Santapan Juadah Kampung di Living Room, The Westin Kuala Lumpur
9:56 pm
Ramadhan ketiga, saya berkesempatan berbuka puasa dengan santapan juadah kampung di Living Room, The Westin Kuala Lumpur. Masuk je ruangan Living Room ni terus nampak abam ni tengah masak murtabak. Fuh, terus rasa tak sabar nak berbuka! haha~
Dah nama pun santapan juadah kampung, so memang mostly masakan kampung yang terhidang depan mata dan ruangan Living Room ni pun bertemakan kampung juga. Dengan lagu tradisi didendangkan, sampailah ke deretan juadah yang terhidang termasuk ruangan live masak memasak juadah yang korang nak makan. Fuh! Terbaik Chef Rudy Junaidie dan team nya.
Rendang Minang Ayam Kampung
Ikan Patin Gulai Tempoyak Belimbing Buluh
Sambal Paru
Kari Kepala Ikan Bendi dan Terung
Daging Deng Deng Berlada
Selain rendang minang ayam kampung, daging deng deng berlada, kari kepala ikan bendi dan terung, sambal paru, ikan patin gulai tempoyak belimbing buluh, ada juga paru berlado, ayam panggang pedas pucuk paku, kerabu pelam daging bakar dan macam-macam lagi masakan kampung yang sedap! Sampai pening nak makan yang mana sebab real masakan kampung sungguh rasa setiap satu juadah.
Untuk yang maybe tak berapa suka nak makan juadah kampung atau memang tak boleh masuk lah tempoyak apa semua tu dan lebih gemar makanan barat, hah jangan risau! Ada beef rib eye, harissa marinated seabass, lamb koffta, roasted veggie dan oven baked baby potatoes untuk korang! Memang sedap la makan rib eyes kan lagi-lagi dengan roasted veggies & potatoes tu lengkap sungguh rasa. roasted veggies and potatoes memang faveret saya all the time!
Selain murtabak kat atas tadi, ada juga pelbagai juadah macam Westin Briyani dengan roasted lamb dan mint sauce, ada juga roti naan, chapati, paratha apa semua dengan pelagai jenis kuah kari yang ada untuk korang pilih. Tetibe rasa macam kat kedai mamak dalam suasana hotel 5 bintang kan? Fuh, memang sedap murtabak nya!
Kebab shawarma
Goreng-goreng
Popiah basah
Popiah basah
Untuk lebih light, mungkin boleh try jugak kebab shawarma atau popiah basah yang memang sedap lah popiah ni sebab ada dua pilihan untuk letak ayam atau udang dalamnya. Live chef akan buat depan korang dan korang boleh mintak sendiri nak lebih sengkuang ke lebih sayur ke lebih ayam ke semua extra ke. Saya mintak extra kacang sebab sedap!
Dan mungkin dah tenang-tenang makan pelbagai juadah tu nak maniskan mulut dengan pelbagai dessert yang ada. dah lah ruangan dessert ni dalam satu bilik ni tau! So bila masuk je bilik tu macam woahhhh heaven on earth! Banyak kuih raya, aiskrim, kek, buah-buahan, pengat dan bubur, Fuh! Tengok serawa durian masa tu terus cedok masuk mangkuk sampai full! tengok orang tu makan tak pandang tepi dah. Banyak betul dessert dia haha!
Bila dah kekenyangan muka saya dan Muhammad pun muka dah macam apa kepenatan makan. masa ni memang perut full dah.
Harga Santapan Juadah Kampung di Living Room The Westin Kuala Lumpur ni ialah RM158 sahaja! Hanya available dari 7 Jun sehingga 4 Julai 2016. SPG members layak mendapat 25% diskaun dan Beyond Dining members layak menerima 20% diskaun. Manakala untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun layak menerima diskaun 50% dan kanak-kanak berumur 3 tahun kebawah boleh menikmati juadah secara percuma.
Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:
The Westin Kuala Lumpur
199, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: 03-22738338
0 comments
drop your comment here!