Viper Challenge Great Eastern Genting King of the Mountain 2017
9:26 pm
Follower Instagram saya
kebanyakkannya sedia maklum saya memang sangat aktif dan lasak dan selalu join
macam-macam jenis running event sejak tahun 2013 lagi sama ada fun run,
competitive run mahupun obstacle run seperti Viper Challenge atau Mad Warrior.
Semalam, sempat ke Genting Highlands untuk join Viper Challenge Great Eastern Genting King of the Mountain 2017.
Ini adalah larian Viper saya yang ketiga. Sebelum ni sempat join 10KM Viper diGenting tahun lepas dan jugak 20KM Viper di Sepang. Kalau korang berani ke
masuk Viper ni?
Kena bangun awal pagi untuk Viper, mujur malam sebelum tu dah tidur lena di Awana Hotel. Thank you Resort World Genting! Sempat juga lah singgah ke Genting Highlands Premium Outlet berdekatan dengan hotel malam tu menaiki free shuttle bas dari Awana Hotel. Malam tu terus prepare untuk Viper esoknya. Semangat lah prepare kasut, socks, gloves, running belt, baju Viper tahun lepas dan thermal pant Xierra untuk peluh yang lebih banyak. Gituh. Kalau flag off awal pagi, tidur lah awal ye. Nanti lemau nak berlari.
Kena bangun awal pagi untuk Viper, mujur malam sebelum tu dah tidur lena di Awana Hotel. Thank you Resort World Genting! Sempat juga lah singgah ke Genting Highlands Premium Outlet berdekatan dengan hotel malam tu menaiki free shuttle bas dari Awana Hotel. Malam tu terus prepare untuk Viper esoknya. Semangat lah prepare kasut, socks, gloves, running belt, baju Viper tahun lepas dan thermal pant Xierra untuk peluh yang lebih banyak. Gituh. Kalau flag off awal pagi, tidur lah awal ye. Nanti lemau nak berlari.
Saya flag off jam 7.30 pagi, so seawal jam 7 pagi memang dah berkumpul di The Ranch, Gohtong Jaya. Wah, memang pagi
pun dah start ramai peserta berkumpul. Katanya ada kira-kira 5,000 peserta yang
telah mendaftar untuk Viper kali ini. Berkobar-kobar rasanya untuk meredah 15
jenis halangan sepanjang laluan 10 Kilometer tu. Nak jugak tengok apa halangan
baru yanga da berbanding tahun lepas kan?
Saya, Hana, Hazril, YJ dan Faizal
berlepas bersama-sama jam 7.30 pagi tu tapi abam abam sado fit macam YJ dan
Faizal memang tinggal kami jauh ke belakang la. Ingat mudah ke nak carry lemak
naik bukit? Haha!
2KM yang pertama ada water station dan sempat la meneguk
secawan dua sebelum dikehendaki menuruni bukit yang curam menggunakan tali.
Kebetulan, pagi tu hujan maka sah sah lah track basah dan licin tapi kami
berjaya turun dengan berhati-hati. Halangan pertama yang kami perlu lakukan
selepas itu ialah “Island Hopping”. Itulah
abang volunteer jaga kawasan tu cakap kena lari atas “island” atau pelampung di
atas air tu. Tak pun jalan. Pergh memang tak lah bila tengok semua pelampung
senget dan licin semacam. Apa lagi? Jadi buaya lah kami meniarap dan merangkak
atas pelampung tu. Alhamdulillah berjaya melepasi halangan pertama tanpa basah
sedikit pun badan haha!
Halangan seterusnya ialah “Fence Climbing”, iaitu memanjat pagar!
Kalau yang selalu fly zaman duduk asrama ni sah sah berjaya melepasi halangan
ni dengan mudah kan? Haha! Tinggi? Gayat? Takpe, semua faktor keselamatan
sentiasa diutamakan. Kat bawah tu tersedia tilam incase korang terjatuh sewaktu
memanjat. Ye la mana la tahu terlepas pegangan tiang atau pagar tu kan?
Selepas tu, ada pulak halangan “Shock Theraphy” atau “Electric Curtain”. Masa ni kalau
tengok dekat-dekat Nampak macam tali biasa je. Sekali ada peserta main langgar
je tali tu berbunyi zzttt…zzttt… dah macam perangkap nyamuk lalat tu hah! Pergh
like seriously ada letrik? Ya, tapi dengan kadar yang sangat kecil. Tak tahu
lah apa rasa sebab saya berjalan melalui Electric Curtain tu slow-slow sampai habis so tak kena pun haha! Tapi diorang cakap terasa jugak la renjatan
elektrik sikit. Kemudian kami teruskan dengan halangan “Mini Walls” dimana kami perlu merangkak atau tunduk melepasi
dinding kayu dan kemudiannya memanjat dinding kayu yang seterusnya.
Di kilometre ke empat atau lima
ada lagi sekali water station apa lagi terus hilangkan dahaga sebab dah penat
berlari dan memanjat bukit dan tangga. Siap dapat buah pisang hah. Fuh kali ni,
memang dia bagi lari dan memanjat je dulu sebelum peserta dihidangkan dengan
halangan yang mencabar. Halangan seterusnya ialah “Tread Water” dimana para peserta dikehendaki masuk ke dalam kolam
air dan mengharungi sampai ke hujung. Weyh seksa weyh! Sebab dah la hujan
renyai-renyai, cuaca sejuk Genting lagi bila masuk je dalam kolam air tu terasa
macam masuk dalam ais! Sejuk mencucuk ke tulang. Jauh pulak nak meredah masa
tu. Menggigil lah semua orang tapi seronok sebab dapat mandi Haha. Eh tak dalam
pun… biasa-biasa je Cuma perlu hati-hati dengan batu atau kayu dalam kolam air
tu.
Kemudian kami jumpa pulak dah “The Peak”! Memanjat lah beramai-ramai
hingga ke puncak. Fuh ni pun agak baru. Haritu panjat semua rendah je. Yang ni
punya lah tinggi puncak ada sedikit gayat tetibe. Masa ni jugak la kasut macam
licin tapi atas dorongan abam abam volunteer yang dah macam pompom boy kat
bawah, berjaya juga naik dan turun. Sempat abam tu ambilkan gambar kitorang
hah. Berjaya juga halangan yang menguji kekuatan tangan, kaki dan perasaan
gayat ni haha!
Sempat kami bergambar sekali
sekala sepanjang laluan sebab Genting ni terlampau cantik hah, semua feeling
overseas gitu. Lepas tu, jumpa halangan “Incline
Walls”. MasyaAllah ini nightmare saya di Viper Sepang dulu sebab dulu “lubang
kubur kedalaman 7 kaki” ni ada air dan lumpur tapi kali ni takde apa-apa!
Sebijik lah macam lubang kubur hah. Gerun nak cuba mendaki timbunan tanah tu
dan menyeberangi seberang. Macam mana lah boleh semua orang berlari dan
melompat macam kangaroo? Hazril pun jatih sedebuk macam buah nangka. Eh?
Kemudian kami lalui pula “Hands On Fire” dimana sekali lagi
kekuatan tangan diuji dan ya, saya pun berjaya buat half way je. Ingat mampu
nak menahan berat badan yang obes ini? Nampak mudah, tapi susah! Yang paling
menarik, halangan “Rubber Burn”
dimana kami terpaksa menyelitkan badan dicelahan tayar. Hey, ingat senang? Kalau
salah teknik tak lepas tau?
Lepas tu kami try jugak halangan “Medball Hill Carry” dimana peserta
perempuan diminta untuk memikul bola seberat 8KG dan peserta lelaki pula pikul
bola seberat 15KG. Teringat saat trainer gym saya paksa pikul guni seberat
10KG. haha! Ternyata training tu ada manfaatnya. Kami berjaya melepasi halangan
pikul bola berat gila ni.
Salah satu halangan yang saya
ternanti-nanti mesti lah “Rotating Cube”.
Rasanya ni memang kegemaran semua
orang! Kita perlu bergayut di bongkah kiub besar tu lepas tu peserta lain
bekerjasama akan membantu menolak kita yang sedang berada di atas kiub tu untuk
melepasi ke seberang sana. Lepas tu kita kat seberang tu pun kena sama-sama
membantu pusing kiub tu sampailah semua peserta dalam team tu berjaya. Bukan
sekali tapi dua kali rotating tiub ni. Tapi diantara dua kiub tu ada pulak halangan
kena menyelam dalam air seketika dan lalu bawah besi. Tak selam tak boleh sebba
paras air betul-betul bawah tiang besi tu. Lepas dah habis dua kali rotating
cube, peserta mendaki naik menggunakan tali atau rope ladder yang tersedia.
Habis ke berlari 10KM kami tertanya-tanya
eh habis da ke apa semua obstacles? Bila kira balik masih tak cukup. Rupanya
depan sikit tadaaaaa terhidang berderet semua halangan yang belum kami lakukan.
Tarikan terbaru mestilah halangan baru yang diperkenalkan iaitu “Wheel Of Fortune”. Struktur jalangan ni dibina setinggi lima meter, dan dibina untuk menguji kekuatan pada bahagian atas badan sebab mereka kena bergayut dari gelungan kemudian ada pulak roda untuk berpusing sambil menggerakkan badan. Kedalaman air juga adalah lima meter kedalam, dan dinasihatkan Cuma confident swimmer sahaja mencuba halangan ni. Saya tak pandai berenang sah sah lah tak cuba halangan ni.
Tarikan terbaru mestilah halangan baru yang diperkenalkan iaitu “Wheel Of Fortune”. Struktur jalangan ni dibina setinggi lima meter, dan dibina untuk menguji kekuatan pada bahagian atas badan sebab mereka kena bergayut dari gelungan kemudian ada pulak roda untuk berpusing sambil menggerakkan badan. Kedalaman air juga adalah lima meter kedalam, dan dinasihatkan Cuma confident swimmer sahaja mencuba halangan ni. Saya tak pandai berenang sah sah lah tak cuba halangan ni.
Kemudian ada pula halangan “Diamond Cube”, yang merupakan halangan
menguji kekuatan cengkaman. Nak kena mencengkam tali dan menarik diri sendiri
untuk melepasi dinding tinggi berbentuk diamond. Halangan seterusnya ialah “Ladder Climb” dimana peserta
dikehendaki mendaki tangga besi dan kemudiannya cuba menuruni struktur besi itu
dengan menggunakan tangga yang tergantung terus masuk ke dalam air.
Halangan terakhir ialah “Up the Pipes” dimana para peserta dikehendaki
untuk cuba mendaki bukit menggunakan tali tapi dalam relungan paip besar.
Memnag banyak air lah memancut masuk dalam paip tu macam kita sedang meredah
air paip pulak. Setibanya di hujung paip, peserta dihidangkan pula dengan “Stuck in the Mud” iaitu kawasan tu
dipenuhi lumpur dan nak taknak kena harungi jugak habis berlumpur kasut. Lagi mudah
aklau bukak kasut sebab nanti terlekat pulak hah.
Fizikal dan mental kami betul-betul diuji sepanjang laluan 10KM dan mengharungi 15 halangan tu di Viper kali ini. Semangat berpasukan dan perpaduan juga memang penting sepanjang misi selesaikan halangan ni.
Fizikal dan mental kami betul-betul diuji sepanjang laluan 10KM dan mengharungi 15 halangan tu di Viper kali ini. Semangat berpasukan dan perpaduan juga memang penting sepanjang misi selesaikan halangan ni.
0 comments
drop your comment here!