­
Buffet Berbuka Puasa di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri Putrajaya - ieyra.com

Buffet Berbuka Puasa di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri Putrajaya

11:19 am



Hari kelapan berpuasa, sempat saya singgah ke Putrajaya untuk berbuka puasa bersama teman-teman. Kali ni, saya ke Dewan Seri Endon, Puspanitapuri Putrajaya. Yang bestnya, Dewan Seri Endon ni mesra pengguna gituh. Mudah banyak facilities macam parking pun banyak space, luas, pastu ada lif, surau semua complete! Lagi best view tepi taman dan tasik. Masuk je ke dewan, terus macam waaahhh... besarnya dewan ni!

Berkonsepkan buffet masakan melayu yang aunthentic, BBQ di taman dan tepi tasik, dan juga konsep gerai warung, memang banyak pilihan makan disini! Organize by Azam Pandan Sdn Bhd, lebih 200 juadah makanan termasuk 36 jenis masakan yang berkonsepkan warung!



Apam Balik Alif World


Mawardi Yunus sedang bakar satay

Masa ni memang rambang mata lah tengok banyak betul warung keliling dewan ni ha. Apam balik, mee sup, mee rebus, laksa utara, apom manis, roti john, murtabak, cucur, macam-macam lah! Sampai kami tak tahu nak start dari mana dulu haha! Di bahagian tepi tasik dan di dalam garden pula ada macam-macam jenis hidangan BBQ untuk korang pilih. Dari satay, ketam bakar, ikan bakar, kambing panggang, kambing kuzi dan lain-lain lagi.

Jom, kita tengok apa yang ada!


Kambing Kuzi 


Nasi Mandy


Apom Manis 


Masuk je ke dalam dewan semua buat muka surprise, 

"EHHHH ADA MAKANAN LAGI LAH!".

Fuh, semua juadah masakan kampung sampai kawan saya Dhiya Aizat meroyan jugak tengok macam-macam makanan depan mata. Ye la siapa je dapat tolak Daging Tetel Masak Asam Pedas atau Ikan Patin Masak Tempoyak? Susah dapat kot ni! Dah lah sedap! Selain tu ada juga Ikan Keli Berlada, Masak Lemak Nenas Ikan Masin, Sambal Udang Petai, Telur Itik Masak Lemak sengan Belimbing Buluh, Masak Lemak Rebung dengan Perut dan lain-lan. Banyak lah nak list semua! Jom tengok gambar yang menyelerakan. 


Masak Lemak Ketam


Ayam Masak Merah


Sotong Kalio


Masak Lemak Daging Salai


Ikan keli Berlada Hijau


Daging Masak Hitam


Ayam Halia 


Ayam Paprik


Fish Fillet Kerabu Mangga


Sambal Udang


Daging Tetel Masak Asam Pedas


Ikan Patin Masak Tempoyak

 

Tengok reaksi Dhiya Aizat bila dapat makan Daging Tetel Masak Asam Pedas. Fuh, rare betul reaction dia! Punya lah sedap sampai macam tu sekali hah nasib baik sempat candid. Memang bertambah-tambah kami makan kat sini, lagi-lagi duduk pulak dekat dengan makanan kan?




Dah kenyang tu kami disajikan pula dengan deretan pelbagai jenis kek di kaunter pencuci mulut. 

Buffet berbuka puasa di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri Putrjaya ini available dari tarikh 6 Jun sehingga 2 Julai 2016 jam 6:30 petang hingga 9:30 malam. Dengan harga RM72.00 untuk dewasa dan RM38.00 untuk kanak-kanak, setiap penjualan, RM1.00 akan didermakan kepada fakir miskin. 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi:

03-784000516 atau 03-78430617


















You Might Also Like

4 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook