­
Masak Sup Bebola Ikan dengan Rempah Sup Mak Siti - Enak dan Terbaik Dari Ladang! - ieyra.com

Masak Sup Bebola Ikan dengan Rempah Sup Mak Siti - Enak dan Terbaik Dari Ladang!

6:16 pm


Dah lama seketul Neyra tak masak beriye-iye di dapur sebab dia on diet. EH? Hahaha. Ye la, asyik makan biskut, oat, nestum bajet boleh kurus lah? Lepas tu asyik makan kat event, hidup busy, huru hara handle event lagi. Astaghfirullah, gegadis mana lah yang tak masuk dapur ni haha! So kali ni Neyra masuk dapur masak Sup Bebola Ikan! Eh, Sup Bebola Ikan je ke? Ye la, diet kan. Menu sihat la jugak, takkan nak melantak Sup Daging? Ishhh korang ni. Okayh, untuk memasak ni bahan paling utama diperlukan di dapur ialah Mak Siti! Eh bukan bukan mak saya atau bibik nama Mak Siti, tapi Serbuk Rempah Sup Mak Siti yang segar dari ladang dan sedap menyelerakan! Kalau di rumah Kuantan, memang ibu Neyra dah lama menggunakan rempah ratus Mak Siti ni sebab rempah nya memang power semua jenis masakan pun jadi sedap!




Pelbagai jenis rempah ada dibawah jenama Rempah Ratus Mak Siti ni sebenarnya. Ada serbuk rempah kari daging, kari ikan, masak kicap ikan, masak kicap daging, sup, kurma, sup kepala ikan, sup soto, kari makanan laut, kunyit campuran, dan macam-macam lagi. Tapi sekarang ni kat rumah Neyra cuma ada serbuk rempah sup, kari daging, rendang dan sup soto. Memandangkan Hari Raya Aidiladha dah dekat iaitu minggu depan, kita simpan je lah serbuk rempah rendang dan sup soto tu untuk juadah pagi raya di kotaraya sorang-sorang ok? Sekarang ni diet dulu makan Sup bebola Ikan! Eh, kat mana nak beli Rempah Ratus Mak Siti ni? Aduh, tak perlu ketuk rumah Mak Siti. Pergi je terus ke pasaraya Tesco, AEON Big, Sogo, CS Brother, atau kedai-kedai runcit yang berdekatan. Kalau malas sangat pun boleh jugak beli online boleh terus contact Dhia (+601116026692) nanti dia terus tolong poskan ke pintu dapur korang!

Okayh, selalunya resepi adalah campak-campak style tapi takpe lah, saya cuba list kan resepi masakan hari ni dan diingatkan ini mungkin hidangan untuk 1-2 orang sahaja sebab saya single duduk rumah sewa mana ada orang lain nak tolong perabihkan haha!



Resepi Sup Bebola Ikan Neyra

Bahan-bahan:

Beberapa ketul bebola ikan sayur atau fishball mixed vegetable 
(terpulang saka naga dalam perut mintak banyak mana)

1 pek 25gm Serbuk Rempah Sup Mak Siti 
(guna separuh je cukup, lepas tu bancuh dengan air)

Sebungkus Sup Punjut Mak Siti

2-3 ulas bawang merah 
(ditumbuk dan dihiris)

2 ulas bawang putih 
(ditumbuk dan dihiris)

2 sudu besar minyak masak

Sayur-sayuran khazanah tambahan dalam sup seperti;
brokoli, lobak atau cendawan



Cara-caranya:

1Panaskan minyak dalam periuk, dan tumis bawang merah beserta bawang putih hingga bewarna kuning keemasan

2. Masukkan bancuhan Serbuk Rempah Sup Mak Siti dan kacau rata sehingga garing. Ikut suka nak lebih terasa rempah, letak lah banyak mana pun

 Masukkan air dan Sup Punjut Mak Siti, untuk tambahan rasa yang lebih umph!

Masukkan Fishball Sayur, dan hangatkan seketika hingga air mendidih pun takpe.

 Masukkan segala jenis sayur seperti lobak, cendawan, brokoli dan segalanya.

Tambah garam secukup rasa kalau nak, tapi saya selalu masak apa pun saya cuba elakkan penggunaan garam. Sihat sikit kan? Cukup la terasa rempah ratus Mak Siti di anak tekakku.

 Dah agak-agak macam cukup rasa dan dah masak tu, angkat lah untuk dihidang. Nak lagi meriah boleh tabur bawang merah goreng, atau hias dengan daun bawang dan daun sadri sebelun dihidangkan

Apa lagi cara-caranya kalau dah last tu MAKAN!


Mudah kan rancangan memasak menu sihat bersama Neyra? Untuk tambahan permintaan saka naga di dalam perut, saya goreng sekali Ikan Dori bersama tepung tempura dan lepas tu boleh juga sediakan pencicah mayonis yang ditabur sedikit Serbuk Rempah Kari Mak Siti. Ha, sprinkle je di atas mayonis nanti kacau sebati, rasa memang sedap! Serius, tak tipu! Ha, cukup enak, sedap, lazat dan asli terbaik dari ladang hanya bersama Serbuk Rempah Ratus Mak Siti. Tapi tu lah mana ada suami lagi nak masak sedap-sedap maka kita masak untuk perut sendiri je cukup.

Untuk yang nak mencuba Serbuk Rempah Ratus Mak Siti ni boleh dapatkan di pasaraya dan kedai runcit yang dah saya bebel di atas atau terus ke:

 Facebook:

Instagram:

Website: 


Atau terus hubungi Dhia (+601116026692).




SELAMAT MEMASAK!






You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook