Fakta menarik tentang Hotel Hyatt Regency Yogyakarta
3:39 am
Ya ampun dah sebulan #JogjaTrip dan seketul Neyra masih malas nak menulis entri 5 Hari 4 Malam di Kota Jogja. Maaf, busy dengan hal thesis master. Ye, untuk dua malam seterusnya pula saya menginap di Hyatt Regency Yogyakarta. Fuh, dengar nama je dah macam WOW! Alhamdulillah, ada rezeki untuk menginap di sini untuk trip kali ni. Kami sampai agak awal untuk check-in gara-gara mengejar masa, tapi staff di Hyatt menyambut kami dengan mesra. Yeay boleh check-in awal, campak backpack dan pergi buat aktiviti lain dengan tenang! Hotel ni terletak kira-kira 15 kilometer dari Adisucipto Airport, 17 kilometer dari Candi Prambanan dan 7 kilometer dari bandar.
Jejak kaki ke perkarangan lobby Hyatt Regency Yogyakarta, dan disambut mesra dengan kalungan bunga di leher. Gituhhhh~ macam VVIP betul rasa. Kemudian sementara menanti urusan check-in bilik kami selesai, kami rest dulu minum welcom drink yang memang sangat sihat la. Air detox ke apa ni? Haha! Kurus lah saya dengan Yazid Izzat minum banyak sangat. Staff yang ada memang sangat mesra dan layanan yang diberikan sangat bagus. Kerja pun pantas je hah. Sekejap je tunggu dah setel urusan check-in.
Memang sangat feeling macam luxurious duduk di Hyatt Regency Yogyakarta ni. Tapi kalau nak relaxing, chill apa salahnya kan sekali sekala? Rasa macam serba serbi lengkap di sini! Saya menginap di bilik standard dengan dua katil single, dan garden view! Masuk je bilik, terkejut tengok punya besar lah bilik tu kan. Memang rasa seronok je selak langsir, nampak garden. Tenang sungguh nak bangun pepagi macam ni. Katil empuk, gebu, dengan comforter tebal boleh mengakibatkan kemalasan untuk bangun pagi haha!
Dengan keluasan 30 sqm, bilik ini dilengkapi dengan ruang bekerja, robes, hairdryer, minibar, coffee maker, 25 inch TV, dan lain-lain lah. Siap ada buah apple dua bijik atas meja kerja. Sambil taip blog sambil makan apple la cerita dia. Lepas tu boleh pulak bebudak ni duk request je complimentary stuff macam-macam. errrr saya pun sama! haha. request deodorant sebab lupa bawak. hair spray, makeup remover errr banyak lah!
Breakfast pagi memang HEAVEN ON EARTH! Dah lah restaurant di Hyatt Regency Yogyakarta ni macam cantik je kami duk makan bawah rimbunan ranting. Fuh, unik dekorasi hotel ni. Breakfast pun sebelah kolam renang. Dan signature dish nak makan pagi-pagi ialah Merapi Lava Egg - inspirasi dari kejadian letusan Gunung Merapi tahun 2010. Tekstur telur yang unik, dan rasa yang sangat sedap! Crispy part telur ni macam simbolik erupsi Gunung Merapi, kicap tu pulak ala-ala macam lava yang keluar dari gunugn berapi dan cili merah dan hijau tu simbolik batu dan awan panas gunung berapi.
Dan satu lagi faveret kami setiap pagi ialah Bakwan! Hahahaha~ Bakwan tu cucur tepung biasa je sebenarnya tapi entah kenapa sedap sangat kat Hyatt Regency Yogyakarta ni hah,
Sempat juga berjalan sekitar hotel untuk menurunkan lemak selepas makan banyak. Satu perkara yang saya suka tentang Hyatt Regency Yogyakarta ini ialah struktur binaan hotel ini sendiri yang dibina seperti bentuk Candi Borobodur yang popular di Kota Jogja ni. Terdapat 269 bilik dan suite di hotel ini, dan menariknya suite room memang view menghadap Gunung Merapi. Clear je nampak kalau langit clear. Dan Hotel Hyatt Regency Yogyakarta ini lengkap dengan Regency Club Rooms, Shuttle ke bandar Jogja, 2 cuisine restaurant, 1 lounge, 1 bar, health club dan spa, tennis court, 9-hole golf course, 1 ballroom yang boleh muatkan kapasiti 1,000 orang, business convention dan conference facilities dan pelbagai pakej aktiviti menarik.
Masuk Health Club & Spa, sempat kami tinjau spa kat sini amcam mana. MasyaAllah cantik nyaaaa spa! Lengkap dengan sauna, jakuzi, dan pakej-pakej spa yang menarik untuk melega kan sengal-sengal di badan dan relaxing di spa. Semestinya best sebab nama pun Jogja ni daerah Jawa, sah sah la urutan kat spa ni semuanya Javanese Massage! Massage kat sini ada beberapa pilihan seperti Javanese Traditional Massage, Aromaterapi, Shiatsu, Refleksologi Tangan & Kaki, dan juga spa outdoor iaitu Joglo. Untuk pakej spa pula ada After Sun Body Care, After Sun Face & Hair Care, Royal Spa Package, Royal Body Wash, Kapha Body Package, Vata Body Detoxification, Royal Body Touch, Rama & Shinta, dan Wedding Package. Arghhhh body treatment, penjagaan dan tata rias kuku, serta salun rambut pun ada la! Punya pelbagai spa diorang ni hah.
Sempat juga kami berkunjung ke Golf Club di sini yang dikatakan Hyatt Regency Yogyakarta ni satu-satunya hotel & resort di Kota Jogja yang mempunyai padang golf! Hyatt Regency Yogyakarta menyediakan 9-hole golf course. Ada instructor yang bertauliah akan memantau korang, dan boleh bagi personal lesson jugak untuk main golf. Wah tengok lah tu si Yazid beriye belajar main golf tu! Untuk yang sedang melancong dan tak bawak peralatan golf pun takpe, di sini boleh sewa peralatan golf sama ada full set atau per piece. Boleh juga sewa kasut golf dan children full set! Paling best saya tak lah reti pun main golf so saya lepak tepi tu duduk kat bean bag je melayan bebudak ni main golf petang tu Haha! Santai je lah petang-petang macam ni kan?
Sesudah berpanas bermain golf, kami lepak pulak di Bogey's Teras di sebelah padang golf ni. Di Bogey's Teras ni malam-malam ada live band buat persembahan menghiburkan guest di sini. Kebiasaannya di hujung minggu hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 9.00 malam. kalau petang-petang amcam ni boleh snatai menikmati pemandangan padang golf yang hijau tu. Lagi best pulak kalau order Wedang Uwuh Cocktail, sejenis minuman herba yang popular dan wajib minum di Jogja cuba di Bogey's Teras, minuman ni dah di modenkan. Tetap sedap!
Serius banyak aktiviti disediakan di Hyatt Regency Yogyakarta ni sebenarnya. Duduk seharian kat hotel pun takpe! Setiap malam sabtu ada Ramayana Night Market, macam dinner buffet makanan tradisi Jawa tapi warung-style. Cool gila kan? Lepas tu ada Andong Village Tour di mana, tetamu hotel boleh melawat ke kawasan kampung dan sawah padi berdekatan dengan menaiki kereta kuda! Kami dah try and memang best laaaaa satu pengalaman berharga jalan-jalan kampung naik kereta kuda feeling macam Cinderella haha! Dah la FREE pulak tu hah naik kereta kuda ni. Selain tu boleh jogging keliling hotel yang besar ni, sewa basikal dan jalan-jalan dikawasan sekitar, dan macam-macam lagi.
Terima kasih pihak pengurusan Hotel Hyatt Regency Yogyakarta dengan layanan yang sangat bagus dan mesra pelanggan gituh, Memang seronok buat macam-macam aktiviti di sini. Untuk yang nak tinggal di sini ketika melancong ke Jogja boleh dapatkan maklumat dan tempah melalui:
Hyatt Regency Yogyakarta
Jalan Palagan Tentera Pelajar,
Yogyakarta Indonesia
Tel: + 62 274 869123
Fax: +62 274 86 9588
Email: yogyakarta.regency@hyatt.com
Website: www.yogyakarta.regency.hyatt.com
credit gambar: Yazid Izzat
Tel: + 62 274 869123
Fax: +62 274 86 9588
Email: yogyakarta.regency@hyatt.com
Website: www.yogyakarta.regency.hyatt.com
credit gambar: Yazid Izzat
0 comments
drop your comment here!