Festival Makanan Laut Sri Lanka di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur.
4:54 am
Ayubowan~~ Bila sebut nama Sri Lanka, terbayang rempah ratus dan herba, adat budaya dan nature views cantik kat sana. Selalu tengok kawan-kawan travel ke sana, tapi Ney belum berkesempatan melawat Sri Lanka. Namun, impian untuk ke Sri Lanka tertunai bila Berjaya Times Square Hotel bawa khas Sri Lanka ke Kuala Lumpur untuk korang semua. Wah wah teruja kan?
Sepanjang April 2018 ini, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur membawa secara eksklusif di Big Apple Restaurant, segala jenis hidangan dari Sri Lanka! Banyak elemen sejarah, adat dan budaya dalam masakan khas yang dimasak oleh chef-chef dari sana juga. Dipengaruhi oleh India, Indonesia, dan Belanda, masakan dari Sri Lanka ternyata unik dan istimewa!
Salah satu masakan istimewa dari Sri Lanka tentunya hidangan ketamnya. Masakan dari Ketam Sri Lanka merupakan salah satu hidangan wajib untuk korang cuba dan tentunya highlight untuk bulan ni di Big Apple Restaurant. Dibawa khas dua orang chef dari Berjaya Hotel Colombo, untuk penyediaan masakan asli dari Sri Lanka sepanjang promosi ini. Barulah rasa real masakan Sri Lanka ye dak?
Paling sedap Ney makan malam tu Egg Hopper dengan Pol Sambol. Fuh tak puas beb! Egg Hopper ni macam apom manis yang masak nipis atas kuali panas tu, tapi tengah ada telur sebiji. Lepas tu Pol Sambol pulak sejenis kerabu sambal diperbuat daripada kelapa parut. Lengkap rasanya bila dua masakan ni bergabung.
Selain tu korang kena la try sambal-sambal lain seperti Seeni Sambol (spicy caramelized onion relish), Lunu Miris (Hot and Sour sambal paste), Gotukola Sambol (Sri Lankan Kerabu salad), Mukunuwenna Mallum (Herbs Sri Lankan salad), dan Thebu Cola Sambol (Costus Speciosus).
Selain tu ada pelbagai lagi masakan lain dari Sri Lanka seperti Fish Ambul Thiyal with Gravy, Prawns Mellum, Chicken Kalupol Curry, Brinjal Moju, dan dessert sepeti Curd & Treacle (Buffalo milk yogurt with palm sugar), Laddu, and Kesari.
Dah dibawa khas dari Sri Lanka ke Kuala Lumpur, masa Sri Lankan Seafood Festival ni la juga korang berpeluang untuk mencuba sendiri teh dari Sri Lanka iaitu salah satu jenama kebanggaannya ialah Dilmah! Hah? Siapa pernah dengar teh Dilmah? Tu diaaa sedap!
Sempena Sri Lankan Seafood Festival ni juga ada promosi hebat untuk 38 orang pelanggan pertama cuma perlu bayar RM38 nett je seorang. Untuk pelanggan yang ke 39 hingga 58 pula cuma perlu bayar RM58 je! Dan ada berita lebih baik, iaitu bila korang spend minimum RM888 nett dalam satu resit, korang berpeluang join lucky draw. Antara hadiahnya ialah memenangi pakej bercuti termasuk tiket flight ke Sri Lanka, sponsored by Sri Lankan Airlines dan juga bermalam 4 hari 3 malam di Berjaya Hotel Colombo.
Sri Lanka Food Festival akan available dari 2 April hingga 30 April 2018 di Big Apple Restaurant, Level 14 at 12.00pm – 2.30pm (Weekday Lunch), 12.30pm – 4.00pm (Weekend Hi-Tea), 6.30pm – 10.30pm (Daily Dinner) dan harganya ialah RM98 (dewasa), RM61 (warga emas) & RM41 (kanak-kanak). Setiap pembelian untuk 3 orang dewasa akan mendapat 1 seat untuk kawan korang. Jimat betul! Dan pemegang kad kredit Maybank pula layak menerima 30% diskaun! Yeay!
Jom makan ketam Sri Lanka?
0 comments
drop your comment here!