­
Berlari 7KM bersama belon di AK Balloon Run 3.0 - ieyra.com

Berlari 7KM bersama belon di AK Balloon Run 3.0

2:03 am


Seminggu selepas join Viper Challenge di Genting King Of The Mountain, saya berkesempatan untuk ke AK Balloon Run 3.0 pula di Avenue K Shopping Mall. Wah, terima kasih sangat untuk Kak Ellie yang minta saya wakilkan dia untuk berlari sejauh 7KM ni. Tak sangka tahun ni dapat banyak tugas kena berlari secara tetibe kan? Sejumlah 2,000 runner berkumpul di Avenue K pagi tu dengan berbaju pink dan balloon di mana-mana. Ya, menariknya run kali ni sebab tema belon tu sendiri.







 Setiap peserta dikehendaki mengikat belon yang mereka dapat dekat mana-mana bahagian badan sepanjang larian. AK Balloon Run 3.0 ni ada dua kategori iaitu 7KM Individual Run dan 5KM Family Run. Titik mula dan akhir larian adalah di hadapan Avenue K, Jalan Ampang dan kemudiannya laluan untuk larian pula melewati keindahan kota Kuala Lumpur, seperti Menara Berkembar KLCC, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Pinang, Jalan Binjai dan Jalan Mayang. Belon yang dibawa juga seperti bonus masa di mana setiap belon yang di bawa adalah bersamaan dengan 5 saat. Contoh, kalau runner tu habiskan larian dalam masa satu jam, tapi dia ada 4 belon yang masih belum meletup maka tolak 20 saat dari catatan runner tu tamatkan larian. Kalau belon pecah ke hilang ke meletup ke masa berlari habis lah!



AK Balloon Run dah berkembang menjadi salah satu acara larian pilihan ramai rakyat Malaysia sejak tahun 2014. Bermula pada tahun 2014, masa tu Cuma ada 700 peserta larian sahaja. Kini, AK Balloon Run yang dah pun masuk tahun ketiga ni semakin mendapat permintaan ramai. Dengan kerjasama tak putus-putus dari Visa, 8TV, Fly FM, KPJ Healthcare, dan Fitness First, acara larian ini dapat dijalankan dengan jayanya. Seronok tengok gelagat pelari semua ada yang Pokemon Walk, ada yang stop di 7E beli air, ada anak-anak kecil semangat berlari. Tapi lagi seronok tengok yang lari satu family. Budak-budak tak macam penat langusng gembira berlari.



Untuk Top 10 Winner dari Men & Women Open’s Category dan 3 Top Winner untuk Men’s Veteran Category dihadiahkan sejumlah cash prizes yang bernilai RM5,200 kesemuanya dan3 Top Winner dari Men & Women’s International dan Family Run Category dianugerahkan AK cash vouchers yang bernilai RM1,800 kesemuanya. Setiap peserta larian juga menerima limited edition sling bag, race bib, dri-fit Ultron race t-shirt, dan belon. Peserta yang berjaya menamatkan larian menerima medal dan e-certificate.


Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan larian 7KM dengan masa 1 jam 15 minit bersama 4 biji belon yang diikat di pinggang. Sikit lagi nak feeling macam Vulpix Pokemon sebab macam ada ekor kat belakang badan haha! We had fun, with all balloons and thank you, Avenue K!


Harap dapat join AK Balloon Run 4.0 tahun hadapan. 

You Might Also Like

1 comments

  1. Bestnya ... Rasa cam nak join la.. Agaknya bila pulak dorang akan buat?

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook