Seafood Bonanza di Suds & Lattes
12:27 pm
Kalau sebut pasal makanan laut, apa yang terlintas di fikiran Ney? Terbayang-bayang Lobster yang dimakan di Pantai Timang, Jogjakarta. Atau terbayang-bayang pula Soft Shell Crab makan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ni. Tapi macam mustahil untuk terbang ke Jogja atau Sabah kan demi makanan laut yang kita mengidam tu. Dont worry! Hanya perlu ke Suds & Lattes di Mutiara Damansara, boleh dapat semua tu. Eh betul ke?
Ya, Suds & Lattes baru-baru ni kenalkan beberapa menu baru tapi yang paling menarik perhatian Ney ialah set Nasi Lemak nya. Ada 3 jenis set Nasi Lemak yang istimewa iaitu:
Set Nasi Lemak Mini Lobster Citrus
RM 22.90
Set Nasi Lemak Soft Shell Crab Goreng
RM 20.90
Set Nasi Lemak Mussels & King Prawn
RM 18.90
Menariknya, semua set Nasi Lemak diatas ni datang dengan air PERCUMA! Wahh, berbaloi betul satu set dah dapat free air sekali. Tak perlu order asing kan? Masa datang Suds & Lattes baru-baru ni turut teruja untuk mencuba menu yang lain.
Set Lemon Spicy with Fried Dory Fish
RM 15.90
Set Bolognese with Cheesy Meatball
RM 15.90
Jujurnya, Ney tak makan pedas. Maka Lemon Spicy with Fried Dory Fish tu buat Ney menangis kepedasan haha! Siapa suka pedas maybe boleh terima level kepedasan pasta ni di Suds & Lattes. Tapi, Fried Dory Fish tu juga sangat rangup dan harga berbaloi dengan portion yang banyak. Tapi Ney suka Bolognese nya. Meatball adalah dari resepi chefnya sendiri dan homemade! Isi meatball sangat lembut dan ada cheese meleleh keluar dari tengah-tengah meatball! Hah memang sedap dan berbaloi untuk order lagi-lagi sebab satu set dah PERCUMA air!
Roasted Chicken Wings Honey Glazed
RM 13.00
Fish Finger with Tartar Sauce
RM 8.00
Ney suka kedua-duanya! Kepak ayam disaluti dengan madu dan kemudiannya dibakar memang secukup rasa. Tak silap, Ney ratah 3 ketul kepak ayam la jugak sebab sedap sangat! Fish finger pun sedap sebab tak berminyak, rangup dan istimewanya, tartar sauce juga homemade! Wow patutlah sedap kan?
Carrot Cake
RM 10.00
Peppermint Chocolate Cake
RM 10.00
Hah kalau dah sampai dessert ni, semua pun sedap! Tapi sebab Ney secara peribadi tak suka sangat makan coklat banyak-banyak walaupun ya ampun Peppermint Chocolate Cake tu sedap jugak, Ney prefer Carrot Cake di Suds & Lattes ni. Tahu tak dah la kek ni tebal, isi kek juga tak kering macam carrot cake selalu Ney makan. Cukup lembab, tak manis, dan perfect! Bagi 10 potong pun boleh habis makan sorang macam ni.
Hah banyak lagi menu menarik dan baru di Suds & Lattes sebenarnya. Tapi kalau Ney nak order semua puas jugak la meletup perut nanti. Hehehe... Kalau korang terasa nak try makanan di sini, jangan lupa ke:
Suds & Lattes
3-1, Jalan PJU 7/7A,
Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya.
(bersebelahan dengan Restoran Idaman)
Tel: 03- 7732 1771
0 comments
drop your comment here!