Kisah Seram: Bertemu dengan langsuir di Beranang, Selangor.
6:34 am
Dah empat tahun tak update apa-apa entry seram di blog ni. Kisah pengalaman seram di Karak yang dialami sendiri pada tahun 2012 yang lalu pun masih ada yang baca lagi. Fuh, itu memang pengalaman sendiri yang benar-sebenarnya. Kali ni saya nak kongsikan pengalaman seram di Kolej Professional MARA Beranang, Selangor masa zaman belajar Diploma dulu. Aduh, duduk dekat office malam Jumaat, tengah malam menulis entri ni rasa seram sejuk pulak badan ni. Walaupun ni cerita tahun 2006 dulu dan Beranang pun makin maju dan bukan lagi hutan belukar dimana-mana, hei nak baca ke tak ni? haha! Dan ini juga pengalaman sebenar yang terjadi...
Dari kecil, saya ada sixth sense eh bukan yang nyanyi lagu Yang Sempurnakanku tu. Ku akan selalu menjadi bintang mu, menerangi gelap dan mimpimu~~ Aku setia disini mengusap tangismu, menemani sunyi di hatimu~~ Aduh nyanyi pulak lagu Yang Sempurnakanku - Sixth Sense. Okayh saje nak tenangkan hati yang sedang rasa tak sedap ni. Balik semula kepada ayat tadi, ye saya ada sixth sense dari kecil. Boleh rasa bila ada benda angker seram mendekati dan boleh nampak kelibat atau real rupa makhluk seram ni bila betul-betul dia ada. Kadang kala bila tengah duduk sorang-sorang selalu rasa macam ada yang menemani atau sedang perhati. Dan jujurnya, rata-rata rakan yang selalu membaca tweet atau facebook status saya, setiap malam saya akan terjaga dari tidur disebabkan mimpi ngeri atau nightmare. Dan secara automatiknya waktu saya terjaga dalam keadaan terkejut dan berpeluh adalah jam 4 pagi, setiap malam. Dan keesokkan harinya, saya akan nampak beberapa lebam di badan saya ketika waktu mandi. Scary? Itulah realiti sepanjang hidup 28 tahun ni. Sentiasa didekati dah macam ghost magnet.
Waktu belajar Higher National Diploma in Computing Business Information Technology di Kolej Professional MARA Bernanang, Selangor tahun 2006 hingga 2009 dahulu, banyak kisah seram yang dilalui. Ye lah, duduk asrama pula, lepas tu dalam hutan, kolej lama... usang betul classroom dan itu persepsi pertama saya ketika jejak kaki ke kolej. Aduh, tercampak kat kawasan jin tendang mana ni! Seram sejuk masa mendaftar di kolej. Dah la malam orientasi hari pertama, awal-awal lagi senior kolej semua dah momokkan kami dengan kisah hantu di Tangki Air belakang Asrama Puteri. Memang sekali pandang asrama tu, rasa curious nak tahu. Katanya, sekali melangkah masuk kawasan tu akan dirasuk. Ah, sudah! Macam mana ni? Belakang asrama je kot! Dengar cerita, ada yang pernah bunuh diri. Dan ada satu bilik di asrama puteri yang betul-betul cermin menghadap tangki air tu, dan bilik tu ditutup atas faktor-faktor keselamatan katanya.

Hari-hari seterusnya di kolej berjalan seperti biasa, sampai
lah satu malam tu sangat susah untuk saya tidur. Duduk termenung di luar dorm,
tepi longkang sambil bergayut dengan cinta monyet mana entah masa tu. Tengah bergayut
tu tetibe rasa meremang bulu roma. Aduh, ni tak best ni kan? Tapi layan je la
macam biasa sampai lah rasa macam dengar tak dengar je suara si pemanggil. Eh eh
line maxis problem ke ni? Ketuk-ketuk jugak phone sambil angkat phone ke arah
langit mencari line kononnya. Masa tu anjing dah mula menyalak tak henti dari
hutan berdekatan. Dan tetibe terdengar suara….suara perempuan tapi sayup sayup
je bunyinya. Dalam hati berkata, aduh, siapa pulak menangis homesick rindu emak
kat kampung tengah malam buta ni?
(credit photo: google)
Masa tu dah tak dapat dengar suara si pemanggil di corong
telefon, tersekat macam radio buruk je bunyi, terus letak telefon. Lepas tu
termenung la menikmati bintang malam tu. Dan masa tu jugak gatalnya mata ni nak
menghala ke arah bumbung asrama berdekatan dengan Tangki Air berhantu tu. Masa
tu lahhhhh kelihatan sepasang mata merah sedang tenung kearah saya. Berambut
panjang kusut masai, macam perempuan kehilangan sikat rambut. Ya Allah, siapa
pulak duk bertenggek kat atas bumbung ni? Dan dan la kelam kabut masuk bilik masa tu. Kebetulan dalam bilik ada kawan datang melawat dorm-mate. diorang borak hal assignment semua. Gigih diorang ni demam pun study hard.
Malam tu kawan pulang ke bilik dia agak lewat. Disebabkan saya dah mengalami pengalaman seram tadi kat luar bilik, biasanya saya diam je sampai lah dah siang nanti baru cerita kat siapa-siapa, Tiba-tiba lepas kawan balik bilik dia, kami dengar ada suara budak perempuan menjerit di tingkat atas. Riuh sekejap asrama masa tu....apa jadi?
Rupanya kawan yang demam datang bilik tadi kena rasuk! Aduhhhh histeria pulak dah. Berjangkit la ni kejap lagi. Terus rasa takut, tarik selimut, pejam mata and tidur. Memang scary bila diingat semula. Esok pagi dengar macam-macam cerita. Katanya jumpa langsuir atas bumbung la, jumpa pocong kejap kat tingkat 2, kejap kat tingkat 3, ada nenek tua bertenggek kat tandas la. Lagi seram ada kawan sampai demam terjumpa pocong tumpang tidur atas katil dia. Fuh, kalau study pulak memang tengah malam ada la yang menemani sejak kes tu. Sekali sekala nampak pulak makhluk lain. Lagi bertambah seramnya duduk kat asrama waktu tu, semester depan tu pihak kolej decide nak buka semula bilik yang sudah lama ditutup tu. Nasib baik lah semester seterusnya dah decide duduk luar je menyewa kat flat belakang kolej yang boleh tahan haunted jugak. Dan sampai lah ke tahun akhir, ada satu malam ni selepas persembahan band untuk satu majlis anugerah ni, tetibe pulak masa ambil gambar group beramai-ramai, ada hantu menyelit! Aduh, sayangnya tak jumpa dah gambar yang almost 10 tahun lepas tu.
Apa pun asrama mana pun mesti ada kisah seram sendiri kan? Itulah, masa sambugn belajar degree di Universiti Teknologi PETRONAS pun ada kisah hantu dan bunian apa bagai. Pernah ada budak hilang kat Tronoh tu, jumpa kat Bota? Punya jauh ke alam mana dah budak tu.
Eh, tu lain kali lah cerita.
===============================================

Kenapa cerita pasal kisah seram tetibe?
Ha, 22 September 2016 ni filem seram Volkswagen Kuning arahan Shadan Hashim dan lakonan Pekin Ibrahim dan Atikah Suhaime bakal menemui penggemar filem seram di pawagam berhampiran anda. Filem terbitan Metrowealth ini diinspirasikan dari kisah misteri terkenal mengenai sebuah kereta Volkswagen kuning misteri yang dilihat di lebuh raya Karak. Menurut kisah tentang Volkwagen kuning di Karak ni, apabila korang terserempak dengan kereta Volkwagen Kuning di atas lebuhraya Karak, jangan sesekali gatal nak memotong kerana Volkwagen Kuning ni akan sentiasa muncul di depan kereta korang walaupun dah potong banyak kali dan yang paling menakutkan adalah kereta itu bergerak tanpa pemandu. Fuh nasib baik masa mengalami pengalaman seram di Karak dulu tak jumpa Volkswagen kuning kan?

Mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!
Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.
Hah amacam? Nak tahu betapa seram atau tidak filem Volkswagen Kuning ni nantikan saja kemunculannya akan datang di seluruh pawagam berhampiran korang!
Jaga-jaga volkswagen kuning bakal menghantui anda di jalanan.
Vroom.... Vrooom.....
Nak menang Oppo F1s? Hanya perlu tulis kisah seram anda dalam blog, dan berpeluang menang phone baru! Untuk yang nak join contest kisah seram boleh terus ke blog Broframestone.
#OppoF1s #SelfieExpert
#VolkswagenKuning #MiGOnline #VKBloggerReview #BlogRetis
7 comments
Hallaaaaaaa rambut panjang gerbangg!
ReplyDeleteHuhhh part pocong tidur sebelah tak bleh tahan.. giler takut kalau bebetul jadi. samada pocong kt sebelah or ternampak.. hahahha grrrrrrr neyra mesti byk story kan.
ReplyDeleteHi kakak, Kini sudah hadir situs togel online yang benar-benar bayar. Segera bergabung bersama kami.
ReplyDeleteSumber prediksi : http://bocoran-togel.com
Situs Resmi : http://togelmandiri.com
prediksi togel
prediksi togel online
bandar togel online
situs togel online
Terima kasih.
togel otak lo bisa
DeleteWAKANDATOTO
ReplyDelete? BANDAR TOGEL TERPERCAYA DAN AMAN ?
JP BERAPAPUN DI BAYAR
?BO BONAFIT?
Di Lengkapi Aplikasi BBFS 7 DIGIT
Diskon Pembelian Terbesar
?2D 29%
?3D 59%
?4D 65%
? HADIAH ?
4D di X 3.000?
3D di X 400?
2D di X 70?
BONUS REFFERAL: 2%
BBFS : 7 Digit
Minimal DEPO : 10.000
Minimal WD : 50.000
Minimal Betting : 500 / line
KONTAK PERSON ADMIN
GRUP FB : Wakandatoto
NO WA : +855 96-775-8918
BBM : WAKATOTO
LINE : WAKANDATOTO
silakan klik di bawah ini :
http://www.wakandatoto.net/daftar
bandar togel online
Agen togel
4/8 ni nak masuk dah kpm beranang 😭
ReplyDeleteTakpe dik. 2006 pnya kisah ni. 16 tahun dah hantu pun pindah dah hahahaha
Deletedrop your comment here!