Review: Althea Bare Essentials untuk kulit sihat dan cantik
5:21 am
Baru-baru ni Ney teruja bila dengar gossip yang Althea,
platform online shopping barangan dari Korea akan keluarkan skincare mereka
sendiri iaitu Althea Bare Essentials. Punya tak sabar terus order sebab nak
jadi antara yang terawal cuba skincare baru mereka ni. Tapi dalam bulan tu
banyak jugak lah shopping di Althea haha! Macam hari-hari posmen datang hantar
kotak pink.
Biasa kita dengar cerita orang Korea ni jaga muka, rutin harian sampai 10 jenis produk nak kena tepek hari-hari, gila penat nak cantik! Tapi, dengan Althea Bare Eseentials, katanya hanya dengan 3 langkah langkah mudah, korang semua boleh dapat kulit persis bintang K-Pop. Dah masuk umur 30 tahun ni memang malas dah nak luangkan masa lebih lama depan cermin. Bila dapat set penjagaan kulit muka yang senang dipakai ni, memang seronok! Adakah Ney terus jadi Song Ji Hyo lepas pakai Althea Bare Essentials ni?

Althea Bare Essentials Contour Cleanser
Contour Cleanser ni sesuai untuk semua jenis kulit dan
mengandungi Ice Plant (Sea Marigold) untuk menghidrasikan lagi kulit muka,
memberi kelembapan yang optimum dan mengurangkan kemerahan kulit muka. Selain
tu Contour Cleanser juga mengandungi Ekstrak Lemon Myrtle yang kaya dengan
Vitamin C dan anti-oksidan yang tinggi.
Apa yang bestnya Contour Cleanser ni, ia akan membantu untuk membentuk muka kita lebih kepada V-Shape! Wah dah nama pun Contour kan? Tapi masa basuh muka tu kena la buat urutan di muka sikit, hah massage gituh untuk membantu peredaran darah yang sempurna. Dari dagu tolak ke tulang pipi, dan buat urutan dalam bentuk bulatan. Tekstur Contour Cleanser ni mempunyai micro capsules yang akan membantu sebagai exfoliate, perlahan-lahan akan mencair ke dalam kulit dan menghilangkan sel-sel kulit mati dan segala kekotoran di kulit. Kulit terasa segar selepas cuci muka dengan Contour Cleanser ni dan bau lemon tu memang menyegarkan. Harganya cuma RM 23.00 sahaja untuk 150g Contour Cleanser ni, murah kan?

Althea Bare Essentials Primer Water
Lepas cuci muka, pasti kulit muka kita kena tepek toner kan?
Primer Water ni kiranya macam toner la tapi dia 2 in 1 gituh, Primer dan Toner.
Mudah kerja bila dah sekaligus sebotol macam ni. Dihasilkan dengan kandungan
Snow Lotus, Primer Water ini juga lengkap denggan teknologi 'dewdrop' yang dipatenkan untuk bantu proses penghidratan untuk
menembusi lapisan kulit, seterusnya memancarkannya untuk kulit kelihatan lebih
muda. Kulit akan mendapat kelembapan serta-merta dan membolehkan ia meresap ke
dalam untuk hasil yang terbaik dari dalam. Cantik luar dan dalam lepas pakai
Primer Water ni hah. Cuma perlu tuangkan sedikit di atas tapak tangan, sapu secara rata di kulit muka dan tepuk-tepuk perlahan untuk lebih meresap.
Memang ternyata cepat meresap, bau sedap, tidak berminyak atau terlalu cair,
dan kulit semakin lembut bila pakai. Harganya cuma RM43.00 sahaja, untuk 200ml
Primer Water.
Althea Bare Essentials Fixer Cream
Tak lengkap rasanya kalau dah guna Contour Cleanser dan Primer
Water tapi tak guna Fixer Cream ni. Seeloknya guna satu set untuk kesan yang
lebih optimum. Fixer Cream ini akan membantu untuk melembapkan lagi kulit muka
korang selama 24 jam, dan menberi khasiat tambahan anti-oksida dari ekstrak the
hijau. Kandungan lain seperti ekstrak baobab tree juga akan membantu untuk
kolagen dalam kulit kita leboh produktif bekerja. Mudah, Cuma perlu sapu secara
rata di kulit muka selepas menggunakan Primer Water. Ney suka cream yang tidak
melekit dan mudah meresap macam ni. Harganya cuma RM 50.00 sahaja, untuk 50g Fixer
Cream ini.
Kesimpulannya untuk menjadi cantik seperti Song Ji Hyo, Ney cuma
perlukan satu set lengkap Althea Bare Essentials ni. Haha! Satu set cuma RM
118.00 sahaja, memang sangat berbaloi! Kat mana boleh beli Althea Bare
Essentials ni? Hah terus ke www.my.althea.kr
sekarang untuk pembelian! Jom jadi cantik sama-sama.
1 comments
wow... teeuja sungguh dapat produk korea.. licin gitu kulit. anjal toing toing.. hahaha..
ReplyDeletekak nowa pun suka tektur dan bau dia.. best..
drop your comment here!