Melompat kegembiraan di EnerZ Indoor Trampoline Extreme Park
1:49 am
Seluas 80,000 kaki persegi, EnerZ Indoor Extreme Park ni
salah satu di antara Indoor Extreme Park yang TERBESAR di Asia. Memang confirm,
melangkah masuk je korang akan rasa teruja tengok sana sini trampoline je.
Dengan platform yang berwarna-warni. Tali tergantung sana sini di udara,
dinding untuk dipanjat, terjun semua benda ada kat sini! Kalau adrenalin korang
tak bergerak secara aktif dan pantas dalam EnerZ Indoor Extreme Park ni, sah
korang ada masalah besar! Dan menariknya, kat sini semua aktiviti sesuai untuk
pelbagai peringkat umur yang gemarkan aktiviti extreme dan adventure macam ni.
Eh mesti la seketul Neyra suka aktiviti macam ni! Lupa entry Viper dulu? Terima kasih Broframestone jemput saya ke sini!
Sukan ekstrim dan mencabar kini lebih digemari ramai di
Malaysia tapi salah satu perkara yang jadi kebimbangan semua orang ialah risiko
keselamatan dan cuaca kat Malaysia ni yang memang boleh rosakkan mood korang.
Teringat teambuilding dan obstacles masa kat Kem Saujana Asahan, Melaka bulan
May lepas. Nak main flyimg fox, abseiling, high ropes semua tu kalau cuaca
hujan macam mana? Hah, lepas ni tak perlu pening-pening lagi datang je EnerZ
Indoor Extreme Park ni. Ciri-ciri keselamatan sangat lah terbaik, dengan guide
dari coach, dan juga semuanya indoor! Takde lah sunburn pulak kalau kat luar
kena panas matahari ataupun demam kena hujan kan? Baguslah semua rakyat Malaysia
sihat sikit berpeluh lepas ni. Asyik main Pokemon GO je mana nak keluar peluh
kan?
Selain datang ke sini bersama kawan-kawan dan keluarga untuk
lebih bonding dan eratkan lagi hubungan masing-masing, EnerZ Indoor Extreme
Park ni juga sesuai untuk buat teambuilding organisasi atau company. Ye lah,
masa nil ah baru tahu teamwork atau bekerjasama untuk sesuatu tu feel dia lain
tau? Mungkin semua orang akan lebih produktif lepas tu? Birthday party, family
day, dan aktiviti lain pun sesuai buat kat sini.
Untuk harga masuk ke sini sangat murah dan berbaloi iaitu;
OFF PEAK (3 jam / weekdays)
Universal Pass : RM39.00
Universal Pass + Return Ticket Special : RM 49.00
Family Pass / 2 dewasa + 2 kanak-kanak: RM117
Group of 8 Passes: RM240 (RM30 each)
Group of 20 Passes: RM560 (RM28 each)
PEAK (2 jam / weekends, public holidays, school holidays)
Universal Pass : RM46.00
Universal Pass + Return Ticket Special : R59.00
Family Pass / 2 dewasa + 2 kanak-kanak: RM138
Group of 8 Passes: RM288 (RM30 each)
Group of 20 Passes: RM680 (RM28 each)
Untuk yang menaiki public transport jangan risau, naik je LRT Taipan (Putra Height lane), kalau dari KL Sentral – Taipan baru RM4.10 lepas tu dari station LRT boleh naik UBER/GrabCar/Taxi atau jalan kaki je macam saya tadi! Setakat 1 KM je jarak LRT ke EnerZ ni apa lah sangat berpeluh sikit. Warm up sebelum main trampoline kan? Alamat ke sini ialah:
EnerZ Indoor Extreme Park
Lot 791, Persiaran Subang Indah,
Subang Jaya, Selangor
Tel: 011 1500 0066
Website: www.enerz.my
Keep Fit, Be Healthy!
5 comments
Perghhhh, saya cadangkan Neyra setiap minggu datang ke sini he...23x
ReplyDeleteWow! Many fun games available in Enerz indoor extreme park! Another choice of my family outing 😘
ReplyDeleteMmg best... lompat2 sampai mual sbb tak biasa... klu practice selalu syok juga... boleh jadi aktiviti fitness gaya baru ni... seronok! :)
ReplyDeleteso fun wanna go again to jump!
ReplyDeleteLepas main trampoline kat EnerZ ni adrenalin qiya terus aktif sampai hari ni. Hari-hari work-out kat rumah sekarang ni. hahaha...nak bagi fit sikit, nanti bila p EnerZ lagi boleh lompat tinggi-tinggi..hehe
ReplyDeletedrop your comment here!