Buang lemak degil dengan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro
4:19 am
Stress dengan lemak degil lagi
tepu yang terperangkap dalam tubuh badan korang? Tipu lah kalau takde rasa
kisah langsung dengan lemak degil korang tu. Cuba berdiri depan cermin. Tengok
spare tyre kat perut, peha, lengan rasa macam eeeeee menyampahnya! Kalau ada Nampak
jelas selulit lagi lah rasa malu je semua tu melekat kat badan kita. Hah untuk
dapatkan tubuh badan menarik dengan membuang lemak dan selulit korang yang
bertahun korang kumpul tu, kombinasi rawatan terapi Cryo-Lipolysis menggunakan
teknologi baru Zimmer Z Lipo dan Z WavePro adalah pilihan paling tepat!
Tanpa pembedahan, langsung tiada
rasa sakit, tiada side effect dan tiada ubat-ubatan mahupun cucuk sana sini,
Zimmer akan bantu korang membuang lemak dan selulit di tubuh badan korang. Hah,
seronok je dengar kan untuk yang takut jarum tu? Cryo-Lipolysis menggunakan
Zimmer Z Lipo adalah selamat digunakan dan diyakini efektif. Zimmer Z Lipo akan
mengurangkan lemak korang, dan kawal lemak-lemak tu semua dalam jangka masa
yang panjang sebab proses ni akan slowly pecahkan sel-sel lemak dalam tubuh
badan kita. Sel lemak mati akan hilang secara semulajadi melalui lymphatic
system dalam jangka masa selama 8 hingga 12 minggu. Hah apa tu? Lymphatic
system ni ialah satu network of tissue dan organ yang akan membantu menyingkirkan
toksin, bahan buangan dan segala bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam tubuh
badan kita.
Berkesempatan untuk cuba
treatment Zimmer Z Lipo dan Z WavePro di The Life Clinic, Jalan Batai, Damansara
Height baru-baru ini bersama Dr Serina. Masa datang Dr Serina consult dulu and
brief tentang treatment ni. Lepas tu kita bagitahu which part kat badan kita
yang kita rasa sangat concern untuk buang lemak. Antara kawasan-kawasan yang
boleh buat treatment ialah perut, pinggang, pinggul, belakang, bahagian dada
lelaki, peha, dan lengan. Sah sah la seketul Neyra memilih tummy belly yang
penuh lemak degil. Lepas tu masuk bilik treatment, terus salin baju, dan baring
atas katil je. Haha! Menyerah diri untuk membuang lemak degil di perut yang
selalu mintak makanan macam ada saka je dalam tu. Mati lah semua saka lemak
itu. Ada 4 step treatment Zimmer Z Lipo ni yang ambil masa kira-kira satu jam. Step-step Zimmer Z Lipo Treatment
ialah:
Gelpad
yang sangat sejuk akan diletakkan terlebih dahulu di bahagian yang kita nak
buang lemak tu lepas tu baru dia letak applicator dan cooling process akan
dimulakan.
Masa
ni segala perasaan ada. Haha! Masa ni boleh rasa lah mula-mula tu macam mana
sel lemak bertindak balas dengan kesejukkan terlampau. Kesian, mesti lemak tu
terkejut kan? Hah feel dia masa tu macam applicator tu sedut-sedut lemak kita.
Mula-mula je lah rasa, lepas tu kalau lemak korang tebal sangat, tempat tu akan
kebas dan tak rasa apa-apa dah.
Proses
singkirkan lemak! Lemak degil tu semua akan disingkirkan secara semulajadi
selepas habis treatment.
Korang
akan dapat tengok hasilnya dalam masa 8 hingga 12 minggu dan akan datang follow up
semula hasilnya dengan doctor yang rawat kita.
Ya, ternyata memang tidak sakit
langsung lepas habis treatment Zimmer Z Lipo ni. , memang ternyata takde side
effect atau rasa sakit langsung! Kalau ada pun masa treatment tu macam kena
gigit semut je. Tapi kalau lemak korang tebal, sah korang takkan rasa apa. Haha!
Side effect treatment ni pada badan saya memang takde apa-apa pun yang jelas.
Merah ke lebam ke apa memang takde tapi mungkin bergantung kepada individu
jugak. Ye lah, badan orang kan lain-lain.
Selesai je rawatan Zimmer Z Lipo,
mereka teruskan dengan rawatan Zimmer Z WavePro. Z Wave ni akan buat kulit lebih
smooth dan contouring bentuk badan untuk kelihatan lebih baik dan opkos lah
untuk lebih cantik! Zimmer Z WavePro ini biasanya akan di aplikasikan untuk membuang
selulit, menegangkan kulit, membaikpulih parut atau stretch mark, dan mestilah
membantu untuk membuang lemak dengan cepat kalau bergabung dengan Zimmer Z
Lipo.
Ya, masih di kawasan yang sama,
Zimmer Z WavePro di aplikasikan ke kawasan perut saya dan masa mula-mula dengar
bunyi machine tu macam gerun jugak. Rupanya tak sakit pun. Haha! Tiada downtime
after treatment, tidak membahayakan, efek tahan lama, result yang sangat nyata,
dan telah diuji secara klinikal. Ujian klinikal membuktikan perbezaan ruang di
antara dua peha sangat berbeza sebelum dan slepas menggunakan rawatan ni, dari
1 cm ke 7 cm. Perubahan yang sangat nyata boleh dilihat selepas 2 hingga 3
sesi. Ada jugak ujian klinikal yang dibuat membandingkan hand massage dengan
shockwave technology memang ternyata 44% lapisan lemak lebih banyak
disingkirkan menggunakan Z WavePro berbanding urutan secara manual menggunakan
tangan. Dan tentunya result yang lebih bagus akan terhasil kalau korang try
kedua-dua Zimmer Z Lipo dan Z WavePro!
Hah amacam? Nak kurus tanpa rasa
sakit? Kalau korang nak try buat rawatan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro ni boleh
terus hubungi:
The Life Clinic
Lot 6-2A, First
Floor, Plaza Batai,
Jalan Batai,
Damansara Height,
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-2856 9292
0 comments
drop your comment here!