Tonton Melangkah Lebih Xtra Dari Biasa
1:46 am
Disenaraikan sebagai perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu dan
terbesar di Malaysia dengan lebih 7.4 juta pengguna, Tonton mengorak langkah
ekstra dengan menganjurkan acara Parti #RatedXtra di Zouk, Kuala Lumpur
baru-baru ni. Dengan kami beriye pakai baju bertemakan Alter Ego, memang ramai
lah yang hadir ke party petang tu.
Majlis
petang tu dihoskan oleh Hafiz Hatim (penyampai radio Fly FM) dan Zooey (hos Pop
Bytes), memang havoc dan meriah! Parti #RatedXtra turut menampilkan wajah
tonton iaitu Ayda Jebat, Redza Rosli dan ThomasJack (penyanyi sensasi YouTube
Malaysia); selain barisan pelakon utama drama bersiri popular Titian Cinta
iaitu Farah Nabilah dan Daler Yusuf serta JinnyBoy dan Reuben, sensasi YouTube
popular Malaysia. Turut hadir, wakil dari The Ming Thing. Acara juga
dimeriahkan lagi dengan persembahan memukau tertutamanya dari Ayda Jebat
dan Budak Joget.
Beberapa
pengumuman istimewa telah dibuat oleh Ben Jern Loh, Pengurus Besar, tonton.
Antaranya ialah:
1. Harga Terhad Istimewa, Kandungan Definisi Tinggi
(HD), Smart TV, Modem OTT Android & Tontonan Sosial
Pelanggan VIP tonton kini boleh menikmati
potongan diskaun 50% untuk SEUMUR HIDUP menerusi langganan pakej
Superhero di aplikasi tonton sebelum promosi berakhir pada 31 Disember 2017.
Pelanggan boleh melanggan menerusi aplikasi tonton di laman web tonton.com.my. Best gila kan??
2. Pengalaman tontonan di rumah anda
Bagi menjadikan pengalaman tontonan lebih menarik
dan capaian meluas di skrin besar, tonton kini boleh diakses di platform SMART
TV (model terkini LG, Samsung dan Panasonic) dan modem OTT Android (untuk
kesemua TV yang menyokong sistem Android termasuk SMART TV yang menyokong
sistem operasi Android TV) bermula Januari 2018.
3. Tontonan Sosial
tonton adalah perkhidmatan penstriman video OTT
ulung di rantau ini yang bakal memperkenalkan teknologi Camment pada suku
pertama tahun 2018. Pengenalan teknologi Camment di tonton membolehkan
interaksi sembang sosial sehingga ke 6 pengguna pada satu-satu masa selain ciri
pengesan suara di dalam sistem memacu capaian terhadap pemasaran bisnes
pintar. Teknologi yang
menyokong pemasaran sosial pintar, membolehkan jenama bekerjasama dengan
platform untuk pengiklanan kandungan yang relevan berdasarkan interaksi yang
dibuat antara pengguna menerusi fungsi pengesan suara.
4. Kerjasama TM,
DiGi, dimsum & EROS NOW
Portal video tonton turut mengumumkan kerjasama
strategik dengan pembekal kandungan Hypp TV, dimsum dan EROS selain
usahasama dengan pembekal telekomunikasi, DiGi. Kerjasama ini menawarkan akses
tontonan yang lebih meluas untuk kandungan urban, program berbahasa Cina /
Korea / Thailand serta Bollywood.
5. Dapatkan tonton
VIP secara PERCUMA dengan HyppTV!
Menerusi kolaborasi bersama Telekom Malaysia,
pelanggan pakej Aneka, Ruby dan Jumbo di HyppTV bakal menikmati pakej langganan
tonton VIP secara PERCUMA bermula 2018 kelak.
6. tonton VIP +
tambahan data Digi!
Kolaborasi
tonton bersama DiGi menerusi ‘DiGi Video Freedom’ membolehkan pelanggan
membayar serendah RM5 untuk data tontonan sehingga 5GB tanpa had. Pelanggan Digi
kini boleh membuat langganan dan menikmati tawaran hebat bermula 1 Januari
2018.
7.
Gabungan bersama GOASEAN, JinnyboyTV, The Ming Thing
tonton
berbangga mengumumkan sambungan capaian ke kandungan GOASEAN, sebuah platform
video berkenaan gaya hidup dan kembara untuk tahun 2018; seterusnya menyaksikan
lebih banyak kandungan di pustaka tonton. By MY Side, sebuah filem
kolaborasi eksklusif tonton dan JinnyboyTV kini boleh dimuat turun di iTunes
(akses seluruh dunia) dan siaran filem penuh di tonton (Malaysia sahaja).
By MY Side, sebuah filem kolaborasi
eksklusif tonton dan JinnyboyTV kini boleh dimuat turun di iTunes (akses
seluruh dunia) dan siaran filem penuh di tonton (Malaysia
sahaja) bermula HARI INI! Meneruskan lagi kesinambungan kerjasama,
JinnyboyTV turut mengumumkan penghasilan siri TV eksklusif di tonton untuk
tahun 2018 kelak.
tonton turut mengumumkan kolaborasi
bersama The Ming Thing, saluran YouTube Bahasa Inggeris terulung di Malaysia
untuk menghasilkan siri original tonton menjelang April 2018.
8.
Portal hiburan dan gaya hidup terkini
tonton
mengumumkan pelancaran portal hiburan dan gaya hidup terkini dengan sajian LIVE
TV PERCUMA, berita hiburan terkini, perkembangan sensasi serta kisah viral
dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin.
9. Lebih
20,000 Jam Hiburan Percuma!
Kemuncak
acara menyaksikan pengumuman istimewa - lebih 90 peratus kandungan di tonton
kini dapat diakses secara PERCUMA bermula 8 Disember 2017 untuk pengguna tonton
di Malaysia. Alami variasi pengalaman tontonan meluas termasuk berita,
perkembangan sukan, hiburan, kandungan premium serta rancangan klasik secara
PERCUMA, memastikan pengalaman tontonan yang lebih menarik selain kemudahan
siaran episod secara terus-menerus (‘binge-watch’).
Banyak
kan pengumuman terlebih ekstra tentang tonton! Wahhhhh yang paling best nya, bermula 1 November 2017 juga, korang boleh langgan tonton VIP dari
serendah RM3 setiap hari dan nikmati pakej bulanan dengan hanya RM5 (harga asal
RM10); atau nikmati pengalaman tontonan sepanjang tahun hanya RM48 (harga asal
RM96)! Pakej tonton VIP menawarkan akses tanpa had ke lebih 30,000 jam
kandungan hiburan dan pengalaman video bebas iklan. Jom ramai-ramai menonton di
tonton!
0 comments
drop your comment here!