­
REVIEW: 50Gram x Swanicoco Show The Velvet Lipstick (Juliet Red) - ieyra.com

REVIEW: 50Gram x Swanicoco Show The Velvet Lipstick (Juliet Red)

11:16 pm



Rasanya dah lama ney tak review lipstick. Bila dah usia 30 tahun ni, semua jenis warna lipstick teringin nak cuba. Baru-baru ni Ney diperkenalkan dengan lipstick baru dari jenama Korea, Swanicoco Show The Velvet Lipstick. Swanicoco ni dengar kata the hottest brand in Korea pada tahun 2018 dan jenama No. 1 produk semulajadi di Korea. Tapi nak kena terbang ke Korea ke kalau nak dapatkan Show The Velvet Lipstick ni? Tak perlu! Swanicoco telah berkolaborasi bersama 50Gram Sdn Bhd untuk menjual lipstick ni di Malaysia. Wah, maknanya 50Gram ni yang pertama menjual lipstick Swanicoco ni dan penghantarannya juga ke seluruh Negara!



Swanicoco ni antara jenama yang sukses di Korea, yang menjalankan perniagaan dengan mencipta fermented soaps secara semulajadi dengan memilih herba-herba ubatan terbaik yang dipilih, merebus dan memeram bahan-bahan tersebut. Kenapa kena peram? Sebab bila fermented cosmetics ni, partikel dalam kosmetik tu menjadi lebih kecil, dan kadar serapan kosmetik tu ke kulit muka kita lebih tinggi.

Selain tu, proses ni juga membantu untuk menghasilkan asid amino dan anti-oksida yang dipercayai dapat membantu kulit rosak dan jugak memberi kelebihan untuk anti-penuaan, Sebab tu Swanicoco ni dikenali sebagai syarikat kosmetik semulajadi terbaik di Korea. Dah lah guna bahan-bahan semulajadi untuk barangan kosmetik mereka, lepas tu setiap produk akan dikaji dengan teknologi bio untuk memastikan produk-produk mereka selamat digunakan. Hah, jangan ingat Swanicoco ni produk timbang kilo pulak ya!


Swanicoco Show The Velvet Lipstick

Koleksi Swanicoco Show The Velvet Lipstick ni sebenarnya ada 3 jenis warna berlainan, iaitu Pink Blossom, Shine Orange, dan Juliet Red. Tapi buat masa ini, cuma shade Juliet Red sahaja yang boleh didapati di laman web 50Gram. Lipstick ni mengandungi bahan semulajadi untuk melembapkan bibir seperti carnauba wax, dan natural oil. Selain dari fungsi melembapkan bibir, lipstick yang warna meriah mak ngah ni jugak tahan lama. Lipstik ni berharga RM88.85 dan sangat limited edition!


Packaging sangat kemas, dan cantik berwarna hitam. Yang bestnya dia sejenis twist-open untuk bukak penutup lipstick. Selalunya Ney ada masalah penutup lipstick tercabut dalam handbag, habis berlemuih dia melekat kat bag ke apa. Mujur Swanicoco Show The Velvet Lipstick ni sejenis twist-open so nak bukak, kena pusing dulu. Kemas!


Warna lipstick ni agak terang, warna kemerahan jingga sedikit tapi masih sesuai untuk semua kulit. Warna macam ni memang kelihatan seksi bibir si pemakai, tapi sangat sesuai kalau korang nak pergi makan malam tau! Tekstur lipstick ni di bibir sangat pigmented dan creamy, bukan matte. Tapi best sebab dia tak kering atau merekah pun. Helok terletak wak!


Cuma kalau korang taknak warna merah tu terlalu pekat dan merah mak ngah di bibir korang, boleh je korang dap dap sapu tipis je lipstick ni di bibir. Tetap kelihatan berseri-seri untuk si pemakai, dengan warna ala-ala coral-pinkish gitu. Yang bestnya kalau buat jadi blusher pun ok tau! Cuma kena sapu sikit and try to blend it di pipi korang. Memang cantik! Mudah kalau kita terlupa bawak blusher kan? 


Satu perkara unik tentang lipstik ni bila Ney buka je penutupnya, boleh bau wangi semacam! Rupanya bau lipstik ni bau bunga mawar. Jarang jumpa lipstik bau wangi macam ni. Dah lah tahan lama pula tu sebab Ney pakai lipstik ni ke office, dah pergi makan lunch, waktu balik kerja masih ada kekal cantik di bibir. Memang berbaloi bila beli Swanicoco Show The Velvet Lipstick ni. Cukup lengkap untuk melembabkan bibir, tahan lama dan juga mempunyai warna yang menarik. 

Jangan lupa dapatkan lipstick limited edition ni di laman web 50Gram.com.my ya!



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook