­
Teater DUSK by Lighters - ieyra.com

Teater DUSK by Lighters

3:43 am


"Night is falling: at dusk, you must have good eyesight to be able to tell the Good Lord from the Devil." - Jean-Paul Sartre

Ada peminat teater dan seni? The Lighters, mempersembahkan empat teater short plays di dalam satu show teater hujung minggu ni! Bestnya ada empat cerita berlainan dalam satu show yang menceritakan tentang perkahwinan, kehidupan, persahabatan, dan puteri-puteri Disney: DUSK. 

Kejayaan The Lighters dalam persembahan teater baru ni, membawa satu persembahan teater yang mampu membawa perspektif yang berbeza dan lebih luas spektrumnya kepada penonton. DUSK by Lighters ini akan membuka minda penonton dan cuba mengubah tipikal persepsi dan stereotaip kita. Ha, seram pulak rasa kan? Tapi teater macam ni yang best, boleh buka minda dan berfikir. 

Skrip ditulis oleh The Lightes, dan teater DUSK diarahkan oleh Api Husien. Akan dipersembahkan sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris, teater DUSK ini akan dilakonkan oleh bakat-bakat hebat seperti Shariff Salleh, Maya Zaharudin, Mag Malik, Grace Ng, Az'farr Baginda, Ika Angah, Shay Rayzoul, Alhassan Munawar, Hasnida Saidi, & Shaika Nadwa.

Di dalam persembahan tetaer DUSK ini juga akan memaparkan:

+ Absurd Theatre - "Martyrmony"
+ Physical Theatre - "Happily Ever After... Again!"
+ Absurd-Physical Minimalist - "___ ship"
+ Monodrama (Absurd-Physical) - "Left or Right"



Bila persembahan teater DUSK ni? 

Sesi Malam (8:30 malam): 
Jumaat, 23 September 2016
Sabtu, 24 September 2016

Sesi Petang (3:00 petang): 
Sabtu, 24 September 2016
Ahad, 25 September 2016

Lokasi: 
Black Box, Damansara Art Performance Centre (DPAC)


Harga Tiket: 
RM35


Untuk membeli tiket Teater DUSK by Lighters ni boleh terus ke Ticket Office:

Damansara Performing Arts Centre
   H-01, DPAC, Empire Damansara
   Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana,
   47820 Petaling Jaya, Selangor.
   Tel: +60 3 4065 0001, 4065 0002

Website:


Atau terus hubungi Shariff Salleh (+6) 017 983 0303.

Jangan lupa untuk follow juga!

Twitter: @theLighters_
Instagram: @theLighters_

********************************************************
REVIEW: Dusk by Lighters



Berkesempatan untuk menonton DUSK by Lighters minggu lepas, memang menarik Teater macam ni. Ada 4 show plays kesemuanya, dan yang teater yang pertama pun dah cukup deep dan saiko penonton. Masuk pintu Black Box, DPAC dah ternampak sekujur tubuh terbaring lesu dengan tangan dan mulut diikat di depan pintu. Dan bayangkan Lord Angus lakonan Mag Malik dan pembantunya Effie lakonan Maya Zaharudin cukup mantap jadi wedding planner yang saiko menculik dua insan untuk dijadikan bride & groom mereka? Fuh. Absurd: Martyrmony untuk show play pertama memang best!  


Lakon layar teater kedua, Physical: Happily Ever After..Again! pula mengisahkan bagaimana King Eric yang kembali single sedang mencari calon ratu hati yang baru. Queen Bell, Queen Rapunzel dan Queen Snow White yang kesemuanya juga janda kematian suami masing-masing cuba merebut hati King Eric. Saya suka show play kedua ni sebab memang kelakar gila bila mereka cuba menekspresi kan dialog menggunakan bahasa fizikal juga. Terutamanya part dialog "Well-Cum-Ah". Eksperesi muka King Eric pun boleh buat satu panggung gelak terbahak-bahak! Terbaik lakonan Alhassan Munawar!


Show play ketiga Absured-Physical-Minimalist: ____Ship.  ____ship. It is nothing but a ____ship; with three weakness and strengths fighting to take control. If ____ship is about being heard, seen and expressed, how would ____ship survive on what seems to be calm waters? Hah rasa macam deep kan? Masa ni mula mula macam tak paham sebab physical drama kan takde dialog pulak tu. Hahahaha! Tapi last last paham la jugak. Kelemahan dan Kekuatan tu memang penting dalam suatu hubungan. Hmmmm...


Untuk show play terakhir; Absurd-Physical (Monodrama): Left or Right memang boleh bantai menangis jugak. Konflik dalaman watak lakonan si Shariff Salleh ni fuh dilema boleh tahan. Menceritakan Zee yang terperangkap dalam tubuh Zack, dan dilema untuk jadi lelaki atau wanita yang sentiasa bermain dengan imaginary friend nya Calvin dan Sarah. Dengan konflik dalam keluarga, dan juga kehidupan yang dramatik sebagai remaja yang keliru, sampailah ke alam perkahwinan bila dia dah berkahwin... dia teruskan kehidupan sampai ke tua dengan Calvin dan Sarah. Hurm sedihnya....berat betul beban yang ditanggung. Tapi bila Shariff menangis, dengan ekspresi muka dia tu macam real!

Teater DUSK by The Lighters ni memang terbaik. 
Tak sabar nak tengok lebih banyak teater dari The Lighters di masa akan datang! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook