Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan
5:02 am
Siapa tak kenal Benang Hijau? Eh bukan menegakkan benang yang basah. Tidak...tidak... ini pengeluar pakaian muslimah terkenal dan terkemuka di Malaysia, Benang Hijau. Sebagai hijabis mestilah teruja bila dengar nama Benang Hijau. Double loop instant shawls Benang Hijau yang dapat goodies dari Malam Gala Kalam Kalam Langit beberapa hari yang lalu pun belum sempat buka plastiknya lagi. Fuh, baru-baru ni, Benang Hijau telah membuka cawangan terbaru mereka iaitu cawangan di Wakaf Che Yeh Kota Bharu, Kelantan.
Baru-baru ni, memang Benang Hijau ada menyasarkan untuk buka tiga cawangan baru di Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan disebabkan sambutan yang semakin menggalakkan dari pembeli. Pengasas Benang Hijau, Fadzilah Mamat berkata, pembukaan butik tersebut untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan dari negeri-negeri tersebut untuk mendapatkan koleksi produknya. Ye la kan, nak ke KL pun jauh. Boleh beli online je mana puas ye dak?
Dengan tagline ‘Inspirasi Wanita Anggun’, Benang Hijau merasakan Wakaf Che Yeh merupakan lokasi strategik untuk warga Kelantan datang membeli produk keluaran mereka. Wah, boleh feeling rasa sendiri material yang berkualiti, tudung cantik, dress muslimah yang lawa-lawa semua. Baru puas hati semua mek mek kelate nak shopping Bennag Hijau lepas ni.
Baru-baru ni masa Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan memang berpusu-pusu orang ramai serbu dari pagi lagi. Semangat akak-akak makcik ni semua nak shopping ye kan? Ye la sempena Majlis Pembukaan ni banyak betul harga promosi yang ditawarkan. Bayangkan Melissa Dress harga normal RM199 pun boleh dapat dengan harga RM150 je? Lily Plain Shawl pulak 2 helai RM50 je, Suri Shawl 3 helai RM100, Sakura Blossom Dress yang cantik tu pun jatuh harga RM115 sehelai berbanding harga normalnya RM249.
Wow menjunam betul jatuh harga promosi sempena pembukaan cawangan baru ni. Patut la ramai serbu dari pagi. Yang menariknya sampai ke malam nak tutup pintu kedai pun orang ramai membeli lagi. Bukak pulak 3 hari sebelum Hari Raya Aidiladha memang ramai lah shopping saat akhir untuk persediaan menyambut Hari Raya Aidiladha. Eh, kat Kelantan sambutan Raya Haji meriah ok!
Sekarang ni pun saya lihat Benang Hijau tengah meriah buat Clearance Sales. Ada tudung harga serendah RM15! Huishhhhhh gila kalau tak beli rugi ni ha. Cepat-cepat lah korang masuk website diorang and beli dress dan tudung kat dalam tu . Nanti menyesal weyh!
Untuk yang nak datang sendiri butik Benang Hijau di Wakaf Che Yeh, senang je cari tempat ni. Landmark nya ialah butik ni sederet Old Town White Coffee dan butik Ariani. Untuk lokasi lain butik Benang Hijau berhampiran tempat anda boleh rujuk online okayh.
Website Benang Hijau:
Facebook:
Instagram:
0 comments
drop your comment here!