­
Oh! Meriahnya Raya Bersama Jakel - ieyra.com

Oh! Meriahnya Raya Bersama Jakel

12:16 am


Haritu dah pergi Fashion Show Koleksi Raya SchawalaraXJakel di Jakel Mall Kuala Lumpur banyak betul koleksi yang saya berkenan. Maka, pagi sabtu yang lepas sempat lah ke Jakel Shah Alam, untuk Oh! Meriahnya Raya bersama Jakel sebab mengikut pengalaman sebelum ni, masa ni lah banyak giveaway dan diskaun hebat harga jatuh menjunam tahap lelong je semua baju kat Jakel. Eh, mana boleh lepaskan peluang macam ni kan?

Sempena sambutan Oh! Meriahnya Raya bersama Jakel, pihak Jakel dengan berbesar hati memberi 500 helai baju melayu dewasa percuma untuk semua pelanggan hari sabtu yang lalu. 300 helai pertama diberi percuma, dan lagi 200 helai pulak percuma dengan sebarang pembelian pada hari tersebut. Oleh sebab saya datang terlalu awal pagi tu gigih naik KTM dan Taxi, sempat jugak lah beratur sekali hah! 




Alhamdulillah, berjaya dapatkan no 289 diantara 300 pelanggan pertama pagi tu. Tak sia-sia datang awal kan. Buka je Jakel pagi tu, terus ushar baju-baju koleksi baru yang saya tengok masa fashion show haritu. Ye la haritu tengok model catwalk atas runway tu je ni nak jugak lah merasa material fabrik itu sendiri. Ternyata semuanya dihasilkan daripada material fabrik yang berkualiti! Aduh rambang mata betul lah kan. Orang pun semakin ramai pagi tu. Menjelang tengah hari, lagi padat orang mula memeriahkan lagi Jakel Shah Alam tu lebih-lebih lagi pengacara majlis, Dee Jangan Ketawa maklumkan yang duta-duta selebriti Jakel akan datang sendiri ke Jakel Shah Alam ni dan lelong semua koleksi raya mereka dengan harga istimewa!

Kalau dah potongan harga pun sehingga 80% siapa tak nak beli koleksi raya Jakel yang terbaru ni kan? Fuh, menyesal lah siapa tak datang haritu. Tapi takpe, staff Jakel cakap diorang selalu je buat happy hour untuk baju-baju raya di Jakel. korang datang je serbu Jakel ni hah.


Sambil menanti duta selebriti Jakel sampai, sempat melayan kuiz-kuiz oleh Dee. Yeay, menang kain plain cantik-cantik dari Jakel. Rajin sungguh saya menjawab soalan. haha! Boleh la buat stok raya tahun depan ye dak? Masa ni semua orang dah standby kat khemah besar di luar Jakel menanti duta selebriti Jakel ni. 


Akhirnya, sampai juga Upin Ipin, Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Dato AC Mizal, Scha AlYahya, dan Awal Ashaari yang merupakan duta-duta selebriti Jakel untuk tahun ini. Meriah stage tu dengan gelak ketawa bila dengar lawak dari Nabil dan Dato AC. Disertai juga oleh Pengarah Urusan Jakel Trading Shah Alam, Encik Mohamed Izani Mohamed Jakel. Penampilan selebriti ni semua adalah sebagai platform untuk mereka semua mempromosikan koleksi raya mereka hasil kolaborasi bersama Jakel, dah juga buat sesi happy hour atau jualan lelong. Pihak Jakel menjangkakan koleksi pakaian raya ini akan mendapat sambutan hangat dan mengalakkan daripada pelanggan.

Jualan raya di Jakel akan berlanjutan sehingga malam raya! Tapi, kebanyakkan nya adalah limited, dan jangan lah korang tunggu malam raya baru nak shopping pulak nanti habis size, habis color tema yang mak dah pilih, habis design baju yang berkenan menyesal pulak sampai termimpi-mimpi nanti. Baik korang semua serbu cepat!



Korang mesti keliru kan apa beza Baju Melayu Aaron Aziz, Dato AC Mizal, Nabil Ahmad, Jep Sepahtu, dan Awal Ashaari ni? Hah dengan ringkasnya hasil pemerhatian saya, saya explain sikit kat sini kasi hilang keliru korang tu. Semua baju melayu koleksi raya Jakel kali ini mementingkan kekemasan pada leher, poket dan juga menggunakan material fabrik berkualiti tinggi. itu persamaan semua baju melayu di Jakel. Yang membezakannya, baju melayu Aaron Aziz ada pesak di bahagian tepi. Untuk yang berbadan sado tu memang sesuai la pakai baju melayu Aaron Aziz ni ha. Warna yang dijangka bakal menerima sambutan menggalakkan ialah hijau zamrud, biru diraja, peach jingga, hijau tiffany, hijau mint dan merah cili. 

Baju melayu Nabil Ahmad pulak untuk abam-abam yang slim, atau gemar slim cut ni. Sebab baju melayu Nabil Ahmad memang tiada pesak dan kemas di bahagian pinggang. Yang badan macam Nabil tinggi lampai kurus tu sesuai sangat! Yelah kadang-kadang orang kurus ni susah cari baju melayu yang sesuai. Kang labuh sangat lah, menggelebeh la bahu, macam-macam lah!. Baju melayu Dato AC Mizal pula ada pesak, cuma potongan lebih kepada kemeja dan menggunakan material yangs angat berbeza dari koleksi lain. harga yang ditawarkan untuk semua baju melayu moden di Jakel serendah RM89 dan menariknya sekali percuma samping dan butang baju melayu. Ada juga jubah terawih Jep Sepahtu yang kemas, simple dan sesuai lah dibawa ke solat terawih atau pakai di pagi raya! Fabrik yang digunakan untuk Jubah Terawih Jep Sepahtu adalah cotton dan memang selesa dipakai, siap ada poket sisi okayh! Setiap koleksi jubah yang dihasilkan mempunyai lebih 100 warna bagi setiap rekaan.



Baju Melayu Awal Ashaari pula sememangnya lain daripada yang lain. tiada pesak di bahagian sisi, dan materialnya dari jenis Egypt Cotton. tidak mudah berkedut, menyerap peluh, dan didatangkan dengan pocket square dwi bentuk untuk diletakkan di poket hadapan. Juga percuma samping dan butang baju melayu, harga untuk baju melayu Awal Ashaari serendah RM199 sepasang. Selain tu, koleksi AwalAshaariXJakel juga ada jubah tau! Juga ada poket di bahagian hadapan dan di sisi memudahkan letak telefon bimbit atau duit, jubah Awal Ashaari juga ada pocket square dwi bentuk percuma untuk sedikit kelainan. Selain koleksi baju melayu dan jubah Awal Ashaari, ada juga koleksi baju kurung dan jubah dress untuk perempuan dewasa hasil kolaborasi Scha Al-Yahya dan Jakel yang didatangkan dengan rekaan berbeza-beza dan warna yang berlainan, serta limited edition! ya, setiap rekaan tu tak dikeluarkan banyak kuantitinya demi mengelakkan kornag pergi beraya nanti jumpa baju yang sama. Ada juga koleksi baju kurung oleh Ayda Jebat yang berkonsepkan moden dan sesuai dengan citarasa terkini, dan rekaan lebih fresh gitu!

Bukan setakat baju melayu dan baju kurung dewasa, untuk kanak-kanak pun ada kali ni hasil kolaborasi Jakel dan Lara Alana, anak Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari. Sesuai konsep kekeluargaan, baju kurung perempuan Lara Alana, tone warnanya tak lari banyak dari baju melayu Awal Ashaari dan baju kurung Scha Al-Yahya maka boleh lah seise keluarga sedondon warna kan? Lebih 10 rekaan yang menggunakan fabrik lembut dengan butiran manik dan lace untuk menceriakan perayaan korang. Takde anak perempuan? Takpe, Jakel ada juga keluarkan baju melayu kanak-kanak lelaki, Baju Melayu Upin Ipin! Serendah harga RM59, baju melayu upin ipin juga percuma samping dan butang baju melayu. 




Lengkap habis semua boleh dpaat di Jakel kan? Kami pun happy semacam shopping sakan di Jakel petang tu. Bayangkan lah masa happy hour, baju melayu Aaron Aziz dan Dato Ac Mizal dari harga RM299 pun boleh turun sehingga RM140 je? Baju melayu Awal Ashaari pun menjunam harga dari RM239 jadi RM180 je! Fuh, berebut semua orang.

Ayuh ke semua cawangan Jakel. Oh! Meriahnya Raya kita semua bersama Jakel tahun ni! 













You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook