­
Hilang stress karaoke di K Song Family KTV Klang Parade - ieyra.com

Hilang stress karaoke di K Song Family KTV Klang Parade

5:59 am



Jumaat malam minggu baru ni sempat lepak karaoke lepaskan tension dengan kawan-kawan blogger di K Song Family KTV Klang Parade. Ni kali kedua datang ke sini. Haritu datang dengan Shafiq, dia je menyanyi sorang. Segan lah iolls nak menyanyi. Tapi dengan si Ayue, Norfa, Wendy, Syafiera dan lain-lain ni masuk pulak kepala gila korang. Havoc satu VVIP Room tu dengan suara sumbang kami. Hahaha! Nasib baik Klang tak hujan lebat malam tu.



Terletak di Tingkat 5, Klang Parade … saya suka datang ke sini sebab tak ramai sangat orang, bilik luas dan banyak promosi berterusan! Sebelum ni saya datang masa Ladies Night, dapat FREE Ice Lemon tea dan semangkuk Frech Fries! Ladies Night di K Song Family KTV Klang Parade setiap hari Selasa dan Khamis kecuali Public Holiday, jam 7 malam hingga 3 pagi. Tak perlu order minuman dan makanan dah. Haha!

VVIP Room yang mampu memuatkan 35 orang atau lebih memang buat kami terkejut masa melangkah masuk. Wow! Memang besar biliknya siap ada mini bar dan tandas dalam bilik tu. Skrin TV yang disediakan juga ada 3 bijik. Hamek syok la nyanyi duduk kat mana mana kerusi pun tak berebut nak tengok 1 skrin je kan? Mic pun akan diberi selepas bayar je, tak macam kebanyakkan pusat karaoke memang mic dah sedia ada dalam bilik. Bagus lah, terjaga kebersihan dan mic pun elok je kondisinya. Sound system pun bunyi sedap dan lagu semua latest updated! Nak lagu Aiman Tino finalist Anugerah Juara Lagu tu? Nak lagu OST 7 Hari Mencintaiku, si Dayang Nurfaizah nyanyi Lelaki Teragung tu? Takdehal! Semua ada kat dalam sistem.


 


Kalau lapar waktu karaoke ke apa jangan risau, K Song Family KTV Klang Parade ni ada pelbagai menu untuk korang order. Malam tu kami menikmati Nugget, Sausage, French Fries, dan Lemonade Tower! Lemonade Tower ni boleh dapat FREE kalau book karaoke kat sini untuk 3 jam dalam bilik Large dan keatas je tau! Habis jugak 3 buah Lemonade Tower dan 3 jag air kosong kami telan malam tu. Mabuk lemonade belaka. Patut lah masing-masing sugar rush semacam waktu menyanyi.


  
 
  

Kat K Song Family KTV Klang Parade n ada beberapa kategori bilik karaoke boleh korang pilih dan harganya berbeza ikut weekdays atau weekend rate, dan happy hour atau normal rate macam dalam jadual di atas. But no worries,  kalau jadi member kat sini, banyak benefit boleh korang dapat.

Salah satunya, Midnight Promotion! Setiap Isnin hingga Khamis, jam 12 pagi hinga 3 pagi korang boleh dapat 20% OFF kalau ada membership card. Tak pun every 3rd week of the month pun ada Member Day 20% OFF! Hah best kan? Nak FREE Membership? Book 3 jam karaoke kat sini, dapat FREE membership sekaligus setiap kali datang nanti dapat lah 10% discount untuk booking bilik atau order makanan. Fuh best betul jadi member kat K Song Family KTV Klang Parade ni!

 

Jom kita karaoke beramai-ramai di K Song Family KTV Klang Parade!

Lot 5F.20-23, Level 5,
Klang Parade,
Jalan Meru, Klang.
Waktu Operasi:
10 pagi hingga 3 pagi setiap hari.
Tel: 03 3359 6303
Instagram: @KSongKlangParade














You Might Also Like

2 comments

  1. ohman! ni yang buat jiwa meronta-ronta nak karok ni wakkkkkk....

    ReplyDelete
  2. Ampunnn... Sadis muke kakak menyanyi... Penuh perasaan! Hahahhaha....

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook