayh, buruk betul ambil gambar masa tengah bersiap haha!



Produk ketiga ialah MERVE Gorgeous Juice with Sunnah Foods. Dah nama pun gorgeous juice tentunya selepas minum, akan bertambah gorgeous lah kita semua. Terciptanya MERVE Gorgeous Juice ini ialah sebagai supplement dalaman dan luaran kita. Ye lah kan, apa pentingnya cantik luaran je kalau dalaman tak cantik sama? Dengan ekstrak buah delima, tentunya MERVE Gorgeous Juice ini berasa masam-masam manis gitu. Still boleh telan la jangan risau.


Antara kebaikkan minum MERVE Gorgeous Juice ialah: 

- membantu mencantikkan lagi kulit 
- menghasilkan pemebentukkan kolagen secara semulajadi 
 - seragamkan tona kulit 
- anti-penuaan 
- membantu untuk tidur lebih lena 
- mengaktifkan sel kulit baru 
- menguatkan, menyuburkan dan mencantikkan rambut dan kuku 
- mengandungi nutrient yang tinggi
- memudarkan jeragat dan lingkaran gelap bawah mata 
- membantu masalah seksual dan merapatkan hubungan suami isteri 
- melembabkan kulit 
- kulit lebih glowing 

 Memang terasa glowing kalau minum sebelum waktu tidur, lepas tu bila bangun tidur kulit tidak kusam atau tidak bermaya. Dah lah packaging cantik macam dalam buku je kan?



Akhirnya, produk keempat ialah MERVE Fairytales Pashmina (limited edition). Pengasas MERVE. Cik Joy Revfa berkata MERVE Fairytales Pashmina ialah hasil reka cipta Cik Joy Revfa sendiri dan terhad hanya ada 500 helai dan sekarang sudah separuh terjual! Wow sangat kan? Pashmina ini bersaiz lebar dan panjang, dan istimewanya semua produk-produk MERVE dicetak di atas pashmina tersebut. Fuh, cantiknya ialah… materialnya memang lembut, sejuk dan selesa. Dan ianya boleh digayakan dengan ikatan melebihi daripada 40 gaya. Mudahnya! 


Sekarang ni bila travel kemana sahaja mesti bawak produk MERVE sebab size kompak dan mudah untuk dibawa. Lagi-lagi serum tu wajib nak kena bawa kemana-mana. Foundation pun betul-betul full coverage. Pernah satu hari kelam kabut last minute invitation ke Anugerah Pilihan Online, balik kerja ada masa 30 minit je untuk bersiap memang tak sempat nak makeup. Nasib baik ada foundation dari MERVE! Terus complete rasa. Takde la muka kusam bermaya kan pergi majlis ye dak? Gambar-gamabr di atas ni pun muka tanpa mekap kecuali letak serum, dan foundation MERVE sahaja. Oh ya, produk-produk keluaran MERVE sesuai untuk lelaki dan perempuan so jangan risau!


Tips kekal memukau setiap hari : 

 1. Sapu Fairy Tears Potion (Multivitamin Primer Serum) seluruh wajah & leher 
2. Pakai Full Coverage Foundation & pastikan ianya rata dan tap tapkan pada parut jerawat 
3. Apply satu layer Compact Powder seluruh wajah & leher 
4. Tadaaa! Siapp!!

Untuk maklumat lanjut tentang MERVE boleh lihat dibawah.

Manufactured by : 
 MERVE Group Holdings Berhad ( 1167228 T ) 

Distributed by : 
 MERVE Skin Health Sdn Bhd ( 1173249 P ) 
 B-G-5 Vista Alam, 
Jalan Ikhtisas,  Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor, 
Malaysia 

Hotline : 
+601123650600
+60123738787‬ 

 Facebook page : 

Instagram : 

Email : 
mervemalaysia@gmail.com 

Website : 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook