Promosi Tantalisingly Thai di Nook, Aloft Kuala Lumpur
11:41 pmChef Burin Pongchang dari Royal Orchid Sheraton Hotel & Towers, Bangkok |
Sepanjang bulan September ini, Nook di Aloft Kuala Lumpur membawa khas chef Thailand, Chef Burin Pongchang dari Royal Orchid Sheraton Hotel & Towers, Bangkok. Promosi Tantalisingly Thai akan mempersembahkan makanan-makanan Thailand masakan Chef Burin. Wahhhh dah lah Chef Burin ni chef yang berpengalaman selama 30 tahun, mesti sedap belaka masakan dia kan?
Larb Gai |
Yum Tha Lay |
Pad Kra Pao Tha Lay |
Buffet ini bermula dengan harga RM118 seorang, dan Chef Burin akan menghidangkan pelbagai masakan dari pembuka selera hinggalah ke pemanis mulut. Antara pembuka selera yang dihidangkan oleh Chef Burin ialah Larb Gai (salad ayam pedas), SomTum Pol La Mai (Salad Buah Thai), Yum Thalay (salad buhun pedas bersama makanan laut) dan menu wajib, Tom Yum Goong (tomyam udang), dan Tom Kha Gai (ayam dalam sup santan kelapa).
Gai Kra Tiem Prik Thai |
Pad Thai |
Gai Yang Kati Sod
Tapi tak lengkap rasanya tanpa kari kan? Maka Chef Burin menyediakan Kaeng Kiew Wan Gai (kari hijau ayam), Goong Makham (udang goreng bersama sos tamarind), Pla Sam Rod (ikan goreng), Kaeng Phed Nua (kari daging) dan macam-macam lagi.Bertambah lagi menarik, hidangan bufet akan menghidangkan menu popular iaitu Pad Thai, dam Pad Kee Mow! Weyh siapa je tak suka rice noodle goreng Thai ni. Tak payah susah pergi Hatyai dah lah bersesak dengan orang ramai demi Pad Thai!
Tab Tim Grob |
Tak lengkap rasanya tanpa pemanis mulut special Thailand iaitu Tab Tim Grob, red ruby water chestnut dalam santan kelapa atau Kaeng Buad Fak Thong, stew pumpkin bersama santan kelapa. Tapi faveret Ney mestilah Kluay Cheum, pisang bersama sirap. Oh ya, ada juga Mun Cheum (sweet potato in syrup), Sakoo Tua Dam (bebola sago bersama black bean dan santan kelapa) dan juga Kluay Buad Chee (pisang yang di stew bersama santan kelapa).
Menu masakan Thailand Chef Burin juga akan dihidangkan di trak makanan Re:fuel On Wheels, untuk hidangan makanan tengah hari di antara jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang dari hari from Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan September ni. Trak makanan ni akan berada di Jalan Stesen Sentral, dan korang boleh cuba Labb Gai (salad ayam pedas), Kaeng Mussaman Nua (kari daging mussaman), Por Pia Pak (popia sayur) dan Kaeng Phed Nua (kari daging).
Bufet ‘Tantalisingly Thai’ di Nook, Aloft KL Sentral berharga RM118 untuk dewasa, dan RM59 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan bufet masakan Thailand ini akan dihidangkan bermula 3 hingga 30 September 2018 setiap hari untuk makan malam dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh terus hubungi (60) 3 2723 1188 atau ke laman web mereka di www.aloftkualalumpursentral.com
1 comments
Alahai menggoda nya semua makanan yg ada :D
ReplyDeletedrop your comment here!