Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) & Kempen #SeringgitSeribukebaikan
7:33 pm
Lepas ni nak makan je takde dah soalan masalah dunia pertama hidup korang tu : "nak makan apa hari ni? nak makan kat mana?". Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dah pun dilancarkan secara rasmi dengan beberapa fungsi baru yang pastinya memberikan pengalaman unik buat food lover kat luar sana. Dah tentunya aplikasi JJCM ni akan memudahkan hidup korang! Tak perlu bergaduh dengan makwe lagi kalau makwe keliru nak makan mana. Eh?
Diilhamkan daripada program kembara makanan popular TV3, Jalan Jalan Cari Makan, aplikasi ini membolehkan pengguna mendapatkan info-info menarik mengenai tempat-tempat makan menarik yang pernah dikunjungi produksi Jalan Jalan Cari Makan selain beberapa lagi fungsi menarik yang lain. Antara fungsi baru yang menarik perhatian mestilah pelbagai tawaran diskaun dan potongan hebat restoran dan tempat makan seluruh negara menerusi kerjasama dengan Offpeak. Pengguna JJCM boleh mendapatkan diskaun sehinggan 70 % bagi restoran terpilih menerusi paparan “Offpeak Deals” yang akan sentiasa dikemaskini setiap hari. Saya memang pakai aplikasi Offpeak setiap kali nak makan di luar dan kalau dah sekaligus dalam aplikasi JJCM, ni memang bagus!
Aplikasi JJCM juga turut menawarkan fungsi tempahan restoran menerusi kerjasama Media Prima Digital bersama Offpeak. Dengan hanya beberapa langkah mudah, pengguna aplikasi JJCM tak perlu lagi nak membebel kena beratur panjang dan habiskan masa untuk menikmati hidangan kesukaan di restoran kegemaran mereka. Hanya pilih restoran yang mana berkenan di hati, masukkan nombor telefon bimbit, tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung, mereka kemudiannya akan menerima pengesahan tempahan menerusi emel. Segalanya lebih mudah menggunakan aplikasi JJCM ni. Tambahan pula, pengguna tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan fungsi ini. Bayar apa yang mereka makan, tanpa sebarang caj tambahan. Eh mudahnya nak reserve table untuk candle night dinner bersama pasangan. Eh eh kantoi pulak. Tapi ye la, zaman teknologi dihujung jari ni memang mudah semuanya di telefon bimbit je.
Menariknya, aplikasi JJCM telah pun diberi nafas baru dengan rekaan grafik yang lebih menarik dan mesra pengguna. Hah sebenarnya aplikasi JJCM ni dah pun mula menemui pengguna akhir tahun 2015 dan sehingga kini, dah mencatat lebih 250 ribu muat turun. Saya sendiri pengguna aplikasi JJCM ini sejak diperkenalkan kepada saya ketika Karnival MAHA 2016 tahun lepas. Bestnya, dalam aplikasi JJCM ni macam boleh ada chat conversation, bagi komen kedai makan tu sedap ke tidak, Kiranya sebelum decide nak makan situ boleh tengok comments and review orang lain jugak.
Lagi best aplikasi JJCM ni boleh filter macam-macam ikut kehendak kita. Nak halal ke non halal ke, nak western, malay, french apa jenis makanan, nak harga range berapa, dan macam-macam lagi. Hah pastu ingat bebudak wicet je tau search nearby cari awek? Hey food lover kini boleh search nearby restaurant apa nak makan dengan aplikasi JJCM ni, Fungsi ni membolehkan pengguna melihat senarai restoran yang berhampiran dengan kedudukan GPS mereka. Seperti contohnya, sekiranya mereka berada di Damansara, fungsi ini akan memaparkan senarai tempat makan pilihan JJCM yang berada dalam radius Damansara. Aplikasi JJCM juga tidak terhad kepada tempat makan yang dikunjungi produksi rancangan Jalan Jalan Cari Makan dalam TV tu je. Dan Buat julung-julung kalinya, sebuah program kembara makanan aplikasi JJCM telah pun diadakan di negeri Terengganu dua minggu lalu di mana pasukan editorial aplikasi JJCM bersama beberapa rakan media dan bloggers terplih menjelajah ke serata Terengganu bagi mencuba pelbagai jenis hidangan moden serta tradisional menarik di negeri pantai timur itu. Gila best kan?
Aplikasi JJCM boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store bagi pengguna iOS manakala pengguna Android pula di Play Store.

Kempen #SeringgitSeribuKebaikan pulak merupakan sebuah kempen kebajikan yang dibawakan
oleh aplikasi JJCM dan Media Prima Digital. Menerusi kempen ini, rakyat Malaysia
berpeluang berkongsi rezeki dengan menyampaikan sumbangan ikhlas mereka serendah RM
1, RM 3, RM 5 dan RM 10 yang akan digunakan bagi membiayai hidangan berbuka puasa
untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sepanjang Ramadan akan datang. Mengambil konsep
makanan sebagai keperluan asas setiap insan, #SeringgitSeribuKebaikan mahu memberi
peluang anak-anak istimewa ini untuk turut sama menikmati juadah istimewa yang akan
disediakan 20 restoran dan food truck terpilih.
Setiap rumah kebajikan terpilih akan
menerima tajaan hidangan berbuka puasa selama 5 hari, setiap Isnin hingga Jumaat, selama
4 minggu Ramadan bertamu. Bukan itu sahaja, skuad #SeringgitSeribuKebaikan Media Prima
Digital akan turut ke negeri Terengganu Darul Iman dan Johor Darul Takzim bagi
menyampaikan sumbangan dari kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini untuk dua buah
rumah kebajikan terpilih di negeri tersebut pada 3 dan 10 Jun 2017. Menerusi kerjasama
bersama pihak CJ Wow Shop, pengguna boleh membuat sumbangan menerusi aplikasi JJCM
sendiri ataupun terus ke laman sesawang www.CJWowShop.com.my untuk berkongsi
rezeki. Dalam masa yang sama, pihak Mamee Double Decker juga bermurah hati
menyumbang barangan Mamee untuk anak-anak bertuah terpilih ini. Kempen ini akan
berlangsung sepanjang Mei bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2017. Bila lagi kita nak buat kebaikkan? Ayuh kita sertai Kempen #SeringgitSeribuKebaikan ni,
1 comments
aplikasi ni menepati piawaian.. soalan.. nak makan mana? haha
ReplyDeletedrop your comment here!