­
Travel: Jogjakarta Trip - Taman Sari, Sumur Gumuling, Tebing Breksi & Kota Jogja (Day 1) - ieyra.com

Travel: Jogjakarta Trip - Taman Sari, Sumur Gumuling, Tebing Breksi & Kota Jogja (Day 1)

10:09 am


Istana Air Taman Sari

Awal Oktober lalu, sebelum saya ke Pulau Tioman, saya ke Yogyakarta, Indonesia atau lebih dikenali sebagai Djogjakarta. Sebenarnya, dah tangguh terlalu lama entry Jogjajakarta Trip ni. Sampai ada yang request kat Twitter. Maaf, sibuk bercinta. Eh salah! Sibuk travel sini sana. Sejak Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) meletus popular berlakon di sekitar Jogja, memang Jogja ni jadi tumpuan pelancong berpusu-pusu ke sini. Punya hebat penagan kisah cinta dan pertemuan kembali Rangga dan Cinta yang terpisah berbelas tahun tu hah. Sebenarnya, saya beli tiket ke Jogja ni pun setahun sebulan sebelum fly memang takde kena mengena dengan AADC2 pun haha!

3 Oktober yang lepas sempat terbang ke Jogja bersama empat jejaka hot. Ya, saya sorang je perempuan. Hahaha! Sebab mula-mula plan berenam termasuk seorang kawan perempuan lagi tapi saat akhir ada masalah yang tak dapat dielakkan maka berlima lah kami. Dan sebenarnya tiket ke Jogjakarta ni dah dibeli setahun sebulan awal dari tarikh nak terbang. Pulang dari trip Jakarta - Bandung dulu terus beli tiket Jogjakarta ni bersama travelmate yang sama, Khai Artzfar. Cuma sambil menanti setahun sebulan tempoh masa yang lama tu kami sempat hasut kawan-kawan lain. Haha!



Sebelum terbang ke Jogjakarta!

Tiket yang dibeli cuma berharga RM 72.92 sahaja pergi dan balik. Ya, murah sebab beli waktu promosi Free Seats Air Asia. Tanpa luggage, sebab hanya backpacking je 5 hari 4 malam ke Jogjakarta. Flight saya jam 9:45 pagi, tapi malam tu saya dah bermalam di KLIA2 seperti biasa. Taknak rushing pagi-pagi dari rumah lagipun takde transport. Naik bas dari KL Sentral ke KLIA2 cuma berharga RM 11.00 sahaja. Dengan sedikit kejadian beg putus, hampir accident dilanggar kereta, passport tak boleh scan dan macam-macam lagi bebudak ni berjaya juga kami berempat; saya, Khai, Yazid dan Raf berkumpul di KLIA2. Ayoooo penat la babysitter haha! Masa ni Fuad tak join lagi sebab beli tiket lambat sangat, timing lain. Kami nama kan trip ni #MisiMencariRanggaCinta . gituhhhh~ terpengaruh cerita AADC2 betul lah!



Tambang bas ke KLIA2: RM11.00
Tambang tiket Air Asia: RM72.92 


Vietnamese Banh Mi Sandwich dari Santan Air Asia


Ketika dah selamat tiba di Adisutjipto International Airport, Yogyakarta, Indonesia. 

Muka mengantuk sepanjang perjalanan yang delayed dari saat mau terbang hingga la nak mendarat pun delayed kena pusing-pusing atas awan 20minit, dengan turbulance sepanjang perjalanan... Tengah hari baru selamat tiba di Adisutjipto International Airport, Yogyakarta, Indonesia.  Sempat kekenyangan makan Vietnamese Banh Mi Sandwich berharga RM 10 dalam kapal terbang. Sedap betul! Oh ya, saya dah tempah supir awal-awal since selepas mengkaji peta Jogjakarta ni, punya lah jauh semua tempat dan kami pun ramai maka upah je supir untuk bawa kemana-mana. Tiba nya di Adisutjipto International Airport, Yogyakarta Pak Salim supir kami dah setia menanti. Supir ni kami bayar IDR 2,000,000 untuk empat hari, takde limit masa dan dah termasuk kos minyak. makanya dalam IDR 400,000 seorang kami spent untuk kos supir.

Khidmat Supir:
Pak Salim - +62 881 6781 228

Memang penat masa tu dah semalaman overnight di KLIA2 sebelum tu. Tapi penat macam mana pun kami terus bergegas ke Istana Air Taman Sari yang terletak di Bandar Jogjakarta, sebab takut wisata Taman Sari di tutup awal pulak datang petang kan. Setahu saya hasil research online, wisata ni tutup jam 2 petang atau 3 petang macam tu. Alang-alang malas check-in lagi, so kami terus bergegas ke sini. Tapi sebelum tu sempat singgah ke kedai tepi jalan membeli kartu. Heh, mana boleh takde internet ye kan? Kartu dan pulsa Simpati yang dibeli secara keseluruhannya habis IDR 65ribu.



Vietnamese Banh Mi Sandwich: RM10
Kartu & Pulsa Simpati: IDR 65,000



Dalam perjalanan ke Taman Sari 



Ketika di pintu masuk Taman Sari

Istana Air Taman Sari atau lebih dikenali sebagai Taman Sari ini sebenarnya sebuah istana taman kepunyaan Sultan Jogjakarta satu masa dahulu. Terletak 2km ke arah selatan Kraton, Yogyakarta, istana air ini dibina diantara tahun 1758 hingga 1765 dan pernah rosak teruk kali pertama ketika Perang Jawa Diponegoro dan seterusnya terus musnah 1865 ketika gempa bumi. Apa yang tinggal sekarang ni sisa istana air dan binaan yang masih kekal hingga kini. Kalau tengok, memang rasa besar betul istana ni. Dan Sultan ni dulu mempunyai 40 orang isteri! Gambar yang atas sekali tu kolam bersiram isteri-isteri Sultan. Nanti Sultan akan pilih salah seorang isteri yang dia nak layan malam tu masa diorang tengah mandi tu. Fuh!

Tiket masuk: IDR 15,000
Camera fees: IDR 2,000
Parking: IDR 2,000
Tips Guide: IDR 20,000 / 4pax = IDR 5,000



Di kawasan runtuhan bangunan Taman Sari

Taman Sari terbahagi kepada 4 kawasan; tasik buatan yang besar dengan sebuah pulau dan pavillion terletak di bahagian Barat, tempat permandian di tengah-tengah, kompleks pavilion dan kolam renang di bahagian Selatan dan tasik kecil di bahagian Timur. Komplek Taman Sari mengandungi 59 buah bangunan termasuklah masjid bawah tanah, kawasan bermeditasi, kolam renang dan 18 taman air dan pavillion yang dikelilingi oleh tasik buatan. Tapi kalau datang Taman Sari sekarang takdelah penuh air macam zaman dulu. Cuma tempat permandian di bahagian tengah sahaja yang masih dijaga elok hingga sekarang, dan kawasan sekitar Taman Sari dah pun dipenuhi dengan Kampung Taman atau Kampung Cyber.


.


Di Kampung Cyber, Taman Sari


Pakcik tour guide Taman Sari

Kampung Cyber ni sebenarnya diberi nama macam tu sebab Mark Zuckerberg pernah datang kesini dan sponsor internet PERCUMA untuk kampung ni. Wow! Awesome gila kan? Penat berjalan tu sempat jugak singgah beli es kelapa muda berharga IDR 5,000 segelas. 

 
 


 Di Sumur Gemuling atau lebih dikenali Masjid Bawah Tanah Taman Sari.

Sumur Gemuling ini salah satu bahagian yang ada di Istana Air ni. Di lorong ini, Sultan bersama isteri-isterinya akan solat beramai-ramai di lorong ni, Menariknya, kalau imam azan atau solat berjemaah bersama, memang suara Sultan sangat kuat. Tangga di kawasan tengah masjid tu pulak ada 5 jenis tangga, menghala ke 5 pintu yang berlainan. Angka 5 ini sebagai simbolik solat 5 waktu yang perlu ditunaikan oleh umat Islam. Zaman dulu, ada aliran air akan mengalir bawah tangga tu untuk mengambil wudhu' dan kalau berdiri di tengah-tengah tangga tu, lihat ke atas akan nampak bumbung terbuka dan matahari tegak memancar terus masuk ke dalam. Tenang nya rasa! Dan jangan tak tahu, filem Syukur 21 dulu tu pun shooting kat sini!




Di kawasan runtuhan binaan Taman Sari

Bila tengok rasa macam kecik je tapi sebenarnya bila dah berjalan satu kawasan Taman Sari ni dan lihat sendiri kesan runtuhan binaan Taman Sari, woahhh besar betul Istana ni! Tetibe macam masuk ke dunia lain. Gituh hah. Mesti cantik dan gah betul istana ni masa zaman kegemilangannya kan? Seronok tahu sejarah waktu tengah travel. 




Di Hotel Adhisthana, Jogjakarta,

Selepas sesi lawatan di Taman Sari yang ambil masa dua tiga jam jugak lah dalam tu, terus kami ke Hotel Adhisthana yang terletak di Jalan Prawirotaman 2, Mergasan, Yogyakarta untuk check-in. Jatuh cinta dengan hiasan dalaman dan dekorasi hotel ni, memang trendy dan hipter! Dengan susunan tingkap dan pintu lama di dinding bangunan hotel ni pun dah terus jatuh cinta. Katil gebu empuk ahhh baca lah review saya tentang Hotel Adhisthana dalam blog ni. Saya menginap di Hotel Adhisthana ni 3 Hari 2 Malam sahaja. Terima kasih Hotel Adhisthana untuk sponsor kali ini!




Makan di Tebing Breksi

Lepas campak backpack dalam bilik, terus kami bergegas keluar. Di Jogja ni malam cepat sangat, sunset pun macam awal. Hajat hati nak ke Ratu Boko atau Candi Ijo untuk sunset, tapi sebab nak berjimat sangat, Pak Salim bawa kami ke Tebing Breksi untuk sunset hunting. Entrance fees dan parking pun murah sikit. Sambil tunggu sunset tu kami sedap melantak street food dulu. Lapar sebenarnya masing-masing masa ni hahaha!
Tiket Masuk 4 pax + Parking: IDR 20,000 / 4pax = IDR 5,000
Es Kopi: IDR 3,000.
Siomay7pcs: IDR 5,000.
Bakso Bakar: 5pcs IDR5,000



Pemandangan di Tebing Breksi

Tebing Breksi ni terletak kira-kira 1 kilometer sebelum Candi Ijo dari Jalan Prambanan - Piyungan. Tebing Breksi ni boleh wisata terbaru di sini, dan sedang membangun lagi. Tak berapa popular sangat lagi so boleh tenang menikmati pemandangan matahari terbenam tanpa rasa serabut orang ramai halang korang nak ambil gambar cantik. Haha! Yang bestnya, boleh nampak clear Gunung Merapi dari Tebing Breksi ni. Fuh cantik betul! Subhanallah. Lepas dah sunset tu, terus bergegas kami ke airport untuk jemput Fuad yang baru tiba dari Malaysia. 




Malam tu kami ke Rumah Makan di tengah kota Jogja, dan saya cuma minum teh harga IDR 5,000 dan jajan IDR 10,000 dan kemudiannya kami terus ke Omah Oblong untuk melihat souvenier yang ada. Mahal sebenarnya baju disini, tapi sebab kualiti dan design dia cantik terbeli juga la dua helai t-shirt IDR 60,000. Tu pun sebab orang kirim hahaha!

Budak-budak ni punya banyak shopping sampai 10 helai t-shirt mesti rasa menyesal lepas tu akan jumpa t-shirt lagi murah berganda kan? Hahahahha padan muka Raf!


Alun-alun Kidul


Tugu Pal Putih


Suasana di Jalan Malioboro

Kemudian, malam tu Pak Salim bawa kami jalan-jalan tengok suasana di Alun-Alun Kidul dan terus ke Jalan Malioboro, saje buang masa berjalan kat situ tengok suasana kan. Nampak la orang ramai dengan gelagat masing-masing di tengah kota. Lepas tu budak-budak ni sibuk ambil gambar di Tugu Malioboro atau nama lainnya Tugu Golog Gilig atau Tugu Pal Putih. Katanya ada mitos dan sejarah tersendiri tugu ni. 

Tugu Pal Putih, dibangunkan pada tahun 1755 oleh Sri Sultan Hamengku Buwono I, pemimpin kraton Yogyakarta masa tu dan tugu ni ibarat simbolik dan garis yang menghubungkan Laut Selatan, Kraton Jogja dan Gunung Merapi. Tugu ni menggambarkan Manunggaling Kawula Gusti, iaitu semangat persatuan rakyat dan penguasa untuk melawan penjajahan. Semangat persatuan atau yang disebut golong gilig itu tergambar jelas pada bangunan tugu, iaitu tiangnya yang berbentuk gilig (silinder) dan puncaknya berbentuk golong (bulat), hingga akhirnya dinamakan Tugu Golong-Gilig. Lokasi Tugu ini juga sebagai panduan arah ketika Sri Sultan Hamengku Buwono I pada waktu itu sedang bermeditasi, yang menghadap puncak gunung Merapi dan ketinggian bangunan tugu golong gilig ini pada awalnya mencapai 25 meter tapi berubah pada tahun 1867masa gempa bumi besar melanda Yogyakarta dan ianya runtuh. Tapi tahun 1869, pihak Belanda masa tu renovate balik tugu ni dan tinggi tugu jadi 15 meter je. Masa tu kononnya Belanda cuba memporak peranda kan kepercayaan rakyat kepada Raja tapi tak berjaya. Banyak kisah Tugu Malioboro ni kan? Sebab dah too much history di hari pertama, balik tu terus tidur lena di katil gebu Hotel Adhisthana. Sambung entry hari kedua pulak ok?

Kos untuk seorang (Day 1):

Tambang bas ke KLIA2: RM 11.00
Tambang tiket Air Asia: RM 72.92
Vietnamese Banh Mi Sandwich: RM10

Supir (4 hari): IDR 400,000
Kartu & Pulsa Simpati: IDR 65,000
Total semua tiket masuk wisata + Parking: IDR 22,000
Camera fees: IDR 2,000
Tips Guide: IDR 5,000
Makan minum: IDR 23,000
Shopping: IDR 65,000

Total kemusnahan setakat ini: RM93.92 + IDR 582,000

Entry Day 1 - Jogja Trip
Entry Day 2 - Jogja Trip
Entry Day 3 - Jogja Trip













You Might Also Like

2 comments

  1. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..

    Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
    (pakej lain sila whatsapp)

    Day 1
    ● Tebing breksi
    ● Kotagede (kilang silver & chocolate)
    ● Parangtritis beach
    ● Manding (leather arts)
    ● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)

    Day 2
    ● Merapi lava tour
    ● Borobudur temple
    ● Kalibiru

    Day 3
    ● Timang beach
    ● Cave tubing pindul
    ● Pinus Forest
    ● Bukit bintang

    Day 4
    ● Drop off to airport

    Harga bermula dari:
    RM 589 (ALL IN)*
    RM 439 (exclude hotel)*

    *kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
    * kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal


    Pakej termasuk
    ● Kereta Sewa AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
    ● Hotels *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
    ● Supir / Pemandu
    ● Makan supir
    ● Parking
    ● Entrance fee sesuai itinerary
    ● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
    ● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
    ● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
    ● Air mineral
    ● Insurance

    Exclude:
    ● Airport taxes
    ● Gondola ride bilamana pergi timang
    ● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
    ● Menu tambahan untuk dinner / lunch
    ● Tips untuk driver (seikhlasnya)

    Note:
    Harga dapat berubah setiap masa
    Harga tidak berlaku bagi high season

    >>> Untuk pakej pelanconga jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
    >>> Email: ganeshabantul@yahoo.com
    >>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)

    Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb


    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera Tuan/Puan, semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki (aamiin).. Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung/Jakarta/Jogja. Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta/Jogja dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
    WhatsApp : +6282282222896
    WhatsApp : +6282214441280
    WhatsApp : +6282280000071
    Call : +6282280000071
    Call : +6282282222896
    Call : +6282214441280
    Email : dhanibandung@yahoo.com
    Blog : melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
    Website : www.Dhanitourindonesia.com Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Allah kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang… Kami pun menyediakan paket Transport dan Hotel.
    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung/Jakarta/Jogja.
    Kami menyediakan pakej Transport dan Hotel, Pakej Full Board.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik Dhani Tour Bandung Transport… (Insya Allah) Jom mari melancong diBandung/Jakarta/Jogja Murah sahaja..
    Terimakasih

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook