Imbau Memori Zaman Kanak-Kanak Dengan Permainan Tradisional
12:20 am
Bila main semula permainan tradisional macam galah panjang, konda kondi, lompat getah, baling selipar apa bagai mesti akan terimbau semula memori zaman kanak-kanak dulu. Dibesarkan di kampung, dan saya bukan budak bandar pun maka memang dari kecil la main permainan tradisional macam ni kan? Lebih-lebih lagi sepupu sebaya kesemuanya lelaki, maka agak lasak sebenarnya saya dari kecil. Hahahaha! Baru-baru ni saya ke Laman Seni di Shah Alam atas jemputan Hai Blogger! untuk menyertai acara pertandingan permainan tradisional Malaysia anjuran Syarikat Guligeng Event. Diberi nama "Lengit", acara ini diadakan sempena Festival Laman Seni Shah Alam yang merupakan acara tahunan anjuran MBSA. Semestinya acara sebegini dianjurkan untuk menghidupkan semula permainan budaya yang telah pun lupus ditelan arus kemodenan ni hah. Duk main Pokemon Go je acane?
Guligeng telah ditubuhkan sejak tahun 2012 dan uniknya, mereka membawa konsep permainan tradisional dalam setiap majlis seperti majlis hari keluarga, majlis hari jadi dan sebagainya. Bagus juga ada acara seperti Lengit ni dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kawan-kawan, keluarga, dan juga orang ramai. Masa ni lah nak luangkan masa berkualiti dengan aktiviti riadah yang sihat kan? Boleh kita berkongsi memori indah dan ajar anak-anak generasi sekarang ni apa permainan yang kita main masa zaman kanak-kanak dulu.
Di Laman Seni Shah Alam baru-baru ini, acara Lengit telah menghimpunkan 20 orang blogger untuk berentap dalam beberapa pertandingan yang melibatkan permainan tradisional. Fuh, meriah satu Laman Seni tu kami duk berteriak menjerit bertanding satu sama lain. Antara permainan yang dipertandingkan ialah Tuju Tin, Terompah Gergasi, Keretapi Gila, Kaki Hantu, Lari Dalam Guni, Susun Bata, dan Kelerang. Ada juga permainan Serambi yang lebih santai seperti Dam Aji, Congkak, Ceper, dan Batu Seremban.
Oleh sebab ibu jari saya ada sedikit fracture gara-gara jatuh trampoline di event yang lepas, maka saya tak masuk la acara terompah gergasi ke apa. Cuma berminat untuk masuk acara Tuju Tin sebab saya suka campak barang ni. hahaha! Dalam Team Merah, saya bersama Aryl, MahaMahu, Afzal dan Shiqin berentap melawan Team Biru dalam acara Tuju Tin ni. Fuh seronok main kejar-kejar baling selipar kat orang. Nak kena susun tin sambil elak kena serang dengan selipar dari pihak lawan lagi. Seronok kami berpeluh dalam hujan panas renyai-renyai petang tu. Berlari sini sana menjerit. Ah, imbau memori zaman kanak-kanak betul la petang tu!
Akhirnya Team Merah berjaya kekalkan kejuaraan selama dua kali berturut-turut dalam acara Tuju Tin dan kami menang petang tu! Yeahhhh! Memang gangster kampung masing-masing ni hebat baling selipar. Nasib baik lah takde acara Tuju Tin dalam Sukan Olympic di Rio baru-baru ni, kalau tak dah join dah tu. Kami membawa pulang hamper dan belon berisi air untuk di baling ke pihak lawan sebagai denda. Fuh, terbaik betul ada permainan tradisional malaysia Lengit by Guligeng ni.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh terus hubungi:
Facebook: Lengit by Guligeng
Website: www.guligeng.com
Dah penat berlengit main permainan tradisional semua, kami membasahkan tekak dengan makan Ponpon Aiskrim tak henti-henti kat situ. Fuh, memang sedap betul Ponpon Aiskrim ni makan pulak time cuaca panas kan. Ramai betul serbu booth Ponpon Aiskrim ni ada yang dua tiga kali muka dia je lah makan Ponpon Aiskrim ni.
Untuk tempahan Ponpon Aiskrim di majlis-majlis kahwin ke, majlis hari jadi ke, atau nak berniaga aiskrim tapi tak tahu mana nak dapat supplier aiskrim ke boleh terus hubungi Halim Nadzeri (+60196600389) atau Facebook: PonPon Aiskrim.
1 comments
teringat zaman budak2 dlu main benda alah ni masa sukaneka. hehhe. Aiskrim tu nmpak yummy btulll
ReplyDeletedrop your comment here!