Review: Filem Malay Regiment
10:24 pm
Sempena Malaysia yang bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 Tahun pada 31 Ogos 2017 kana datang ni, saya sarankan korang semua pergi menonton Filem Malay Regiment demi menambah sifat patriotisme dalam diri korang tu. Hah baru lah semangat merdeka namanya!
Filem Malay Regiment diterbitkan bagi membangkitkan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang jasa anggota perajurit dalam mempertahankan tanahair dari ancaman komunis. Sepanjang INSURGENSI ramai anggota tentera yang terkorban dan tercedera malah ada yang mengalami kecacatan kekal sehingga ke hari ini. Wira-wira tidak didendang ini seharusnya terus diingati dan diangkat sebagai “HERO” yang bertanggungjawab menjadikan Negara Malaysia berada dalam keadaan aman damai dan harmoni hari ini. Semangat Askar Melayu dalam perjuangan demi agama bangsa dan tanahair adalah satu contoh terbaik membina bangsa Malaysia. Kan?
Filem perang ini diangkat dari kisah sebenar pada 16 April 1976 dan 15 Julai 1946 semasa Ops Kota Gubir I & II yang mana pasukan kesalamatan dari unit 17 RAMD telah menggempur beberapa kem pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai berhampiran Gubir di Kedah. Dalam operasi kedua menyaksikan Kapten Zainal bin Abd Rashid telah gugur selepas berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis. Operasi tersebut telah berjaya membunuh enam daripada 15 pengganas komunis selain berjaya merampas pelbagai jenis senjata dan bom.
Malay Regiment juga mengupas wasiat yang ketiga dalam 7 wasiat Raja-Raja Melayu yang wajib diketahui seluruh rakyat untuk dipertahankan oleh orang-orang Melayu. Simbolik perjuangan dan falsafah perjuangan Askar Melayu diangkat sebagai salah satu wasiat. Semangat Askar Melayu dalam perjuangan demi agama bangsa dan tanahair adalah satu contoh terbaik membina bangsa Malaysia. Sesuatu tersirat yang ingin disampaikan bahawa orang Melayu sanggup mati berjuang walaupun kemakmuran keamanan dan kemewahan juga akan dirasai oleh bangsa-bangsa lain. Inilah semangat Melayu sebenar-benarnya yang mahu ditonjolkan menjadi contoh dalam memastikan keharmonian dan keamanan terjamin untuk semua rakyat hidup bersama-sama.
Masa saya menonton filem Malay Regiment ni di Malam Gala baru-baru ni, saya menangis. Sebagai salah seorang cucu angkatan tentera dan polis yang mempertahankan negara zaman dulu kala sebelum merdeka, mesti lah cerita patriotik masa ni buat saya menangis. Teringat arwah Atok selalu cerita kisah zaman perjuangan Tanah Melayu dulu. 3 pertempuran dipaparkan dalam Malay Regiment yang memperlihatkan bahawa anggota tentera dari Regimen Askar Melayu Diraja sanggup mati demi Negara tercinta. Mereka tidak gentar walau nyawa jadi galang gantinya. Semangat Melayu inilah yang mahu ditonjolkan bagi menyatupadukan orang-orang Melayu.
Keberanian Kapten Zainal, Lt Hamid dan Lt Muda Abdul Razak dan seorang lagi wira yang tidak didendang yang sungguh bersemangat disamping kecintaan yang tinggi kepada agama bangsa dan tanahair dipaparkan dalam mesej tersurat dan tersirat dalam Malay Regiment. Malay Regiment memaparkan semangat Askar Melayu yang bersumpah taat setia kepada Raja-Raja Melayu sanggup berkorban demi agama bangsa dan tanahair.
Sebelum menonton, saya juga dah baca sedikit sebanyak kisah sejarah Ops Kota Gubir yang telah berlaku; siapa itu Kapten Zainal, Gubir Perjuangan Semalam, Gubir Dalam Kenangan dan juga Sejarah Konflik Ops Gubir 2. Filem arahan Dato' Jurey Latiff Rosli tidak mengecewakan. Jalan cerita yang disampaikan sangat mudah difahami, berpandukan kisah sebenar yang tidak banyak lari dari susu galur sejarah Ops Kota Gubir, dan tidak terlalu berat untuk ditonton oleh orang ramai. Mungkin agak kelam kabut sedikit dengan flashback dan pertukaran jalan cerita tetibe, tapi bagi saya cerita ni tetap mampu memberi kesan di hati saya.
Sebelum menonton, saya juga dah baca sedikit sebanyak kisah sejarah Ops Kota Gubir yang telah berlaku; siapa itu Kapten Zainal, Gubir Perjuangan Semalam, Gubir Dalam Kenangan dan juga Sejarah Konflik Ops Gubir 2. Filem arahan Dato' Jurey Latiff Rosli tidak mengecewakan. Jalan cerita yang disampaikan sangat mudah difahami, berpandukan kisah sebenar yang tidak banyak lari dari susu galur sejarah Ops Kota Gubir, dan tidak terlalu berat untuk ditonton oleh orang ramai. Mungkin agak kelam kabut sedikit dengan flashback dan pertukaran jalan cerita tetibe, tapi bagi saya cerita ni tetap mampu memberi kesan di hati saya.
Saya sertakan disini gambar lama Arwah Atok saya, seorang konstabel polis yang berkhidmat demi mempertahankan negara zaman dulu-dulu. Tontonlah Malay Regiment, fahami perjuangan mereka yang berjuang demi kita. Ingat, kematian mereka pada masa dahulu adalah demi kehidupan waris mereka hari esok dan masa hadapan, iaitu kita. Hargai jasa dan perjuangan mereka, dan ingatlah kita tidak akan hidup senang di masa kini kalau bukan atas sebab pengorbanan mereka. Al-Fatihah untuk pejuang-pejuang keamanan negara kita. Tonton Malay Regiment di seluruh pawagam berhampiran korang mulai 31 Ogos 2017 ini! Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-60, Malaysia!
1 comments
Saya kagum dengan semangat Datuk Jurey bikin filem Malay Regiment untuk generasi akan datang, bertapa sensaranyanya tentera terdahulu mempertahankan tanahair daripada penganas komunis yang dipertontonksn dlm filem tersebut.
ReplyDeletedrop your comment here!