­
Giant Yee Sang di Sunway Putra Hotel sempena Chinese New Year - ieyra.com

Giant Yee Sang di Sunway Putra Hotel sempena Chinese New Year

3:12 am


Rasa macam baru semalam masuk Tahun 2017, tetibe dah nak dekat dah Chinese New Year kan? Cepatnya masa berlalu. Sempena Tahun Baru Cina atau Chinese New Year (CNY) hujung bulan ni, Sunway Putra Hotel pun tak ketinggalan sambut sama-sama kemeriahan CNY ni. Yang menariknya masa Chinese New Year Media Preview baru ni, ada giant yee sang! Serius besar! Ramai-ramai kami tossing giant yee sang malam tu. Meriah!



Sangat grand kami sambut CNY terlebih awal dengan 100 tetamu, dan dimeriahkan lagi dengan tarian singa 8 ekor hah. Dan masa sambutan bersama media baru ni, ada jugak diorang bukak dan bentangkan Sprint Couplets iaitu dua kertas merah sepanjang 14 kaki yang mempunyai tulisan Chinese memanjang dengan ayat yang membawa maksud dan simbolik tuah, kekayaan dan kesihatan yang baik bukan sahaja untuk Sunway Putra Hotel tapi untuk para tetamunya jugak.

Setiap kali datang ke Sunway Putra Hotel ni memang tahu perut bakal Kenyang melantak makan sedap-sedap. Jangan korang tak tahu Sunway Putra Hotel ni menang Anugerah F&B Hotel Terbaik 2016! Chinese New Year Reunion Buffet yang ditawarkan sempena Tahun Baru Cina ni mestilah ada hidangan Yee Sang tapi uniknya Yee Sang di sini ada fresh salmon slice atas ice sculptur! Buffet pun ada keunikkan sendiri dengan 10 kaunter makanan; pembuka selera dan salad, yee sang, hot spot, mee dan pasta, pizza, dim sum, masakan panas, carving station dan dessert.

 
 
 

Untuk kaunter appertizer dan salad ada macam-macam makanan! Salad ayam cincang dengan sos Thai, Salad daging masak teriyaki dengan mee soba, Tiram dan mussels yang dihidangkan segar atas ais diperah lemon dan dimakan dengan sos Tabasco. AHHHHHHH SEDAPNYA! Tak lupa jugak ada sup ayam dengan ginseng, dan jugak sup Szechuan dengan isi ketam di kaunter sup. Untuk ruangan hot spot ada BBQ seafood, lepas tu Carving station ada meatloaf yang semuanya dihasilkan sendiri oleh chef-chef terbaik Sunway Putra Hotel.







Untuk senarai makanan wajib cuba mestilah roasted peking duck pizza dan asian seafood buttered spaghetti dari kaunter western. Tapi Chef Chew Keng Chai ada jugak pesan hari tu, jangan lupa try Sea Cucumber & Mushroom Stew atau Wok Fried Prawn with Spicy Secial Sauce sebab dua ni menu wajib try jugak sempena CNY ni. Special kan semua menu? Bahagian dessert pun banyak menu special macam Coconut Lemon Velvet Cake, Sugi Almond Cake, Lotus Pancakes, Banana Caramelised Tarts dan Green Tea Red Bean Chocolate Cake. Paling sedap Banana Caramelised Tart tu bertambah-tambah saya makan lupa terus diet!








2017 Chinese New Year Eve Reunion Dinner Buffet di Sunway Putra Hotel available pada 27 January 2017 dari jam 6.00 petang hingga 10.30 malam di Coffee House, Level 9. Harga untuk buffet ini ialah RM118 nett untuk dewasa dan RM 59 nett untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Untuk kanak-kanak bawah 6 tahun, makan FREE!

Untuk yang nak mengadakan private CNY gathering bersama kawan-kawan, keluarga besar, atau office gathering ke, boleh tempah Prosperity Set - 9 course dinner termasuk Yee Sang Set dengan harga RM1988 untuk satu meja yang boleh muat maksima 10 orang. Tapi, minimum booking untuk 20 orang ye untuk pakej ini. Offer ni available dari 15 Januari hinga 11 Febuari 2017. Hah, nak dinner lepas CNY pun boleh hah! Raya kan sebulan? Eh?



Untuk peminat makanan Jepun, Gen Japanese Restaurant di Sunway Putra Hotel pun ada CNY Buffet Special hanya RM98 nett untuk dewasa, dan RM49 nett untuk kanak-kanak berumur dari 6 hingga 12 tahun. Tapi promosi ni cuma available pada 27 dan 28 Januari 2017 sahaja dari jam 6.00 petang hingga 10.30 malam.

Untuk yang nak beli dry Yee Sang dan take away bawak pulang boleh beli jugak kat Atrium Lounge, Level 9 Sunway Putra Hotel dengan harga RM58 per order, atau Salmon Yee Sang dengan harga RM78. Satu set Yee Sang ni boleh makan untuk 4-5 orang. Hah boleh la sambut di rumah secara kecil-kecilan bersama rakan-rakan atau keluarga kan?

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tentang Reunion Dinner dan pembelian Yee Sang, boleh call F&B Reservation Counter Sunway Putra Hotel di talian 03 4040 9888 atau email ke spkl.dine@sunwayputrahoyel.com. Untuk tempah private dinner tu, boleh call NurulHuda Azmi, Director Sales & Catering di talian 03 4040 9888 atau email ke spkl.events@sunwayhotels.com.



Selamat Tahun Baru Cina! Tak sabarnya nak kutip angpow.....sebab belum kahwin lagi! Haha. 






You Might Also Like

1 comments

  1. kalau jemput Neyra, memang dia akan tulis habis-habisan. kalau jemput saya, cuma makan habis-habisan je la

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook