­
XIERRA Thermal Pants FUSION - outfit terbaik untuk ke gym! - ieyra.com

XIERRA Thermal Pants FUSION - outfit terbaik untuk ke gym!

6:51 pm


Sebenarnya saya amatlah susah nak cari masa ke gym walaupun condo ni ada gym free. Punya sibuk kerja sana sini, tapi bila ada masa memang terus ke gym. Nak kurus tu satu hal. Tapi sebenarnya nak sihat je. Sebenarnya bukan nak meratap nasib badan takde masa nak exercise tapi tetap gemuk tapi nak cerita OOTD yang selalu saya pakai ke gym. Selain muslimah micro-dry top dari Ultron, saya selalu pakai kasut yang sesuai untuk bersenam iaitu kasut Brooks Ghost 7 saya, fitness glove Puma untuk protect tangan, dan juga XIERRA Thermal Pants FUSION. Eh apa tu? Haaaa.


Saya mula menggunakan XIERRA Thermal Pants di setiap aktiviti sihat saya sejak November tahun lepas. Dari ke gym, jogging, skipping, cycling mahupun masa buat kerja-kerja di rumah. Baru ni bila upload gambar kat gym ramai betul mesej tanya pasal seluar, terpaksa la cerita sikit ha. Sebelum ni review pant versi quarter design je. Yang ni baru punya!

Buatan Malaysia, produk anak muda Melayu kita. Bangga lihat ada produk lokal macam ni setanding thermal pants saya yang lain dari jenama luar. Saya ada banyak seluar fitness, dan pelbagai jenis thermal pants di rumah ni. One thing saya suka pakai thermal pants kalau ke gym sebab lebih banyak keluar peluh masa workout.


XIERRA Thermal Pants FUSION ni sebenarnya sejenis seluar yang materialnya dari fabrik neothermal yang membantu sebagai insulator yang memerangkap haba yang keluar dari badan kita. Haba yang terperangkap itu akan meningkatkan suhu badan kita, dan resultnya tentu lah lebih banyak peluh akan produce dari badan kita dan kalori lebih banyak terbakar. 10x lebih banyak peluh!

Selain membakar kalori ketika bersenam, dan juga produce lebih banyak peluh dalam masa yang singkat, saya sangat suka fabrik yang digunakan. Dah la special design waistband kemas je di pinggang. Jahitan XIERRA Thermal Pants FUSION terbaru ni juga kuat, berkualiti dan XIERRA Thermal Pants FUSION ni sangat fleksibel!


Apa yang saya suka tentang XIERRA Thermal Pants FUSION ni tentulah sebab dia versi long pants. Takde la susah nak cover betis macam drumstick KFC tu kan? Lapisan tambahan material spandex di bahagian bawah tu menarik sebab sangat sangat selesa. Dynamic flexibility, nak moving masa workout macam macam aksi pun senang. Pastu ada gusset kat area kelankang pulak macam extra patching untuk increase stretchability seluar tu.


Lagi satu, walaupun 10 kali lebih banyak peluh yang keluar, korang takkan rasa langsung tengah berpeluh sebab bahagian luar tu rasa kering je. Selesa, tak berlengas atau rimas. Kadang-kadang bila da berpeluh banyak sibuk bagi alasan nak stop workout. Mengada kan? Bila tak rasa peluh kat seluar dan selesa, akan terus workout lebih banyak.


Harga XIERRA Thermal Pants FUSION ini ialah RM169 tapi sekarang ada harga promosi RM149 je sempena nak launching 22 May 2017 nanti. So apa lagi? Cepat cepat order sekarang dengan whatsapp 0108472611. Dalam website www.xierrasport.com pulak tengah ada promosi yang quarter design RM99 je dari harga asal RM 159! Apa lagi serbuuuuuu. Jom workout!



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook