Travel: Jogjakarta Trip - Cavetubing Goa Pindul, Gondola Pantai Timang & Pantai Parangtritis (Day 4 & Day 5)
2:52 am
Hari ketiga lebih kepada masuk hutan dan gunung ganang, maka hari keempat di Jogja kami main air! Memang sengaja susun itinerary semua part basah-basah di hari-hari terakhir. Kami pagi tu macam biasalah dah masuk hari keempat semua dah macam lembik malas bangun. Pak Salim je bangun awal katanya tak biasa tidur atas tilam empuk tapi dia happy bebenor dapat tido hotel 5 stars uolls. Hahaha! Pagi tu kami lek lek je breakfast dulu sambil dengar bebelan Pak Salim, "udah lambat dong mau ke Goa Pindul" . hahahhaha kalau dah dua tiga round makan memang sangkut berejam la!
Destinasi pertama kami di hari keempat ialah Goa Pindul dengan hajat hati nak cave tubing. memang eksaited belaka walaupun malam sebelum tu hujan lebat, entah macam mana konsidi sungai waktu tu. Ya, ternyata...sungai air keruh! Tak secantik gambar kawan-kawan yang ke Goa Pindul. Sobs. Kami ambil pakej Cave Tubing Goa Pindul + Body Rafting Oya, IDR 90,000 seorang di Gelaran Indah Goa Pindul. Pak Salim yang bawa kami ke sini. lepas tu kami tambah upah photographer masa cave tubing IDR 100,000. Dalam IDR 20,000 seorang je. Lepas tu menyesal tak amek untuk sesi body rafting sekali. hahaha! Oh ye, sini parkir pun IDR 10,000 ya!
So mula mula tu lepas pergi tandas ke apa yang patut, kami terus dibawa naik lori pikap tu untuk ke kawasan sungai Goa Pindul. Ada part kena jalan sikit, usung bawak pelampung bagai. Bertambah lah muscle masing-masing hah.
Sampai je kawasan sungai, memang terus semua eksaited walaupun nampak air sungai macam air teh tarik waktu tu. Hahaha! Pelampung ni kami kena pegang each other tali tu. Terlepas je gelabah masing-masing hah. Tapi takde hal lah ada 2 orang abang tour guide dan 2 orang abang photographer jaga kitorang. Life jacket pun pakai kan so selamat je semua. Abang ni semua akan heret kami masuk ke Goa Pindul slow slow.
Goa Pindul ni terletak di Desa Bejiharjo, di Gunung Kidul Jogjakarta,Goa Pindul ni merupakan salah satu gua yang terdapat aliran sungai bawah tanah yang memanjang dari awal sampai akhir. Hah jangan tak tahu Goa Pindul ni banyak kisah lagenda dan mistik jugak. Tapi banyak sangat lagenda korang google je lah. Abang tour guide kami pun tak cerita satu-satu hahaha! Dan sebenarnya Goa Pindul ni baru je ditemui orang ramai sekitar tahun 2010. Dulu kat sini macam tempat pembuangan sampah, dan dipenuhi sarang kelawar je tapi usaha orang kampung kat sini bersihkan sungai dan gua ni, terus jadi cantik, bersih dan jadi wisata terus. Panjang Goa Pindul ni ialah 350 meter, dan lebarnya 5 meter, Jarak permukaan air dan langit gua pulak 4 meter dan kedalaman air boleh mencecah sehingga 12 meter!. Jom tengok apa ada dalam Goa Pindul.
Batu Mutiara
Dalam Goa Pindul ni memang banyak stalagtit dan stalagmit yang masih aktif dan tidak aktif. Salah satunya macam kat gambar atas ni, Stalagtit Batu Mutiara. Kononnya air yang menitis dari Batu Mutiara ni kalau jatuh ke muka, boleh buat wajah kita cantik dan awet muda untuk kaum wanita. Batu stalaktit ni memang masih lagi aktif dan katanya berumur beratusan tahun.
Batu Perkasa
Hah ini pula ialah Stalagmit Batu Perkasa yang ada mitos mengatakan kalau kaum lelaki pegang Batu Perkasa ni, lelaki tu akan jadi lebih kuat dan gagah perkasa. Sebab katanya dulu dibelakang tu tempat orang bertapa. Tapi ye lah semua ni mitos. Hahaha!
Kat belakang kami tu, ialah Soko Guru atau Tiang Penyangga Goa. Batu stalaktit ni memang yang terbesar dalam Goa Pindul ni dan katanya batu yang mempunyai ukuran keempat terbesar di dunia! Ukuran batu ni kira-kira bersamaan dengan 5 peluk lelaki dewasa dan batu ni tergantung 4 meter di bawah permukaan air. Diingatkan, selepas tu kami masuk ke kawasan Goa Pindul paling gelap, dan memang biasanya guide akan matikan lampu sebab katanya bagi peluang berdoa. Kepercayaan mereka, kat sini lah doa cepat termakbul. Gituhh. Tapi hati-hati tau? Kat kawasan gelap ni jugak lah kedalam air mencecah sehingga 12 meter! Memang sangat dalam.
Dah nama pun kawasan gelap, maka kat sini lah banyak kelawar berkumpul. Memang comel-comel je tapi jangan risau mereka tak ganggu korang pun. Mungkin sebab tu jugak guide tutup lampu sebab kelawar takut vahaya so taknak lah macam menganggu mereka kan?
Batu Kolong Kecil
Batu Muka Hantu
Batu Tirai
Hah lepas tu jumpa pulak batu tirai terbesar di Goa Pindul. Sama je macam batu stalaktit yang lain cuma bentuknya melebar dan berlapis gituh. Dan menariknya kalau disuluh cahaya lampu macam ada cahaya kristal gituhhh di Batu Tirai ni. Chandelier Goa Pindul la ni.
Lepas tu baru nampak cahaya kebenaran haha! Raf yang takutkan kawasan gelap dan sempit menarik nafas lega masa ni. Mesti dia cuak gila dah la duduk hujung sekali. Hah ini lah hidden pradise of Jogja katanya atau dipanggil sumur terbalik. Cahaya syurga memancar masuk ke lantai gua. Tapi aklau datang tengah hari macam kitorang ni harapan la nak nampak cahaya tu cantik. kena datang sebelum 10 pagi okayh!
Kat kawasan ni, guide suruh kitorang turun dari pelampung tapi sebab Yazid dan Fuad je pandai berenang, diorang je turun. Kat sini boleh la spend time lama untuk ambil gambar, berenang, dan melompat terjun ke sebab kat sini kedalaman air cuma 1 meter.
Lepas tu semua ke pintu keluar gua yang dipanggil Mata Air. Masa ni Yazid dan Fuad terus berenang je sampai habis udah macam dugong aku tengok. Kitorang stay je atas pelampung hahahaha! Masa ni menyesal jugak photographer tugas sampai sini je. Hahaha! Sebab masuk je body rafting Oya kami takde dah gambar. Gituh. Sebab kena pegang pelampung kiri kanan, mana nak pegang go pro ke, phone kat leher ke. Harapan.
Kami menaiki lori lagi lepas tu sebab jarak Goa Pindul dan Sungai Oya ialah 1 KM. Hah kat sini memang adventure. Lagi lagi baru lepas hujan lebat kan. So paham-paham je la kondisi sungai. Saya siap nak terjatuh masa masuk sungai dan terkial-kial nak duduk atas pelampung. Di Body Rafting Sungai Oya ni kami masih duduk atas pelampung cuma kali ni, arus deras sungai yang akan menolak kami dan terus bergerak. Hah macam water rafting la!
Panjang Sungai Oya ni 1500 meter, pada musim kemarau, dan 3 hingga 6 kilometer ketika musim hujan dan ambil masa kira-kira sejam jugak lah. Kedalaman air pun 1 hingga 12 meter so kami memang tak berani langsung lepaskan pelampung masing-masing. Arus memang sangat deras. Hah sepanjang body rafting ni la baru rasa menyesal hahahha! Menyesal tak amek photographer sebab feeling dia macam canyoneering kat Cebu dulu. Tebing Sungai Oya semua macam Green Canyon. memang sumpah cantik.
Sampai di kawasan air terjun kami berhenti untuk mandi manda, ambil gamabr atau apa saja. Bebudak ni buang tebiat terjun dari clliff . Tinggi 4 meter atau 9 meter jugak lah. Ada dua jenis cliff. Masa ni dah penat so malas nak terjun macam kat Cebu dulu hahaha! Lama jugak la mandi kat sini walaupun matahari panas terik dah masa ni. Kat Goa Pindul ni lah paling teruk sunburn! hahaha.
Dah keluar dari kawasan Sungai Oya, kami terus naik pajero atau lori tu dan terus ke kawasan mula tadi. Mandi, tukar baju apa semua ye kena bayar lagi! IDR 2,000 ye tandas hahahhaa! Dah bersihkan badan apa semua, amek DVD gambar dan terus menuju ke lokasi seterusnya. Hah ni nak cerita ni. Kalau dah amek DVD tu tolong lah check dulu. Kami punya jujur je percaya. Sekali DVD corrupted! Mula-mula sedih jugak. Tapi nasib baiklah Pak Salim kenal orang kat Gelaran Indah Goa Pindul ni so bersemangat hari-hari sms (sebab mereka takde whatsapp) mintak carikan gambar. Alhamdulillah masih ada tapi mereka pos biasa je ke alamat rumah so sebulan kemudian baru dapat gambar. Hahahaha! Sebab tu tak update lama betul entry ni.
Lagi satu, dua minggu lepas kami melawat Goa Pindul ada orang mati kat dalam tu. Ada orang cakap, guide tu mati sebab dia nak amek barang yang terjatuh. Tapi dah menyelam tak muncul. Dua hari kemudia baru jumpa tersepit kat dasar sungai padahal tak dalam pun tempat dia lemas tu. Mereka percaya, penunggu Goa Pindul mencari mangsa. Huh scary~~
Di Pantai Timang, Jogja! Tiga tahun lepas tengok Barefoot Friends berlakon kat sini, teruja gila nak try. So setahun lepas tu book tiket Jogja, tahun satu lagi baru sampai. Nampak tak sampai dua tiga tahun baru impian tercapai? Haha! Sanggup lah bayar IDR200,000 untuk naik gondola tu ha. Ye lah rugi tak try walaupun menangis jugak dengar harga gondola tu. Masa ni cuma saya, Yazid dan Fuad je ke seberang sana. Oh ye, parkir dan fees masuk sini semua sekali IDR 30,000 so lepas bahagi 5 orang dalam IDR 6,000 seorang. Azabnya Pantai Timang ni punya lah jauh dan jalan nak ke sini sangat teruk dan mencabar. Selalunya supir takkan masuk sini sebab rosak kereta kan? So biasanya ada motor yang menunggu kat luar untuk bawak tourist masuk sini which is menambah kos lagi. Tapi Pak Salim kan power driving skillnya so dia lenjan je masuk kereta dia. Jimat kos. hahaha! Bayangkan 5 kilometer perjalanan berbatu dari kampung berdekatan ke kawasan ni? Massage bontot weyh!
Kan dah cakap sini kawasan adventure dan memang adventure. Dari parkir ke kawasan atas bahagian gondola tu, macam mendaki sikit dan masa ni pakai selipar je. Tapak selipar tu hancur teruk! Barai weyh sebab batu tajam. Tapi Pantai Timang memang cantik dengan pasir putih, Ada jugak lah tourist duk main tepi pantai kat bahagian bawah sana. Hah diingatkan, semua spot foto sini berbayar! Maka kami tak try pun mana-mana spot foto yang ada. Saya terus menuju ke gondola je.
Di seberang laut ialah sebuah batu yang sangat besar yang mereka panggil Batu Panjang atau Pulau Panjang. Sebenarnya tu batu karang, dengan tebing yang sangat curam. Kat tebing tu lah diorang ni gigih tangkap lobster atau udang karang yang fresh fresh. Hah untuk ke sebarang kena naik gondola tradisional ni yang diperbuat daripada kayu dan tergantung je dengan tali-tali. Memang kuat lah tali ni dan gondola ni digerakkan dengan tenaga manusia. Dua orang akan berada di pulau tu, dua orang lagi kat kawasan darat. Lepas tu diorang tarik tali tu bersungguh sampailah gondola tu bergerak. Kalau duduk dua orang dalam satu gondola pun boleh weyh. Gila kuat abang-abang Jogja ni. Patut lah mahal kan? Jaraknya cuma 50 hingga 100 meter, tapi paling mencabar part kat tengah laut. Boleh request untuk berhenti tengah2 tu untuk ambil gambar ke apa tapi kalau time ombak kuat memang basah lah korang hahaha!
Dari Pantai Timang kami singgah ke rumah salah seorang pengasas Gondola Pantai Timang ni. Ada 6 orang pengasas semuanya. Kat sini memang awesome. Pakcik tu bela lobster hidup yang dia tangkap kat Pantai Timang tu, dalam rumah dia weyh! Kami ke sini untuk makan sebenarnya ye lah dah penat kan. I kilogram lobster kat sini harga IDR 400,000 dan ada 5 ekor je mana cukup. So kami order 1.5 kilogram lobster iaitu 9 ekor semuanya dengan harga IDR 600,000.
Wife pakcik tu akan masa satu set ada nasi, lobster masak masam manis, tempe goreng, sayur goreng, dan ulam-ulaman untuk kami termasuk air minuman, Sebab saya tak makan nasi, siap boleh order pulak Mie Goreng! Fuh memang terbaik lah dengan Pak Salim kami belanja makan lobster. So total dalam IDR 120,000 sorang makan masa tu. hahahahaha mahal la sikit tapi puas hati. Ada ke harga kat KL macam ni untuk 9 ekor lobster? Hah rugi tak try tau sebab memang fresh gila lobster kat sini. Manis!
Pulang dari Pantai Timang dan melantak lobster, kami ke Pantai Parangtritis untuk membuang masa haha! Parkir kat sini IDR 10,000 ye. Dan katanya pantai ni cantik sebab pasirnya hitam? Woahh. memang hitam dan panjang jugak pantai ni. Dari atas flight, memang akan nampak persisiran pantai hitam ni. Kononnya kami nak layan sunset kat sini tapi awan mendung, main pasir je la. Sempat lepak minum air soda gembira IDR 8,000 punya mahal air kat tempat ni. Lepas tu kami balik ke Kota Jogja. Shopping sedikit sebanyak untuk bawak pulang esoknya. Entah apa shopping entah sampai IDR 300,000 jugak lah hahaha!
Hari terakhir kami di Jogja, pagi sempat la buat aktiviti di hotel tapi tengah hari hujan lebat maka kami cuma lepak hotel sampai petang kemudian Hyatt Regency Yogyakarta hantar kami ke airport guna shuttle mereka. Basically hari terakhir tu tak belanja apa pun selain jalan-jalan sekitar hotel. Boleh baca review apa yang menarik di Hyatt Regency Yogyakarta. Kami sempat la jugak main golf, dan naik kereta kuda je pagi tu. Apa pun, Jogja memang best! Dan banyak lagi tempat menarik sebenarnya so 5 hari tu macam kejap je. Sobs. Oh ye terima kasih jugak Pak Salim jadi supir terbaik. Sebelum balik tu kami duk kira-kira kos sharing makan Pak Salim selama 4 hari rental dengan dia, dalam IDR 50,000. Bahagi 5 orang baru IDR 5,000 seorang haha! Tak sabar nak travel lagi. Any soalan boleh komen or tinggal kan message kat contact form ok?
Pulang dari Pantai Timang dan melantak lobster, kami ke Pantai Parangtritis untuk membuang masa haha! Parkir kat sini IDR 10,000 ye. Dan katanya pantai ni cantik sebab pasirnya hitam? Woahh. memang hitam dan panjang jugak pantai ni. Dari atas flight, memang akan nampak persisiran pantai hitam ni. Kononnya kami nak layan sunset kat sini tapi awan mendung, main pasir je la. Sempat lepak minum air soda gembira IDR 8,000 punya mahal air kat tempat ni. Lepas tu kami balik ke Kota Jogja. Shopping sedikit sebanyak untuk bawak pulang esoknya. Entah apa shopping entah sampai IDR 300,000 jugak lah hahaha!
Hari terakhir kami di Jogja, pagi sempat la buat aktiviti di hotel tapi tengah hari hujan lebat maka kami cuma lepak hotel sampai petang kemudian Hyatt Regency Yogyakarta hantar kami ke airport guna shuttle mereka. Basically hari terakhir tu tak belanja apa pun selain jalan-jalan sekitar hotel. Boleh baca review apa yang menarik di Hyatt Regency Yogyakarta. Kami sempat la jugak main golf, dan naik kereta kuda je pagi tu. Apa pun, Jogja memang best! Dan banyak lagi tempat menarik sebenarnya so 5 hari tu macam kejap je. Sobs. Oh ye terima kasih jugak Pak Salim jadi supir terbaik. Sebelum balik tu kami duk kira-kira kos sharing makan Pak Salim selama 4 hari rental dengan dia, dalam IDR 50,000. Bahagi 5 orang baru IDR 5,000 seorang haha! Tak sabar nak travel lagi. Any soalan boleh komen or tinggal kan message kat contact form ok?
Kos untuk seorang (Day 4 & 5):
Total tiket masuk wisata + parking: IDR 302,000
Foto Goa Pindul: IDR 20,000
Makan minum: IDR 128,000
Shopping: IDR 300,000
Makan minum supir (4 hari): IDR 5,000
Makan minum supir (4 hari): IDR 5,000
Total kemusnahan setakat ini:
RM93.92
+ IDR 582,000 (Day 1)
+ IDR 280,300 (Day 2)
+ IDR 162,800 (Day 3)
+ IDR 755,000 (Day 4)
= RM 93.92 + IDR 1,780,100
0 comments
drop your comment here!