Samyeang Showdown Tarikan Terbaru di Domino's Pizza
3:46 pm
Annyeonghaseyo! Siapa peminat dunia K-Pop? Nampaknya sensasi gelombang K-Pop dah berjangkit dengan Domino's Pizza? Eh apa jadi?
Demam K-Pop tak pernah berakhir di negara kita. Sana sini ada saja orang muda yang tergilakan Korean Drama, Korean TV Show, Korean Boyband. Eh macam-macam ada lah! Dan baru-baru ni, Domino's Pizza turut melancarkan 3 jenis pizza baru mereka iaitu Samyeang Pij-ja, dan juga Korean Chicken yang diberi nama Ayam-haseyo!
Hah seiring dengan pelancaran dengan 3 Pizza dan 1 jenis ayam, Domino's Pizza pun sekarang dah ada boyband Kpop sendiri tahu? Lagu K-Pop dia best gila! Digelar sebagai The Samyeangs, 3 ahli lelaki simbolik 3 jenis Samyeang Pij-ja dan seorang ahli wanita simbolik Ayam-Haseyo. Kreatif sungguh Domino's ni tau!
Samyeang Tuna Pizza |
Samyeang Beef Pizza |
Samyeang Chicken Pizza |
Ayam Hase-yo Chicken Wings |
Domino's Samyeang Pizza yang terbaru sangat unik dengan rasa kelazatan dan kepedasan sos Samyeang Korea. 3 varieti pilihan pizza diperkenalkan; Samyeang Tuna Pizza, Samyeang Chicken Pizza, dan Samyeang Beef Pizza. Setiap pizza dibuat khas dengan kombinasi rasa manis, pedas dan enak untuk semua orang! Selain pizza, ada juga Ayam Hase-yo Chicken Wings, yang dibakar sempurna dan disalut dengan sos Samyeang. Fuh, memang sedap! Tapi ok lah dia ada rasa manis pedas macam tu. Kalau tak tahan pedas menangis jugak la tapi Ayam Hase-yo paling sedap!
Oh ye untuk menikmati pizza Samyeang dengan lebih perfect bersama keluarga atau rakan-rakan korang dah boleh start cuba Samyeang Pizza dan Ayam Hase-yo ni mulai 26 Febuari 2018. Dan untuk lebih jimat, order 2 Pizza Deal dan enjoy makan Samyeang Pizza dengan EXTRA cheeseeee! RM33 untuk 2 regular pizza, RM55 untuk dua large pizza dan RM77 untuk 2 extra large pizza. Tapi kalau korang macam forever alone gitu boleh je order pizza Samyeang bersaiz personal untuk Super Tuesday deal setiap hari Selasa, serendah RM3.90 untuk online takeaway atau RM4.90 untuk order terus di kaunter. Ayam Hase-yo pula cuma RM13.50 sahaja kalau add-on order dan RM14.50 untuk ala-carte order.
Jangan lupa cuba menu baru ni! Dah cuba gerenti nak lagi dan lagi! Memang sedap!
0 comments
drop your comment here!