Bufet Ramadan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
6:23 am
Bila dah ke previu Bufet Ramadan ni, terasa semakin hampir bulan Ramadhan tu. Nak puasa da rupanya kan? Kejap sangat masa berlalu. Kebiasaannya memang minggu pertama tu kita akan teruja berbuka puaaa di rumah. Tapi hari-hai seterusnya teringin jugak nak makan luar kan? Hah mujur ada Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur yang menawarkan Bufet Ramadan untuk berbuka puasa dengan lebih 100 seleksi makanan.
Bermula daripada 19 Mei hingga 4 Jun 2018, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur akan menghidangkan para tetamu Bufet Ramadan di Coffee House yang terletak di Level 9, hotel ini. Kali ni temanya adalah lauk-pauk Melayu, Asian Western Food. Wah semua ada nampaknya.
Bila lihat ada Kerabu Jantung Pisang memang meleleh air liur ni. Ya la, bukan senang untuk jumpa Jantung Pisang di tengah kotaraya Kuala Lumpur ni hah. Memang membuka selera! Bukan itu sahaja, ada juga pembuka selera yang lain seperti Kerabu Lala Pedas, Tauhu Sumbat, Rojak Pedas, Pecal atau lebih kepada appertizer selera barat dengan Grilled Beef Mandarin Salad, Chilled Mayo Crabmeat with Corn Salad, atau Poached Fish with Pineapple dan Snow Peas Salad. Eh bukan tu je, nak buka selera dengan makanan Jepun pun ada tau? Hah boleh makan Maki Sushi atau Sushi Rolls yang tersusun cantik menanti korang makan.
Bila datang ke Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur ni, wajib korang cuba masakan Chef Rossham. Tak cukup lengkap berbuka puasa tu kalau tak cuba sendiri Sup Gearbox, Ikan Patin Masak Tempoyak, Kari Kepala Ikan Salmon, Udang Kalio dengan Belimbing Buloh, Daging Masak Lemak Cili Padi, Laksa Utara dan juga menu yang pernah menang anugerah di Pertandingan Memasak Thailand Culinary iaitu Oriental Barbecue Lamb. Memang sedap sangat! Paling Ney suka ialah Kari Kepala Ikan Salmon tu. Ada pulak Paratha, menang cukup sempurna berbuka puasa bila mengunyah Paratha panas baru lepas goreng cicah kari kepala ikan salmon. Fuh merecik!
Lagi menarik, ada 12 gerai tambahan dengan pelbagai jenis pilihan makanan untuk korang semua. Ada Ikan Bakar, Udang dan Sotong Bakar, Chicken Chop dengan Sos Cendawan, Shawarma Ayam, Cucur Ikan Bilis, Cucur Udang, Cucur Kelapa, Cekodok, dan juga pelbagai jeniz kuih talam seperti Kuih Talam Seri Muka, Kuih Talam Keladi, Kuih Lapis Pelangi, Kuih Talam Cendol, Kuih Talam Jagung dan macam-macam kuih lagi la! Untuk dessert pulak ada Cendol, Ais Kacang, Teh Tarik, Kek, Buah-Buahan dan Ais Krim.
Harga untuk Bufet Ramadan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur ialah RM128 untuk dewasa dan 50% discount iaitu RM64 sahaja untuk warga emas dan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Untuk kanak-kanak 6 tahun kebawah pula, masuk percuma. Juga untuk kumpulan besar minima 30 orang, harganya ialah RM108 seorang. Untuk sebarang tempahan bolh terus hubungi 03-40409888 atau email ke spkl.ch@sunwayhotels.com.
2 comments
Alaaa ye ke. Ni bahagian Along kite ni. Malay cuisen. Xde pulak dia cakap tu kepala ikan salmon. Hahahha. Adehhh bia betei.
ReplyDeletehahaha masa kitorg pegi mmg ikan salmon
Deletedrop your comment here!