Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavingze International - Peranan dan Pengorbanan Wanita
6:13 amSambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavingze International |
Rasanya belum terlambat lagi saya nak ucapkan SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA kepada semua wanita-wanita hebat di luar sana! Wah beruntung jadi wanita ni kan? Siap ada hari khas untuk menyambut dan memperingati jasa dan pengorbanan kaum wanita. Gituhh…. Hari Lelaki Sedunia ada tak? Haha!
Sebagai seorang wanita (walaupun
takde ler ladies mana but tetap wanita okayh), sebenarnya berat jadi wanita ni.
Banyak peranan seorang wanita dalam kehidupan. Agama Islam sendiri
memerintahkan supaya kita memuliakan kaum wanita baik ibu, isteri, atau pun
anak perempuan sendiri. Rasulullah SAW bersabda; “Barangsiapa yang mempunyai anak puteri, lalu ia mengajarinya dengan
baik dan mendidiknya dengan baik, maka anak itu kelak akan menjadi tabir yang
melindunginya dari api neraka” (Bukhari).
Sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavingze International |
Berkesempatan menyambut Hari
Wanita Sedunia anjuran Stellavingze International semalam di Menara Melilea,
Bangsar South. Stellavingze International ialah sebuah organisasi yang membantu
wanita seluruh dunia untuk mengecapi kebahagiaan. Stellavingze International
yang diasaskan oleh Datuk Setlla Chin yang juga merupakan seorang usahawan
wanita tempatan, dan juga seorang ibu, isteri dan anak yang penyayang. Datuk
Stella sering melihat kecenderungan wanita untuk melupakan cita-cita dan
menjadi suri rumah atau mengejar cita-cita dan terus mengabaikan keluarga di
rumah maka Datuk Stella mencipta sebuah formula kebahagiaan dan menubuhkan
Stellavingze International. Stellavingze International membantu untuk mendidik
wanita dalam menemukan titik keseimbangan dalam kehidupan dan memulakan sebuah
kehidupan yang lebih bahagia. Dan malam tadi, Stellavingze International
berjaya mengumpulkan sekumpulan wanita di Malaysia, dan juga menjemput
wanita-wanita hebat yang dah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan
kemakmuran negara.
Wanita-wanita hebat yang dijemput
ialah Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail, Pengerusi Yayasan
Suara Wanita (YASNITA), Datin Azizan Binti Haji Shariff, Pengerusi Majlis
Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Datin Noor Faezah
Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang, dan Ms Wee Siew
Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International.
Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang |
Wanita bertindak sebagai ibu,
isteri, anak, kakak, adik, sahabat, ketua mahupun pemimpin. Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang
dunia menggambarkan betapa pentingnya peranan wanita dalam kehidupan kita. Datin
Noor Faezah berkata, peranan seorang wanita sangat berpengaruh lebih-lebih lagi
sebagai seorang ibu dalam keluarga. Tanggungjawab seorang ibu untuk memastikan
perkembangan dan pendidikan anak-anak. Wanita lah yang berperanan dalam melahirkan
modal insan yang baik dalam keluarga. Dalam kelembutan menghayun buaian,
terselindung satu kuasa dan kewibawaan mendidik yang luar biasa. Dari buaian
yang dihayun itulah anak-anak akan membesar menjadi generasi berhati mulia,
baik hati, budi pekerti yang tinggi, disegani, dihormati dan berjaya satu hari
nanti. Itulah peranan seorang wanita bergelar ibu dalam mencorak masa hadapan
anak-anaknya dan ianya bukan tugas yang mudah.
Beliau menambah wanita yang hebat mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik. Beliau juga berpendapat wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan kasih sayang yang akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka. Mengulas tentang aktiviti Yayasan Wanita Cemerlang, beliau berkata bahawa insan yang memerlukan amat sukar untuk dicari dan justeru tugas kita sebagai wanita dan rakyat yang bertanggungjawab perlu menemui mereka dalam kumpulan seperti persatuan dan sukarelawan untuk memastikan kadar kemiskinan negara kekal rendah.

Datin Azizan Binti Haji Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai |
Datin Azizan Binti Haji Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai |
Dalam kepimpinan jugak boleh lihat pencapaian kaum wanita kini ada yang sudah mendahului lelaki sehinggakan ada yang sudah diberi kepercayaan unntuk memimpin negara atau memonopoli sistem pentadbiran negara. Tengok lah Hillary Clinton baru-baru ni beri saingan sengit kepada Donald Trump dalam usaha memenangi undian rakyat untuk pelantikan Presiden Amerika Syarikat yang baru. Atau lihat aje bagaimana Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang melantik 15 orang wanita daripada 30 orang anggota kabinetnya. Sekaligus ini membuktikan wanita juga mampu mengendalikan krisis, membuat keputusan dan memimpin negara dan memartabatkan lagi nama wanita di mata dunia. Ala, setiap kejayaan seorang lelaki juga bukan ke berdirinya seorang wanita? Gituhh.
Sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Datin Azizan menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan utamakan keluarga.Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga. Bagi wanita yang berkerjaya pula beliau menasihatkan untuk sekali-sekala adakan sebuah majlis atau jamuan untuk mengeratkan silaturrahim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Datin Azizan juga sempat berpesan wanita perlu bersabar, punya iman yang teguh dan menjaga kesihatan diri walau sesibuk mana sekalipun kita, dan kita perlu terus kuat sebab wanita ni kan multitasking orangnya? Semua pun boleh dan semua pun kita nak buat! Hahaha.
Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA) |
Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA) |
Malam tu juga, Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha juga sempat berpesan kepada seluruh wanita, bahawasanya ilmu dalam diri seorang wanita itu adalah aset penting. Di dalam kehidupan, kita sebagai wanita kena pandai imbangi diri dari segi fizikal, mental dan emosi. Dengan ilmu dan skill yang ada dalam diri juga boleh digunapakai untuk membangunkan atau memajukan hidup kita sekaligus membantu dalam kepimpinan untuk keluarga dan dikalangan adikberadik sendiri.
Beliau mengulas tentang bagaimana beliau mampu membentuk seorang anak yang kecil untuk bercita-cita tinggi dan menyokong sehingga cita-citanya tercapai. Beliau berkata, hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggungjawab sedemikian; melahir, membesarkan, mendidik dan juga memberi sokongan. Tambahan beliau lagi wanita dilahirkan dengan minda yang unik dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa. Tidak seperti zaman yang lalu, wanita kini mempunyai pendidikan dan kuasa untuk mengubah dunia. Seorang wanita yang berpendidikan mampu menjadi pengaruh yang kuat dan contoh akhlak serta budi yang baik. Pentingnya bagi seorang wanita untuk mempunya prinsip dan intergriti serta bijak membahagikan waktu dalam kempimpinan keluarga mahupun organisasi.
Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International |
Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International |
Dalam kehidupan sekarang, wanita bukan je sekadar duduk rumah jadi suri rumah. Semakin ramai wanita yang bekerjaya sekarang. Ms Wee Siew Ling yang sudah 13 tahun bersama Stellavingze International berkata, wanita bekerjaya memang tak dinafikan banyak cabaran. Ye la, kita lah jadi ketua di pejabat, jadi isteri untuk suami, jadi ibu untuk anak-anak di rumah, jalankan tugas sebagai anak untuk ibu bapa lagi. Cukup ke masa kita? Kalau tanya pada diri sendiri, memang tak cukup! Saya yang belum berkahwin pun dah rasa serabut tak cukup masa. Entah kelaut mana study, kerja sebagai pengajar, macam-macam lah lagi. Dan sebab masa tak cukup ni lah, kita kena pandai bahagikan masa kita sebaiknya. Ms Wee Siew Ling juga berkata beliau perlu bijak mengendalikan keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri dan selalunya beliau sering mengorbankan diri sendiri. Time management skill tu penting – bahagi masa untuk keluarga, kerjaya, dan diri sendiri. Susun atur masa, dan badan kena sihat selalu. Kesihatan tersangatlan penting dan sempat Ms Wee Siew Ling sendiri berkongsi formula untuk berjaya dalam kehidupan dari Datuk Stella Chin iaitu pengasas Stellavingze International iaitu:
TAMBAH KASIH SAYANG
TOLAK KEBENCIAN DAN KEMARAHAN
DARAB RASA SYUKUR PADA SEGALANYA
BAHAGI MASA UNTUK PERKARA PENTING
Tujuan sambutan Hari Wanita
Sedunia oleh Stellavingze International ni untuk menggalakkan wanita di
Malaysia keluar dari zon selesa mereka dan mula untuk temui potensi diri untuk
memajukan lagi hidup dan negara. Saya kongsikan disini kalau korang semua berminat untuk menyertai Kursus Stellavingze Smart Star untuk meningkatkan lagi nilai kewanitaan korang tu.
Stellavingze Smart Star bertujuan untuk membantu wanita mengurus diri, kerjaya, perkahwinan, keluarga, anak-anak dan mempunyai kehidupan yang seimbang dan bahagia. Maka, kursus selama 90 hari Stellavingze Smart Star ini merangkumi:
Setelah tamat kurus selama 90 hari bersama Stellavingze Smart Star, seorang wanita yang lebih bahagia akan dilahirkan. Syarat-syarat kemasukan hanyalah diri korang dah bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai seorang wanita, dan perlu menjadi ahli Stellavingze International. Kelayakan yang diperlukan hanyalah mempunyai sijil pendidikan berperingkat diploma atau ijazah, pengalaman selama 2 tahun ke atas, dan tidak mengira status samaada sudah berkahwin atau masih bujang.
Selain itu, demi melahirkan usahawan wanita yang berkredibiliti, Program Stellavingze Guiding Star juga diadakan. Objektif program ini ialah memberi peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan, membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya dan juga mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya.
Di dalam Stellavingze Guiding Star, Stellavingze akan menyediakan kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kuku, menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran dan juga menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja. Dan syarat kelayakan menyetai Stellavingze Guiding Star ialah mempunyai ijazah, berpengalaman dalam bidang korporat selama setahun atau lebih dan berumur diantara 25 hingga 60 tahun. Antara kursus dan latihan Stellavingze Guiding Star:
Saya akui, banyak input saya pelajari malam tu. Semua VVIP malam tu juga banyak memberi inspirasi untuk saya terus maju dan bahagia dalam kehidupan. Terima kasih Stellavingze! SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA!
Stellavingze Smart Star bertujuan untuk membantu wanita mengurus diri, kerjaya, perkahwinan, keluarga, anak-anak dan mempunyai kehidupan yang seimbang dan bahagia. Maka, kursus selama 90 hari Stellavingze Smart Star ini merangkumi:
- Kelas Imej
- Kesihatan dan Kecantikan
- Pembentukan Minda dan Rohani
- Pengurusan Rumah Tangga
- Interaksi Bersama Anak
- Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah
Setelah tamat kurus selama 90 hari bersama Stellavingze Smart Star, seorang wanita yang lebih bahagia akan dilahirkan. Syarat-syarat kemasukan hanyalah diri korang dah bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai seorang wanita, dan perlu menjadi ahli Stellavingze International. Kelayakan yang diperlukan hanyalah mempunyai sijil pendidikan berperingkat diploma atau ijazah, pengalaman selama 2 tahun ke atas, dan tidak mengira status samaada sudah berkahwin atau masih bujang.
Para hadirin Sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavingze International |
Di dalam Stellavingze Guiding Star, Stellavingze akan menyediakan kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kuku, menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran dan juga menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja. Dan syarat kelayakan menyetai Stellavingze Guiding Star ialah mempunyai ijazah, berpengalaman dalam bidang korporat selama setahun atau lebih dan berumur diantara 25 hingga 60 tahun. Antara kursus dan latihan Stellavingze Guiding Star:
- Kelas Imej Perniagaan
- Latihan Skill Perniagaan
- Kursus Ekslusif Home Party MELILEA
- Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan
- Kelas Pengurusan Perniagaan
- Kelas Kualiti Kepimpinan
Sesi memotong kek sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavingze International |
0 comments
drop your comment here!