­
Gentlemen's Tonic Solaris Dutamas: Saloon & Spa Khas Untuk Lelaki - ieyra.com

Gentlemen's Tonic Solaris Dutamas: Saloon & Spa Khas Untuk Lelaki

9:26 pm


Selalu ke Saloon atau Spa, kawan-kawan lelaki selalu bertanya soalan; "boleh ke lelaki pergi saloon tu? Spa tu ada massage boleh ke lelaki masuk?". Hah ni memang selalu lah kawan-kawan lelaki bertanya. Kadang-kadang memang sesuatu spa atau saloon tu boleh menerima pelanggan lelaki cuma apabila rata-rata staff nya perempuan, dan customer pun ramai perempuan, kaum lelaki akan terasa malu dan awkward dalam saloon dan spa tu. Kini, kaum lelaki tak perlu rasa risau lagi dibelenggu masalah ni. Gentlemen's Tonic now in Malaysia!

 

Gentlemen's Tonic ni ialah luxury barber shop & spa yang sangat well established dah di luar negara seperti Abu Dhabi, Dubai, Hong Kong, London, Mexico, Moscow, New Delhi dan Malaysia adalah negara kelapan yang mereka buka cawangan, dan yang pertama di Asia Tenggara! Terletak di Publika, Solaris Dutamas, Gentlemen's Tonic ni memang khas untuk lelaki! Menariknya, saloon ni di-sekali-kan dengan spa dan terdapat pelbagai servis menarik yang ditawarkan. Mula ditubuhkan pada tahun 2004 di Mayfair (London), Gentlemen's Tonic ni mengetengahkan konsep kedai gunting rambut tradisional, dengan pelbagai jenis gaya hidup terkini dan servis dandanan diri. Macam ada elemen lama dan baru in one place lah kiranya. Dan rasanya Gentlemen's Tonic ni lah barber shop & spa khas untuk lelaki yang pertama di dalam Malaysia.




                 


Melangkah masuk sahaja ke sini, terpegun dengan hiasan dalaman Gentlemen's Tonic di Solaris Dutamas ini. Dengan hiasan mewah dan eksklusif ala British style, memang terus rasa macam wahhhhh bestnya saloon ni lain dari yang lain! Ketika menunggu giliran untuk di dandan, ada ruang menunggu di bahagian dalam dan luar kedai, dan penyambut tetamu akan menghidangkan air teh atau kopi atau coke untuk kita menikmati minuman dengan santainya sambil baca majalah atau berbual dengan kawan-kawan dulu.





Kesemua barber di sini dilatih dan diiktiraf skill mereka dari UK, maka jangan risau, dengan kualiti tinggi macam ni memang tip top servis yang ditawarkan! Kesemua produk yang digunakan juga ialah dari jenama Gentleman's Tonic sendiri dan made in UK. Yang bestnya, kesemua produk keluaran Gentlemen's Tonic ialah chemical-free atau tiada bahan kimia terlarang dan membahayakan dan tentunya sangat berkualiti tinggi. Terdapat pelbagai jenis produk keluaran Gentlemen's Tonic; set facial muka, set grooming dan menghias rambut, set penjagaan diri, minyak wangi dan pelbagai lagi. Dan jika korang nak hadiahkan produk penjagaan diri keluaran Gentlemen's Tonic ni, ada juga set hadiah yang sesuai untuk diberi kepada yang tersayang. Semua dah dalam kotak, hias cantik-cantik tadaaaa boleh jadi hadiah dah!



Dalam Gentlemen's Tonic ni juga ada Spa untuk Waxing, Massage, atau Facial. Memang terbaik ada spa untuk kaum lelaki macam ni sebab mereka juga perlu menjaga keterampilan diri ye dak? Bukan perempuan je perlu semua ni. Nak kena pamper your self, ada your own ME Time gitu. Fuh, memang terbaik lengkap semua ada. 

Tak lupa juga, Gentlemen's Tonic menyediakan VIP Room untuk mereka yang lebih memerlukan privasi di Gentlemen's Tonic. Siap ada sofa apa semua dan memang korang sorang je la dalam tu. Kalau ada kawan nak teman or nak dapatkan khidmat potong rambut sambil berbual tanpa orang luar dengar boleh book VIP Room ni. Kebiasaannya VIP atau selebriti memilih VIP Room ni. Hey, Shaheizy Sam pun potong rambut kat sini okayh!


Memandangkan Gentlemen's Tonic Solaris Dutamas ni tak jauh pun dari sekolah Neyra mengajar di Mont Kiara, sempat hari Rabu lepas Neyra singgah ke sini, dengan membawa seorang dua bodyguard yang perlu dikorbankan rambut, misai dan janggut. Haha! First sampai memang kami lepak minum Hot Green Tea dulu sambil tunggu giliran since ramai tengah dapatkan service meng-kacak-kan diri petang tu. Sebelum nak kena potong rambut tu diorang isi borang dulu details diri apa semua. 






Dan dimulai dengan sedikit consultation mahu potong rambut gaya mana, bentuk muka bagaimana, dan abam abam dari Jordan yang high trained dari UK ni akan memulakan kerja meng-kacak-kan pelanggan. Untuk petang ni kawan pilih Haircut & Finish dan juga Traditional Wet Shave. Boleh nampak si Maher (barber) ni potong rambut dengan teliti dan sangat kemas kerja nya. Dan of course mereka guna semua produk Gentlemen's Tonic! Mengikut yang kena tadah kepala dan muka ni (hahahahaha!) mereka memang puas hati dengan khidmat di Gentlemen's Tonic. Rambut sangat stylo mengikut trend terkini, potongan sangat kemas dan terperinci, dan juga bertambah hensem! Eh? Untuk Traditional Wet Shave juga rasa macam selesa dan best feeling lebih-lebih lagi bila dua kali muka kena wrap dengan hot towel tu. Dah la shampoo pun wangi je bau! Aduh, yang duduk sebelah ni pulak feel lebih haha!


Ini list harga dan jenis-jenis servis yang ditawarkan. Bagi saya sangat berbaloi sebab selalu pergi saloon biasa pun harga macam ni. Tapi memang best lah dengan hasil kerja mereka, pengalaman masuk tempat feeling mewah dan luxury begini. Aduh, memang best lah! Macam di Eropah pulak rasanya. Nak dekat raya haji ni takkan taknak dapatkan potongan rambut terbaru kan?

Untuk maklumat lanjut tentang Gentlemen's Tonic:

Gentlemen's Tonic Solaris Dutamas
D5-G3-03 Publika, Solaris Dutamas, 
No 1, Jalan Dutamas 1, 
Kuala Lumpur

Tel: +603 6412 8660

Waktu operasi:
10 pagi - 9 malam setiap hari.

Website:
www.gentlemenstonic.com

Email:
malaysia@gentlemenstonic.com




TINGKATKAN KEYAKINAN DENGAN GENTLEMEN'S TONIC!






















You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook