Santapan Buka Puasa di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
4:19 am
Bila sebut pasal makanan, memang tak berhenti kira bercakap pasal hal makan ni. Setiap hari pun pening fikir nak makan apa kan? Kadang-kadang bila berbuka puasa di restoran atau hotel pun, mesti rasa macam sama je menu nya. Teringin tak sekali selala bertukar selera untuk makan makanan dari Johor atau Pulau Pinang? Tapi ye la, nak kesana jauh pulak takde masa kan.
Baru-baru ni Ney pergi previu Bufet Ramadan di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Nampak je terhidang Kacang Pool Telor Goyang, makanan tradisi Johor terus rasa nak menjerit. Lama weyh tak makan Kacang Pool! Cicah pulak dengan roti bakar, ada telur mata meleleh cair on top Kacang Pool tu. Rasa rempah dalam kuah kacang pool tu betul-betul menambat hati sebagai pembuka selera untuk berbuka puasa.
Selain Kacang Pool sebagai pembuka selera, ada juga pasembor, pecal, aneka skewer goreng, dan macam-macam lagi. Dan macam biasa Chef Haji Saad dan team menyediakan pelbagai hidangan enak yang lain. Antara yang menarik tahun ni ialah Kambing Bakar, Mee Rebus, Kuey Teow Goreng, Lok-Lok, Nasi Kandar, Nasi Briyani Gam, Sup Gearbox dan lain-lain lagi. Wah Nasi Kandar pun ada betul-betul selera dari Selatan hingga Utara untuk santapan berbuka kali ni. Yang seronoknya, siap ada makanan laut yang dimasak ala-ala shell out tu hah. Yes, menarik gila kan? Lain daripada yang lain.
Lagi menarik, bahagian kerabu. Susah nak jumpa Kerabu Paku Pakis, tapi disini Ney dapat makan dengan penuh nikmat. Ada pulak tambahan ulam-ulaman seperti daun kodok, pegaga, kacang botol, dab paku rawan yang dicicah dengan sambal belacan, budu, cencalok, sambal mangga, sambal gesek, dan tempoyak cili untuk melengkapkan lagi hidangan berbuka puasa malam tu.
Untuk pemanis mulut pula, kami tak henti-henti menyerbu bahagian Cendol Durian. Bau durian yang enak tu dah menyengat hidung asyik tertarik nak pergi situ je. Bermangkuk-mangkuk jugak Ney makan Cendol Durian malam tu. Selain Cendol Durian, ada bubur cha cha, bubur kacang hijau dengan durian, pengat pisang, bubur jagung, pulut hitam dan sebagainya. Seleksi air pun banyak seperti air kelapa, air kacang soya, air teh tarik, nescafe tarik, sirap selasih, dan macam-macam lagi untuk menghilangkan dahaga.
Bufet Ramadan di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur akan bermula dari 17 Mei hingga 14 Jun 2018 dengan harga RM120 (dewasa) dan RM60 (kanak-kanak). Untuk big group, harga bermula dengan RM80 seorang untuk tempahan minima 50 orang dalam satu group. Jangan risau, kalau untuk solat maghrib atau isyak, pihak Seri Pacific Hotel menyediakan 4 buah bilik hotel di tingkat 6 sebagai surau sepanjang bulan Ramadhan ni. Nak solat tarawikh pun boleh di salah satu function room disitu.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-40425555 atau terus email ke fbresv@seripacific.com atau sales@seripacific.com.
0 comments
drop your comment here!