Sambut Tahun Baru di CITTA Mall - 16 Going On 17!
10:32 amTahun 2016 dah nak melabuh tirai. Cepat je masa berlalu kan? Tengah kalut duk terkejar sana sini, tetibe je dah nak akhir tahun. Tahun lepas, malam tahun baru sempat lepak di CITTA Mall, main sling shot game apa nama tu bersama Shafiq. Eh dia je lah main, saya takut gugur jantung haha! Tahun ni mungkin kah kita akan ke CITTA Mall lagi?
Malam tahun baru nanti, CITTA Mall seperti biasa akan
mengadakan sambutan tahun baru dengan pertunjukan bunga api, sebagai simbolik
meraikan tahun baru yang bakal tiba dengan sesuatu yang menggembirakan selepas
setahun kita bersusah payah menghadapi dugaan. Fuh, bunyi macam payah betul
hidup ni kan? Selain dari pertunjukkan bunga api, ada jugak carnival dan
aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Carnival nanti mesti banyak jual-jual
benda best ni. Mesti ada makanan best-best. Aduh, rabak poket gini. Tapi
shopping jugak. Malam, ada pulak persembahan artis. Best gila!
Baru-baru ni, berkesempatan ke malam previu untuk media dan
bloggers, untuk New Year yang bertemakan “16 Going On 17!” di CITTA Mall. Sesi “Makan-and-Mingle”
bersama selebriti-selebriti yang akan mengadakan persembahan pada sambutan
malam tahun baru nanti, ditaja oleh Mr. Dakgalbi dan Flicker’s Diner. Sebagai
peminat makanan Korea, memang saya hentam je lupakan diet malam tu tak
henti-henti makan pasta, signature cheese ring dakgalbi with octopus, dan kimchi!
Spicy ramen dan tteokbokki pun ada malam tu memang sedap gila!
Paling best sempoi je boleh chill, lepak makan sambil mingle dengan bloggers dan selebriti. Antara selebriti yang hadir malam itu ialah Dina Nadzir, Shawn Lee, Baki Zainal, An Honest Mistake, Alvin Lee dan Rejuvenate Dance Crew. Sempat jugak Alvin Lee menghiburkan semua tetamu dengan persembahan yang sangat awesome! Meriah malam tu!
Baki Zainal akan menjadi pengacara majlis malam tu dan tentunya menyeronokkan sebab Baki Zainal ni boleh berbicara dalam pelbagai bahasa! Selalu tengok Baki Zainal di TV. Memang tahu kepakaran dia dalam bahasa Mandarin, lagi fluent dari mana-mana chinese. haha! Agaknya macam mana lah malam tu mesti seronok kan? Tak sabar tunggu dia jadi host countdown nanti. Dina Nadzir the only princess malam tu pulak pasti menghiburkan dengan lagu-lagu menarik yang bakap didendangkan dengan suara merdu Dina. Fuh, dengan adanya Rejunevate Dance Crew lagi persembahkan tarian mereka, mesti best gila malam tu!

Festival sambutan malam tahun baru di CITTA Mall akan bermula jam 8.00 malam pada 31 Disember 2016, tapi persembahan hanya akan dimulakan pada jam 9.00 malam. Karnival mini pula akan diadakan di bahagian dalam dan sekitar CITTA Mall, dan pengunjung berpeluang untuk ambil bahagian di dalam CITTA Challenge yang tersedia dari 30 Disember 2016 hingga 1 Januari 2017. Nanti ada beberapa game station, dan peserta dikehendaki untuk lengkapkan semua game di setiap station, sebelum pusing roda untuk memenangi hadiah-hadiah menarik termasuklah barangan elektronik.
Dari pengalaman sebelum ni, ketika saya sambut tahun baru di CITTA Mall tahun lepas, memang ramai yang datang ke CITTA Mall. Maka, saya nasihatkan dan nak pesan ni, datang awal dan rancang perjalanan sebaiknya! Kalau lambat datang, tak dapat lah spot parking yang best kan? Silap-silap kena parking kat luar pulak nanti. Jom kita sambut tahun baru bersama-sama di CITTA Mall!
Facebook Page: CITTA Mall
0 comments
drop your comment here!