Jom Makan Ketam Obesiti di Tudia! Char Kuey Teow Kota Damansara
5:41 am
Bulan puasa haritu sempat singgah ke Tudia! Char Kuey Teow di Kota Damansara, tapi ye lah sibuk nak beraya tak sempat nak update kat blog. Tudia! Char Kuey Teow ni sebenarnya baru je dibuka di Kota Damansara ni. Ala, tak jauh pun dari rumah saya sebenarnya sebab tu masa Halim invite, terus saya, Haneeza dan Rafzan request Uber terus ke Kota Damansara. Lokasinya berdekatan dengan Encorp Strand Mall. So sebelum kami menunggu waktu berbuka puasa tu sempat kami jalan-jalan dulu dalam Mall tu. Lepas tu cross the road, nampak The Foodbank berhadapan dengan Mee Tarik Warisan tu terus dah nampak dah Tudia! Char Kuey Teow ni hah.
Masa hidangan Char Kuey Teow Ketam ni sampai fuhhhh TUDIAAAAAAAAA! Ingatkan kecik je! Punya lah besar ketam ni saya rasa dia obesiti la. Tak pun mesti ketam ni tak puasa kan kan? Fuh, masa tengok ketam tu, tak nampak dah mana pergi Char Kuey Teow kat bawah ketam tu. Rasanya ni Ketam Char Kuey Teow la bukan Char Kuey Teow Ketam. Eh? Okayh, apa-apa hal cuba tengok macam mana saya makan ketam obesiti ni kat dalam video dibawah:
Sebenarnya, saya tak pandai makan ketam. Hahahahaha! Sebab tu lah saya macam terkial-kial je tak pandai macam mana entah nak makan ketam punya besar macam ni. Siap ada orang record lagi hah. Lepas dah berjaya patahkan, gigit, korek isi ketam, makan separuh pun dah kenyang. Nasib baik ler ada orang ramai tolong perabihkan. Punya full perut makan isi ketam semata-mata. Fuh puas hati lah dengan kebesaran ketam macam ni. Ketam tu dibakar dulu, dan isi ketam memang well cooked. Char Kuey Teow pulak memang kuah sedap, cukup basah, dan enak. Harga RM20 hingga RM25 depending on size ketam. Sangat berbaloi! Rugi kalau korang tak try tau!
Kebetulan, abam abam femes di Facebook iaitu Abe Nuddin & Hafiz Mansor juga join kami menikmati hidangan enak Char Kuey Teow Ketam malam tu. Fuh, berselera sungguh tengok diorang makan sampai habis licin lah semuanya.
Untuk yang nak datang try lepak makan Char Kuey Teow Ketam yang sangat awesome ni, boleh terus ke alamat di bawah:
Tudia! CKT Kota Damansara,
At The Foodbank Malaysia,
25G, PJU 5/20E ,
The Strand Kota Damansara .
Facebook:
Instagram:
@tudia.charkueyteow_kd
@tudia.charkueyteow_kd
Terima kasih Halim dari Hai! Blogger invite saya, Haneeza dan Rafzan untuk iftar bersama. Perut kami bahagia sungguh malam tu. Tengok Rafzan dah happy semacam kat pintu tu harap dia tak langgar pintu lah ye. haha! Terima kasih juga untuk Priceless Touch, Qelly Beauty dan Reen’s Haircare untuk sponsor produk-produk awesome petang tu. Nak tahu apa produknya kena tengom Instagram @neyrashazeyra nanti saya review sana okayh?
Selamat Hari Raya!
1 comments
Mak oiiiii...ni kena ajak cik abe akak mkn kat sini ni....besar gile ketamnya...fyi akak mmg pencinta ketam
ReplyDeletedrop your comment here!