­
Pokka: Minuman Terbaik Pilihan Seisi Keluarga - ieyra.com

Pokka: Minuman Terbaik Pilihan Seisi Keluarga

7:37 am


Masa first time travel ke Singapura dulu, punya lah budget ketat. Punya jimat tak beli makanan langsung tapi saya cuma sebotol Pokka Milk Coffee dan air mineral. Itupun demi nak hilangkan dahaga lepas jalan kaki banyak sangat sambil bawak 10kg backpack. Makanan pun tak beli masa tu cuma makan apa yang ada dalam bag. Dapat Pokka Milk Coffee masa tu rasa bersyukur sangat dah. Fuh lega...dan sejak tu, minuman keluaran Pokka terutamanya Pokka Milk Coffee memang jadi faveret sebab rasa kopinya memang lain! Patutlah kawan cakap Pokka Milk Coffee tu Kopi No. 1 ready to drink yang laku keras jualannya di Singapura!




Sebenarnya Pokka ni banyak jenis. Bukan kopi je tau! Masa mula business minuman Pokka ni dulu, cuma air tin je ada tapi sekarang dah lebih 60 jenis minuman keluaran Pokka Corporation (Singapore) Pte. Ltd. dihasilkan untuk pasaran Malaysia dan Singapura. Pelbagai bentuk bungkusan atau packaging minuman Pokka ni ada di pasaran sekarang. Dengan kategori Asian Tea, Western Tea, Coffee, Milk, dan Fruit Juice, memang kalau korang tengok senarai minuman Pokka ni boleh jadi rambang mata jugak nak try mana satu hah. Minuman keluaran Pokka memang sentiasa menjadi pihan ramai sebab pelbagai jenis minuman yang dihasilkan memang tiada bahan terlarang, pewarna tambahan, kopi yang dibru dari biji kopi asli, dan paling penting HALAL!



Kopi Pokka sentiasa menjadi pilihan hati saya terutamanya bila nak stay up, nak segarkan mata mengantuk malam-malam buat kerja, atau pun ketika travel. Sebab selalunya saya tak suka kopi yang terlalu pahit atau manis, tapi aroma Kopi Pokka yang macam baru lepas dibru ni memang buat saya jatuh cinta! Ye la, charcoal roasted coffee beans kot! Rasa kopi Pokka pun tak manis, tak pahit,  tak rasa susu sangat dan memang sesedap rasa anak tekak saya. Gituh kan. Setahu saya, setiap biji kopi yang digunakan memang premium dan berkualiti tinggi dipilih sebelum diproses. Lepas tu diprosesnya pulak kopi tu elok-elok sebelum Kopi Pokka dihasilkan!

 

Tapi faveret saya sepanjang zaman tentunya Pokka Jasmine Green Tea! Saya punya addicted dengan Jasmine Green Tea ni memang tak dapat dibendung langsung sampai pakwe pun selalu pelik sikit-sikit Green Tea. Dia mana boleh tahan haha! Tahu kenapa teh hijau sangat bagus untuk kesihatan? Sebab kandungan polyphenols di dalam teh hijau bertindak sebagai anti-oksida semulajadi. Selain itu, teh hijau memang sangat membantu menguatkan jantung, melindungi arteri jantung, mengelakkan kanser, mengurangkan risiko darah tinggi, membantu untuk mengurangkan proses penuaan, dan baik untuk menguatkan minda, tubuh badan dan gigi!

Pokka Jasmine Green tea dihasilkan 100% dari daun teh hijau premium terpilih untuk mengekalkan rasa dan aroma teh hijau yang sebenar. Dengan tanpa gula dan tanpa kalori, memang terasa keenakkan teh hijau jasmin keluaran Pokka ni. Dan semestinya tiada bahan terlarang atau pewarna tambahan maka memang sesuai diminum seisi keluarga. Lagi sedap kalau sejuk gituh!

Jom minum POKKA! Memang terbaik untuk hilangkan haus, dan enjoy chill chill dengan kawan-kawan masa lepak. Untuk sebarang maklumat tentang Pokka boleh layari website www.pokka.com.my atau Facebook POKKA Malaysia






You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook