­
Short getaway ke Resort Suites Hotel di Bandar Sunway - ieyra.com

Short getaway ke Resort Suites Hotel di Bandar Sunway

6:14 am


Hari Khamis lepas memang over-stress dengan kerja, so terus decide nak pergi bercuti esoknya dengan Farah ke Resort Suites Hotel yang terletak di Bandar Sunway. Lagi best sebab ada anniversary promo package sekarang ni, dengan harga serendah RM399 dapat tido kat Deluxe King Studio Room dan dua keping tiket ke Sunway Lagoon! Harga biasa pun dalam RM490 dan lepas kira-kira kalau beli tiket Sunway Lagoon asing pun kena bayar RM120 per tiket, maka apa lagi, memang jadi short weekend getaway lah untuk kitorang release tension Jumaat tu. Terus teruja balik kerja menuju ke Bandar Sunway. Dari KL Sentral boleh naik LRT ke USJ7 atau KTM ke Setia Jaya. Lepas tu naik BRT ke Sunway Lagoon. Kos saya naik LRT dan BRT cuma RM 7.10. Murah kan? Best Resorts Suite ni sebab easy access menggunakan public transport. Jimat masa tak perlu hadap trafik jem Jumaat.



Dari station BRT, turun je escalator depan Surf Beach Sunway Lagoon tu terus belok kanan menuju ke Pyramid Tower yang tinggi tu. Satu-satunya bangunan tertinggi di Bandar Sunway ni dan lokasi strategik terletak bersebelahan dengan Sunway Pyramid Mall. Resort Suites Hotel terletak di Tingkat 12, dan untuk ke tingkat 12 dari Lobby bawah tu terus ke Concierge Resort Suites Hotel di Tingkat B1 menggunakan tangga kat sebelah laluan menuju ke Sunway Pyramid Mall di Lobby tu.  Hah dari situ boleh check booking no dengan staff kat situ, dan dia akan bawa kita naik lif ke Reception Resort Suites Hotel di Tingkat 12. Yang bawa kereta lagi senang kalau parking je terus kat B1 tu. Parking pun murah cuma RM7 flatrate per entry!





Selesai urusan check-in dengan staff yang sangat friendly di front-desk tu, terus saya ke tingkat 18. Bilik saya jenis Deluxe King Studio dan masa bukak pintu tu terus teruja tengok BESAR GILA BILIK! Hah, lengkap dengan hot shower dan bathtub, serta dapur untuk memasak dan ruang tamu. Memang besar. 30 minit jugak lah duk jakun belek apa ada dalam bilik tu. hahaha! Siap buat video lagi punya teruja nak share dengan followers di Instagram @neyrashazeyra kan. Followers perlu tahu tentang bilik yang awesome ini konsepnya. Hahaha! First impression, saya terus jatuh cinta pandang pertama dengan keluasan bilik, dan kekemasan susun atur bilik ni. Tetibe rasa macam nak ada rumah studio je. Nampak luas, tapi lengkap segalanya.

Katil bersaiz King dan enam biji bantal menanti kami untuk terus terjun ke tilam lepas penat kerja seharian. Ada pulak TV dan DVD Player kat situ. Rasa menyesal tak bawak DVD boleh buat Girls Night layan movie kat Resort Suites Hotel ni. Kitorang ada ajak Sue join sekali baru meriah sebab King Size Bed kan boleh je muat 3 orang tidur, tapi tu lah dia busy pulak. 

 



Di bahagian dapur, memang lengkap serba serbi. Pernah je tidur suites hotel yang lain dengan keluarga tapi tak pulak selengkap ini perkakasnya. Saya bayangkan cuma ada peti ais dan microwave je tapi lengkap dengan rice cooker, induction cooker, water kettle, toaster, peti ais dua tingkat, microwave, sudu grafu, pisau, pinggan mangkuk, dan segala periuk belanga hah. Boleh memasak ye kat sini! Sekali lagi, jimat duit untuk bab makan. Tapi kalau malas sangat pergi je lah makan kat Sunway Pyramid sebelah tu hah. Hahaha!

Fasiliti lengkap bahagian dapur ni memudahkan untuk keluarga yang datang bercuti lah khususnya, boleh memasak dan makan bersama di meja makan. Lagi-lagi kalau bawak ibu bercuti ke Resort Suites HotelHotelni ni sah sah lah dia sakan memasak. Bukan dia suka makan breakfast kat hotel ke apa. Tak puas katanya. Biasalah mak-mak kan.

 



Masuk bathroom pun boleh tahan teruja jugak saya menjerit dengan Farah, Ada bathtub! Boleh lah relaxing dalam bathtub dengan buih-buih sabun ye tak? Lengkap siap ada hair dryer memang I likeeee! Ye la kadang-kadang susah nak keringkan rambut tau kalau takde hair dryer. Jangan tanya lah kenapa lama betul masing-masing mandi malam tu! Berendam dalam bathtub tu satu hal dah. Hahaha!

 

Lagi satu benda best bilik saya tu, ada balkoni! Tapi awas, dilarang merokok di balkoni ye abang-abang sekalian. Hah dari balkoni saya, memang city view lah. Lepas tu memang eksaited tengok sunset petang tu . Disebabkan bilik saya terletak di Tingkat 18, dan bangunan ni yang tertinggi di Bandar Sunway maka indahnya pemandangan tanpa halangan mana-mana bangunan tinggi kat sekeliling. Tetibe feeling ada kat Egypt sebab nampak Pyramid seketul! Hahahaha. 

 

 

Malam tu lepas makan di Sunway Pyramid Mall, sempat jalan-jalan di kawasan Lobby di Tingkat 12. Wah ada self-laundry! Mudah lah kalau nak basah mandi kat Sunway Lagoon boleh terus wash and dry baju-baju basah semua tu kan? Harga pun harga normal macam self-laundry kat luar sana. RM 7 wash dan RM 5 dryer untuk maksima 11 kilogram pakaian! Sambil basuh baju boleh layan view dari tingkap tepi tu pulak. Memang cantik view malam dari situ. Rasa pulak fresh air malam, memang layan lah angin menerpa muka. Boleh lah tunggu siap baju yang dibasuh dan dikeringkan sambil layan view malam tu.



Oh ya untuk tetamu Resort Suites Hotek, ada private gym dan fitness centre juga ye. Boleh workout besama teman ye lah nak bercuti pun kesihatan kena jaga. Takde lah abaikan kesihatan gituh. Memang lengkap fasiliti gym di Resort Suites Hotel ni semua ada! Best gila kan?



Esok paginya kami bangun dan siapkan sarapan pagi sambil bersiap untuk ke Sunway Lagoon. Tapi kami terus checkout sebab kang tak enjoy pulak kan rushing je nak have fun di Sunway Lagoon tapi kepala duk fikir hal checkout. Bestnya, kalau korang verify flat rate parking di Resort Suites Hotel, boleh keluar dah bila-bila masa. Mudah, kalau tidur satu malam di Resort Suites Hotel, terus checkout pagi esoknya, verify parking siap-siap, lepas tu enjoy di Sunway Lagoon! Kan tenang je hati nak berseronok. Memang dari pagi hingga ke petang kami mandi manda kat Sunway Lagoon tu.

 

Ada beberapa pakej anniversary di Resort Suites Hotel Bandar Sunway ni. Tapi dengan harga serendah RM399 untuk semalam di Deluxe King Studio dan 2 tiket dewasa Taman Tema Sunway Lagoon memang sangat berbaloi harganya:

One night stay with 2 Adult tickets

Deluxe King Studio Weekday: RM 399 (Normal Rate: RM 510)
Deluxe King Studio Weekend: RM 449 (Normal Rate: RM 560)

Two night stay with 2 Adult tickets

Deluxe King Studio Weekday: RM 599 (Normal Rate: RM 710)
Deluxe King Studio Weekend: RM 699 (Normal Rate: RM 760)

One night stay with 2 Adult tickets + 1 Child Ticket

Executive King Studio Weekday: RM 529 (Normal Rate: RM 720)
Executive King Studio Weekend: RM 579 (Normal Rate: RM 770)

Two night stay with 2 Adult tickets + 1 Child Ticket

Weekday: RM 729 (Normal Rate: RM 920)
Weekend: RM 829 (Normal Rate: RM 970)


Untuk sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Resort Suites Hotel, Bandar Sunway di talian +603 76117679 atau +60175007679 dan buat tempahan sekarang di www.resortsuites.com.my!

Jangan lupa untuk Like & Follow Facebook Resort Suites dan Instagram @resortsuites untuk latest updates okayh!





You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook