­
Burger & Lobster Kini di Sky Avenue, Genting Highlands - ieyra.com

Burger & Lobster Kini di Sky Avenue, Genting Highlands

7:00 pm


Kali terakhir makan udang karang atau lobster di Pantai Timang, Yogyakarta tahun lepas. Masa tu memang syok balun 6 ekor lobster fresh dari laut bersama kawan-kawan. Baru-baru ni teringin sangat nak makan lobster, nasib baik terjumpa Restoran Burger & Lobster di Sky Avenue, Genting Highlands. Fuh, sampai jauh ke atas Genting Highlands, macam feels like heaven in the sky je dapat makan lobster fresh dari bumi Kanada.





Ramainya beratur....!!

Dan dengarnya Burger & Lobster memang sangat popular di cawangan mereka yang lain di negara luar. Masa upload di Facebook, siap ada kawan komen teruja nak makan di Burger & Lobster ni sebab dulu dia pernah makan di UK. Haha! Dan jangan tak tahu pulak Burger & Lobster di SkyAvenue ini, cawangan restoran mereka yang pertama di Asia! Punya besar cawangan mereka, sebesar 3,500 kaki persegi! Tapi besar kedai pun, still tak dapat nak muatkan semua orang sebab ramai beratur weyh untuk makan sini! Yang bestnya lagi, Burger & Lobster di Sky Avenue ni bukan je boleh sumbat 150 orang, tapi menawarkan pemandangan taman tema baru 20th Century Fox bila dah dibuka nanti.

 


Time Keeper - Teh O Ais Limau Ikat Tepi Satuuuuu!


The B&L - Burger & lobster diapit bersama gituh..


The Original - Untuk yang nak menikmati burger disini tanpa lobster.

Setiap minggu, lobster premum seberat 600-700 gram akan diterbangkan khas dari Nova Scotia, Kanada ke KLIA sebelum dihidangkan kepada tetamu di Genting Highlands. Memang betul fresh dari Kanada! Menu burger di Burger & Lobster pulak memang semua burger diperbuat daripada 100% daging lembu Australia. Memang kepingan daging lembut, diapit pulak dengan bun brioche dan ditambah dengan daging salai, keju, daun salad, tomato, bawang, jeruk khas dan sos rahsia Burger & Lobster. Kalau jenis tak larat makan burger besar gedabak, boleh order The Mayfair seberat 168gram. Kalau tak suka lobster, allergic ke apa, boleh order The Original seberat 224 gram. Sebab kat Burger & Lobster ni ada burger combine lobster sekaligus seberat 224gram! Punya sedap handmade beef patty tu.  Setiap hidangan dihidangkan bersama kentang goreng dan salad.

 
The Original - pilih nak grill atau steam?


Chilli Lobster - kena try weyh! Its a MUST!


Untuk pilihan menu lobster pulak terbahagi kepada 3 juga iaitu The Original, The Big Boy dan Chilli Lobster. Lobster akan dikukus, atau dipanggang bersama mentega, mentega lemon atau bawang putih yang memang terkenal lah kat sini! Saya sangat suka Chilli Lobster. Lagi feel kalau makan guna tangan comot-comot sambil gelak ketawa borak dengan member. Sedar-sedar dah…. Eh, 3 mangkuk dah kita makan? Specialnya, menu Chilli Lobster ni Cuma ada di cawangan Malaysia! Kena dengan rasa anak tekak rakyat Malaysia yang gemar makan pedas, maka diorang create menu ni kat sini. Fuh, serius berbaloi! Jangan risau, tak pedas sangat pun. Sebab I am not spicy food lover. Rasa ala-ala tomyam gituh. Kena pulak ada brioche bun tu sedap betul kami cicah kuah dengan roti.

 

Seven Samurai Lobster Roll

Selain burger, dan hidangan lobster macam tuh je, ada jugak Lobster Roll! Juga ada 3 perisa, The Original, Chilli, atau Seven Samurai. Kami pilih untuk rasa Seven Samurai sebab waiter kat situ kata, Lobster Roll Seven Samurai ni gabungan 7 jenis sos dan spice sepecial dalam 1 Lobster Roll. Memang tak menyesal ikut cakap dia!


This is how you eat lobster, dude! Use your hands for extra satisfaction!


Riang ria gembira menikmati Lobster 3 mangkuk. Haha!

Burger & Lobster terletak di Aras 1, Sky Avenue Genting Highlands. Waktu operasinya ialah jam 11 pagi hingga 10 malam setiap hari tapi hujung minggu bukak sampai 1130 malam! Selamat menjamu Lobster kawan-kawan!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook