­
Kedai roti Muzz's Gourmet tarikan terbaru Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur - ieyra.com

Kedai roti Muzz's Gourmet tarikan terbaru Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

10:55 am


Bila menerjah masuk ke Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur baru-baru ni, hidung terus menangkap bau harum roti dan pastri yang baru dimasak. Fuh, bau roti baru keluar oven memang rasa fresh! Siapa je tak terliur kan? Entah-entah tak sempat nak check-in kat reception terus ke Muzz's Gourmet yang terletak bersebelahan front desk tu. Eh eh melencong pulak. Apa benda Muzz's Gourmet ni? 





Muzz's Gourmet merupakan kedai roti dan tarikan terbaru di dalam Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Menyediakan pelbagai pilihan roti, kek dan pastri yang pasti menjadi tumpuan para tetamu yang datang ke sini. Ye lah dah la terletaknya di lobi hotel, bersebelahan pula dengan front desk. Anak-anak pun boleh berlari ke bakery dulu pow mak donut sebijik. Haha!



Menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkualiti tinggi, semua roti, kek dan pastri ini dibakar dan akan dijual setiap hari demi mengekalkan kesegarannya. Sesuai untuk take-away, deretan roti, kek dan pastri yang menggiurkan pasti buat korang rambang mata! Ada kek macam-macam perasa, pastri, donut, tart, cookies, roti dan macam-macam lagi! Harga juga sangat berpatutan. Bayangkan satu loaf besar roti lobak merah cuma RM10? Fuh. Terus beli bawa pulang.




Muzz's Gourmet dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Kalau bukan tetamu menginap di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pun, tapi kalau korang ada berdekatan apa salahnya kalau korang singgah ke sini membeli roti kan? Kalau nak custom-made apa apa kek ke pun boleh book awal. Telefon je 03-4042 5555 atau hantar email ke fbresv@seripacific.com. 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook